eGUMIS Cara Semakan Wang Tidak Dituntut Online (WTD) dan melalui Kaunter JANM, Login portal atas talian dan kaedah proses bayaran balik.

eGUMIS Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online (WTD) & Kaunter JANM

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan wang tidak dituntut atau WTD secara atas talian atau online? Untuk makluman, Semakan WTD Online sudah boleh disemak secara online. Kerajaan melancarkan eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System pada Januari 2020. Ianya bagi memudahkan semakan status wang tidak dituntut dibuat terutamanya oleh penduduk di luar bandar. Juga dikongsikan Senarai Lokasi semakan yang boleh dibuat melalui kaunter JANM.

Semakan WTD juga boleh dibuat di Kaunter Jabatan Akauntan Malaysia (JANM) seluruh negeri. Selain itu, Kementerian Kewangan juga akan menyediakan kaunter bergerak dalam memudahkan orang ramai di kawasan pendalaman untuk membuat semakan sebelum proses tuntutan dapat di buat di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Semakan WTD Online eGUMIS Wang Tak Dituntut

eGUMIS Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan panduan semakan WTD secara online meliputi tarikh pelancaran, pautan applikasi semakan dan maklumat terkini WTD.

Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/ firma/ syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.

Sesiapa yang mempunyai Wang Tak Dituntut boleh membuat permohonan bagi bayaran balik terus kepada pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut tanpa sebarang caj /kos dikenakan.

Perihal Maklumat Wang Tak Dituntut

Kepada mereka yang masih tidak tahu apa itu Wang Tidak Dituntut, berikut adalah maksudnya :-

WTD adalah wang perlu dibayar disisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana di tetapkan di bawah Seksyen 8, Akta Wang Tidak Dituntut 1965.

Pendaftar wang tidak dituntut, iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sebagai pemegang amanah akan menyimpan selamat wang tersebut mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ianya dituntut oleh empunya yang berhak, eGumis

Menurut Seksyen 8 Akta WTD 1965 terbahagi kepada tiga kategori:-

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayarkan dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah:-

Gaji, upah,bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayarkan kepada kakitangan

Dividen dan keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan

Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran

Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput

Cagaran dan deposit di mana tujuan wang itu dikutip telah pun dicapai

Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang

Pemiutang atau penghutang pelbagai

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekali pun dalam satu tempoh tidak kurang dari tujuh tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah:-

Akaun simpanan

Akaun Semasa

Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga bagi satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun

Kategori ini merujuk kepada akaun pemiutang dan penghutang perdagangan.

Pendaftar Wang Tak Dituntut

Menteri Kewangan telah melantik Akauntan Negara Malaysia sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut sejak 1 Jun 1975. Peranan utama Pendaftar adalah:-

1. Pemegang amanah terhadap Wang Tak Dituntut (WTD) yang diterima

2. Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan

3. Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta

4. Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta

Syarikat atau Firma yang wajib mematuhi Akta

Menurut seksyen 8 Akta WTD 1965, pihak syarikat firma yang wajid mematuhi Akta ialah:-

1. Syarikat yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965, termasuk syarikat asing yang ditetapkan di bawah Bab 2 Bahagian XI Akta tersebut;

2. Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang berkaitan dengan faedah-faedah persaraan;

3. Pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan;

4. Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; dan

5. Firma iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan perniagaan.

Seksyen 14 Akta WTD 1965 memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang mempunyai wang, selain daripada WTD dalam tangan yang belum dituntut oleh empunya, boleh menyerahkan wang tersebut kepada Pendaftar seolah-olah wang tersebut adalah WTD yang perlu dibayar walaupun beliau tidak wajib untuk berbuat demikian menurut Akta.

Nota : Bagi fasa awal, hanya semakan wang tak dituntut sahaja dibuka. Untuk permohonan tuntutan wang tak dituntut pula, dokumen permohonan yang telah lengkap boleh dikemukakan melalui pos ke Pejabat Pendaftar atau hadir ke Kaunter Pejabat Pendaftar atau JANM Negeri/ Cawangan yang berdekatan

Sistem eGUMIS (Electronic Goverment Unclaimed Money Information System) atau sistem semakan WTD online akan diaktifkan mulai

-Januari 2020

Sistem semakan ini bakal memudahkan orang ramai untuk mengakses dan menyemak status WTD tanpa perlu datang ke kaunter JANM berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online Melalui eGUMIS

Berikut dikongsikan panduan membuat semakan secara online:

Pautan Applikasi Semakan

Untuk membuat Semakan secara online, akses pautan Portal eGumis di bawah, sila layari pautan:

Portal Rasmi Semakan

Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Bagi pengguna yang tidak menerima kata laluan atau telah menerima katalaluan (password) semasa pendaftaran dilakukan tetapi tidak dapat untuk log masuk, mohon kerjasama tuan/puan membuat pendaftaran semula di Portal

A. Pendaftaran Akaun Pengguna

1. Setelah mengakses portal rasmi eGUMIS, klik Pendaftaran

2. Isikan maklumat penting yang diperlukan kemudian klik Daftar

3. Sahkan pendaftaran dengan menekan butang Ya

4. Kata laluan akan dihantar melalui emel

B. Log Masuk Kali Pertama

1. Selepas mengakses portal eGUMIS, klik untuk Log Masuk

2. Masukkan nama pengguna yang diisi sewaktu pendaftaran pengguna dan kata laluan yang dihantar menerusi emel

3. Klik Log Masuk

4. Pengguna hendaklah menukar kata laluan selepas log masuk ke portal kali pertama sebelum dibenarkan menggunakan sistem semakan

5. Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, klik Simpan

6. Kemaskini maklumat pengguna lain yang diperlukan. Klik Simpan

C. Langkah Semakan

1. Klik untuk Carian Wang Tak Dituntut

2. Masukkan No. Pengenalan dan klik Cari

3. Maklumat akan dipaparkan. Klik Cetak sekiranya ingin mencetak maklumat tersebut

Muat Turun Manual Pengguna

Rujuk : Manual Pengguna

Cara Membuat Semakan WTD Di Kaunter WTD JANM

Selain menggunakan sistem ini, mereka yang ingin membuat semakan boleh berbuat demikian di lokasi pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia di seluruh negeri.

1. Datang ke kaunter JANM mengikut waktu pejabat atau masa yang ditetapkan oleh JANM berkaitan

2. Sila bawa dokumen pengenalan diri iaitu Kad pengenalan/ MyKad. Semakan waris yang telah meninggal dunia boleh juga disemak. Sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan anda dengan pewaris (Contoh sijil lahir).

3. Serahkan MyKad atau dokumen yang berkaitan di kaunter WTD

4. Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan melalui sistem

5. Status WTD akan dapat diketahui dalam masa beberapa minit sahaja

6. Pegawai bertugas akan menyenaraikan senarai WTD (jika ada) dan prosedur buat tuntutan

7. Tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan untuk membuat semakan

Nota : Semakan untuk waris yang telah meninggal dunia juga boleh disemak. Pemohon perlu membawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

Senarai Lokasi Kaunter Semakan WTD

Berikut adalah Senarai Alamat JANM (Kaunter WTD) – pejabat jabatan akauntan negara malaysia janm seluruh negeri iaitu lokasi di mana anda boleh membuat semakan wang tak dituntut eGumis

A. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Kompleks Kementerian Kewangan
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya

Tel : 03 – 8882 1000
Faks : 03 – 8882 1042
Emel: maklumbalas@anm.gov.my

B. WILAYAH UTARA

PERLIS

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis.

Tel : 04-976 2766
Fax : 04-976 2668
Emel: pneg_per@anm.gov.my

KEDAH

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah
Aras G & 4, Zon C,
Wisma Persekutuan Anak Bukit,
06550 Anak Bukit, Alor Setar,
Kedah Darulaman.

Tel : 04-700 1000
Faks : 04-700 1011/1068
Emel: pneg_kdh@anm.gov.my

PULAU PINANG

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang
Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang

Tel : 04-2555 500/501/502/503/504/505/506/507
Faks : 04-2555 577
Emel: pneg_png@anm.gov.my

PERAK

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak
Tingkat 5 – 9, Wisma Maju UMNO,
Jalan Sultan Idris Shah,
30990 Ipoh Perak.

Tel: 05 – 254 7304 / 254 7305
Faks: 05 – 241 1343
Emel: pneg_prk@anm.gov.my

C. WILAYAH TENGAH : Senarai Lokasi Semakan Wang Tidak Dituntut

SELANGOR

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor

Tel : 03-55205200
Fax : 03-55105049
Emel: pneg_sgr@anm.gov.my

NEGERI SEMBILAN

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sembilan
Tingkat. 10, Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 06-768 6800
Faks : 06-761 9027
Emel: pneg_nsb@anm.gov.my

D. WILAYAH SELATAN

JOHOR

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor
Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80720 Johor Bahru.

Tel : 07-224 9244
Faks : 07-223 9322
Emel: pneg_jhr@anm.gov.my

MELAKA

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Tel : 06-289 5000
Faks : 06-234 5201
Emel: pneg_mlk@anm.gov.my

E. WILAYAH TIMUR

PAHANG

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN,
Jalan Bank,
25000 Kuantan, Pahang.

Tel : 09-565 5802
Faks : 09-516 4931
Emel: pneg_phg@anm.gov.my

TERENGGANU

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu
Tingkat 11, Wisma Persekutuan,
Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Tel : 09-627 8200
Faks : 09-622 2137
Emel: pneg_trg@anm.gov.my

KELANTAN

Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Kelantan
Blok A Tingkat 1 & 2, Bangunan Kerajaan Persekutuan Jalan Doktor,
15990 Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-746 0200
Faks : 09-747 5484
Emel: pneg_kel@anm.gov.my

F. SABAH

JANM Cawangan Negeri Sabah

Aras Bawah, 6 & 7, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat,
Likas Beg Berkunci No. 2053
88594 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-8324 888 / 088-324 801
Faks : 088-210 828
Emel: pneg_kki@anm.gov.my

JANM Cawangan Keningau

Rumah Persekutuan, Tingkat 2, Beg Berkunci No.5
89009 Keningau, Sabah

Tel : 087-331 245 / 339 960
Faks : 087-330 449
Emel: pcaw_kgu@anm.gov.my

JANM Cawangan Tawau

Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
Jalan Dunlop, Bandar Sabindo,
91000, Tawau Sabah

Tel : 089-775 620, 089-775 621
Faks : 089-773 688
Emel: pcaw_taw@anm.gov.my

JANM Cawangan Sandakan

Sandakan Tingkat 2, Wisma Persekutuan
Beg Berkunci No. 6
90509 Sandakan, Sabah

Tel : 089-668331
Faks : 089-668384
Emel: pcaw_sdk@anm.gov.my

JANM Cawangan Labuan

Persekutuan Labuan
Blok 4 Tingkat 5, Ujana Kewangan,
Peti Surat 80622,
87016 W.P Labuan.

Tel : 087-412 172 /413 195 / 414 255 / 087-413729
Faks : 087-419 536
Emel: pcaw_lab@anm.gov.my

G. SARAWAK : Senarai Lokasi Semakan Wang Tidak Dituntut

JANM Negeri Sarawak

Tingkat 6,
Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga,
93594 Kuching, Sarawak.

Tel : 082-254 144
Faks : 082-256 991
Emel: pneg_kch@anm.gov.my

JANM Cawangan Sibu

Wisma Persekutuan Blok 1,
Jalan Awang Ramli Amit,
96000 Sibu, Sarawak.

Tel : 084-332 053
Faks : 084-323 824
Emel: pcaw_sib@anm.gov.my

JANM Cawangan Sarikei

No. 2-3, Lorong Jubli Mutiara 2,
Jalan Bersatu,
96100 Sarikei, Sarawak

Tel : 084-654 032 / 654 043
Faks : 084-652 087 / 320 535
Emel: pcaw_srk@anm.gov.my

JANM Cawangan Sri Aman

Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Kejatau,
95000 Sri Aman, Sarawak.

Tel : 083-321 200 / 321 201 / 323 629
Faks : 083-321 200 / 321 201 / 323 629
Emel: pcaw_sri@anm.gov.my

JANM Cawangan Kapit

Tingkat bawah & 1, Wisma Persekutuan
Jalan Kapit By -Pass,
96800 Kapit Sarawak.

Tel : 084-796 382 / 797 218 / 796 473
Faks : 084-797 620
Emel: pcaw_kpt@anm.gov.my

JANM Cawangan Bintulu

Tingkat 2, Wisma Bintulu, Nombor 1,
Jalan Kidurong, 97007 Bintulu, Sarawak.

Tel : 086-312741
Faks : 086-312763
Emel: pcaw_btl@anm.gov.my

JANM Cawangan Limbang

Tingkat 1-3 Lot 2002 LTD
Jalan Tarap
98700 Limbang, Sarawak.

Tel : 085-212 355 / 212773
Faks : 085-212 624
Emel: pcaw_lbg@anm.gov.my

JANM Cawangan Miri

Tingkat 4, Yu Lan Plaza,
Jalan Brooke,
98000 Miri, Sarawak.

Tel : 085-442 180
Faks : 085-423 103
Emel: pcaw_mir@anm.gov.my

Maklumat Lanjut Wang Tidak Dituntut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan semakan Wang Tidak Dituntut, sila rujuk di

Garis Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak DiTuntut

Panduan Permohonan WTD

Moga perkongsian Senarai Lokasi Semakan (WTD) boleh dijadikan panduan buat semua yang ingin membuat semakan. Jom semak di lokasi JANM yang berdekatan dengan tempat kediaman anda.

Informasi Penting semakan wang tidak dituntut (WTD)

Berikut adalah maklumat penting berkaitan WTD eGumis yang perlu diambil perhatian oleh pemohon.

1. Tiada had untuk semakan atau tuntutan WTD

2. Boleh dibuat pada bila-bila masa. Tiada tarikh luput

3. Waris boleh tuntut bagi pemilik yang telah meninggal dunia

4. Tiada tuntutan minimum atau maksimum

5. Wang disimpan selamat dalam pegangan kerajaan

6. Perkhidmatan diberikan adalah percuma

7. Dibayar tanpa faedah

8. JANM tidak pernah melantik ejen

9. JANM tidak pernah menghantar emel berkaitan perkhidmatan WTD

10. Akauntan Negara Malaysia dilantik sebagai Pendaftar WTD

11. Tuntutan dibayar dalam 1 bulan

Permohonan Tuntutan Wang Tidak Dituntut

Pegawai JANM yang bertugas akan memberikan panduan dalam membuat tuntutan WTD (jika ada). Secara amnya, tuntutan boleh dibuat seperti berikut :

1.Pemohon perlu mengisi borang tuntutan jika terdapat wang tidak di tuntut

2. Sertakan beberapa dokumen berkaitan yang antara lain meliputi salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif untuk tujuan pembayaran balik secara bank-in.

Download Borang UMA-7

3. Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani
Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) / pasport pemohon bagi bukan warganegara
Dokumen asal (Antaranya: buku bank /sijil simpanan tetap dan lain-lain)

4. Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank

5. Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun yang dinyatakan

Proses Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)

Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:

1.Empunya/pemilik WTD sendiri

2. Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka

3. Pelikuidasi yang mewakili pihak syarikat/ firma yang sedang dalam proses penggulungan

4. Individu atau syarikat/ firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau

5. Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan semakan WTD, sila rujuk kepada dokumen di bawah ini:-

Garis Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak DiTuntut

Panduan Permohonan WTD

Selamat membuat semakan secara atas talian ataupun di kaunter JANM berkedatan dengan tempat tinggal anda. Moga sistem eGUMIS Online ini dapat dilancarkan dengan jayanya untuk kemudahan mereka yang memerlukannya dalam membuat semakan secara online.

Related : https egumis.anm.gov.my, rekod wtd, secara manual, akaun bank, memudahkan urusan, membuat semakan wtd secara, permohonan tuntutan wang tak dituntut wtd, pejabat jabatan akauntan negara malaysia anm, langkah 4 kemaskini maklumat pengguna, waris yang mempunyai arahan pembaharuan automatik, cara semak wang tidak dituntut, serahkan mykad surat kuasa mentadbir harta pusaka, talian melalui nombor pendaftaran pengguna secara atas talian, individu atau nombor pendaftaran pengguna secara atas talian, pejabat pendaftar syarikat malaysia jabatan insolvensi malaysia bagi syarikat firma yang bubar atau individu bankrap, pelikuidasi yang bubar atau individu bankrap,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *