Pendaftaran MUET Sesi 1 2024 Online & Check Slip Daftar MUET, cara daftar muet sesi mac 2024 beserta tarikh pendaftaran ujian muet sesi mac.

Pendaftaran MUET Sesi 1 2024 Online & Check Slip Daftar

Cara Daftar MUET Sesi 1 Mac 2024 Secara Online. Perhatian buat pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree). Ramai pelajar yang ingin menduduki peperiksaan Sesi 1 tahun 2024 ingin mengetahui bilakah tarikh pendaftaran dan ujian bertulis peperiksaan MUET sesi 1 2024. Merujuk kepada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran MUET Sesi 1 (April) 2024 dijangka dibuka bermula dari November/ Disember 2023. Juga dikongsikan cara check slip daftar MUET setiap sesi.

Calon yang ingin menduduki peperiksaan adalah diingatkan untuk mendaftar peperiksaan MUET Sesi 1 2024 mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan dalam Jadual Exam. Calon adalah dinasihatkan untuk mendaftar awal secara online kerana permohonan daftar yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Untuk makluman, tarikh tutup pendaftaran dijangka pada awal Januari 2024.

Pendaftaran MUET Sesi 1 2023 (Mac)

Cara Daftar MUET Sesi 1 2024 Online (Borang Pendaftaran)

Merujuk kepada pengumuman dari MPM, tarikh pendaftaran peperiksaan MUET sesi Mac 2024 adalah seperti tarikh yang dinyatakan seperti berikut:-

MUET Sesi 1 2024

  • 17 Januari 2024 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 8 Februari 2024 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 29, 30 April, 6, 7, 8 dan 9 Mei 2024: Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 27 April 2024 : Tarikh Ujian Bertulis

Pendaftaran MUET Sesi 1 2024 Secara Online (Mac)

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 1 Mac 2024 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online. Ianya terdapat di laman sesawang MPM seperti panduan berikut :-

  1. Applikasi eSubmission MPM online
  2. Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik MUET Daftar atau di Panduan Pendaftaran
  3. Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’

Pendaftaran Calon Persendirian MUET

Untuk calon persendirian, pendaftaran MUET hendaklah dibuat secara online melalui portal di pautan berikut :-

  1. Layari Portal MUET MPM
  2. Calon boleh memilih pusat peperiksaan yang berdekatan
  3. Isi maklumat-maklumat calon yang diperlukan
  4. Buat pembayaran secara online. Tiada pembelian nombor PIN MEC diperlukan, sebaliknya calon boleh membuat pembayaran menggunakan perbankan online. Berikut adalah makluman yang dikeluarkan oleh MPM untuk perhatian Calon Persendirian pada tahun sebelum ini. Makluman terkini akan dikemaskini:
  5. Simpan atau cetak salinan pendaftaran.
  6. Pastikan anda ikuti langkah seperti dalam infografik di bawah atau rujuk pada Panduan Pendaftaran  Calon Persendirian MUET

Peringatan Buat Calon MUET

  1. Calon adalah dinasihatkan untuk membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.
  2. Calon juga dinasihatkan untuk membuat Checking Slip Daftar MUET 2024 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.
  3. Infografik bagi tahun 2024 akan dikemaskini. Di bawah adalah infografik tahun lepas sebagai rujukan:

pewartaan-kadar-yuran-baharu-muet

Kalendar_MUET_Tahun_2024_Kemaskini_Januari_2024.

Cara Check Slip Daftar MUET Online Dan SMS

Perhatian buat calon ujian MUET (Malaysian University English Test) sesi 1, 2 dan 3 2024 yang telah membuat pendaftaran peperiksaan. Dipetik dari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pelajar boleh membuat Checking Pendaftaran MUET Online Dan SMS pada tarikh yang dinyatakan berikut.

Untuk makluman, Slip Daftar ini perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran atau kemasukan menduduki ujian MUET. Calon perlu membuat Checking Slip Daftar Ujian MUET dan seterusnya membuat cetakan slip sebelum masuk ke dewan peperiksaan MUET.

Berikut dikongsikan maklumat penting cara membuat checking pendaftaran peperiksaan MUET sesi 2024. Checking slip menduduki ujian atau peperiksaan MUET Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) boleh dicheck secara online dan SMS dengan mengikuti panduan berikut.

Checking Pendaftaran MUET Sesi 1, 2 & 3 Tahun 2024 Secara Online Dan SMS

Calon ujian MUET boleh membuat Checking pendaftaran MUET melalui kaedah berikut :-

Tarikh Checking

  • Sesi 1 : akan dikemaskini
  • Sesi 2 : akan dikemaskini
  • Sesi 3 : akan dikemaskini

Jika maklumat calon tiada dalam checking MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA. Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.

Check Slip Daftar Ujian MUET Online

Calon boleh menyemak dengan melayari Applikasi Checking MUET di pautan MUET REGISTRATION SLIP @ http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/

Secara SMS

Calon juga boleh menyemak status MUET/D melalui khidmat Sistem Mesej Ringkas (SMS) dengan menaip

  • MUET<jarak>INFO<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888

Contoh Checking : 

  • MUET INFO 931029084444 hantar ke 15888

Caj penghantaran adalah RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20. Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

Selamat membuat Pendaftaran MUET 2024 secara Online Dan SMS. Buat persediaan sekarang sebelum menghadapi ujian MUET agar mendapat result peperiksaan yang cemerlang. Semoga perkongsian Pendaftaran MUET Mac 2024 Online bermanfaat buat semua. Selamat menduduki peperiksaan MUET samada sebagai calon baru baru atau memperbaiki result disamping memenuhi syarat UA/ IPTA dari segi syarat permohonan ataupun graduasi.

Semoga anda berjaya mendapat result yang cemerlang dalam peperiksaan MUET sesi Mac 2024 nanti. Tahniah kepada pelajar yang berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *