Senarai KKTM Dan Kursus Yang Ditawarkan, lokasi dan alamat kolej kemahiran tinggi mara, kursus yang ditawarkan di kktm, senarai kursus di kktm,

Senarai KKTM Dan Kursus Yang Ditawarkan

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Peluang buat lepasan SPM yang berkelayakan dalam menyambung pengajian kemahiran Peringkat Diploma di Kolej Kemahiran Tinggi MARA atau KKTM. Berikut dikongsikan Senarai KKTM Dan Kursus Yang Ditawarkan buat panduan para pemohon. Selain KKTM, pelajar juga boleh memohon intake ke Institut Kemahiran MARA (IKM) dalam peringkat Sijil dan Diploma.

Untuk makluman, KKTM adalah sebuah institut pendidikan yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan belia bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal-bakal usahawan.

Senarai KKTM Dan Kursus Yang Ditawarkan

Lokasi KKTM Dan Program Pengajian Yang Ditawarkan

Kewujudan KKTM sekaligus memberikan peluang buat remaja dan belia yang ingin melanjutkan pendidikan tinggi mereka dalam peringkat Diploma. Terdapat 10 buah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di seluruh Malaysia dan menawarkan pelbagai program pengajian di Peringkat Diploma.

Senarai KKTM Dan Kursus Yang Ditawarkan

Berikut dikongsikan Senarai KKTM Dan Kursus Yang Ditawarkan di seluruh Malaysia. Maklumat yang dipaparkan termasuk nama Institusi, alamat, no telefon/ fax, URL laman web dan program yang ditawarkan.

Zon Utara

1. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau 

Program yang ditawarkan di KKTM Balik Pulau

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Tekan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Suntikan Plastik)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
  • Diploma Teknologi Pembuatan
  • Diploma Teknologi Pembuatan (TSYA + Balik Pulau)

Zon Tengah

2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya

Program yang ditawarkan di KKTM Petaling Jaya

  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Objek Rangkaian Internet)

3. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau

  • Batu 8, Kundur Hilir,
    Pedas,
    71300 Rembau, Negeri Sembilan.
    Tel : 06-6970470
    Faks : 06-6970590
    Laman Web : http://rembau.kktm.edu.my/

Program yang ditawarkan di KKTM Rembau

  • Diploma Filem dan Animasi Digital
  • Diploma Rekabentuk Media Digital
  • Rekabentuk Fesyen
  • Diploma Rekabentuk Dalaman
  • Diploma Rekabentuk Perabot
  • Diploma Teknousahawan Fesyen

4. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong

Program yang ditawarkan di KKTM Lenggong

  • Diploma Herba dan Hasilan Semulajadi (Sains Herba)
  • Diploma Herba dan Hasilan Semulajadi (Pembuatan)
  • Teknologi Kejuteraan Penyelenggaraan Loji
  • Diploma Teknologi Pembungkusan dan Rekabentuk
  • Diploma Teknologi Kejuteraan Makanan

Zon Timur

5. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas

  • Lebuhraya Pasir Mas,
    Lubok Jong, 17000 Pasir Mas, Kelantan.
    Tel : 09- 7917558 / 6558
    Faks : 09-7917552
    Laman Web : http://pasirmas.kktm.edu.my/

Program yang ditawarkan di KKTM Pasir Mas

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)
  • Diploma Senibina
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Rekabentuk
  • Teknologi Kejuruteraan Bangunan

6. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman

Program yang ditawarkan di KKTM Kemaman

  • Diploma Teknologi Kejuteraan Loji (Instrumentasi dan Kawalan)
  • Diploma Teknologi Kejuteraan Loji (Perpaipan)
  • Teknologi Kejuteraan Loji (Mekanikal)
  • Diploma Teknologi Kejuteraan Loji (Struktur Luar Persisir)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Operasi Loji)
  • Teknologi Kejuruteraan Loji (Operasi Pesisir)

7. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan

  • Km. 8, Jalan Gambang,
    Mukim Kuala Kuantan,
    25150 Kuantan, Pahang.
    Tel : 09-5366871 / 72
    Faks : 09-5366873
    Laman Web : http://kuantan.kktm.edu.my/

Program yang ditawarkan di KKTM Kuantan

  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Pembuatan Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Pembuatan)
  • Kejuruteraan Pembuatan (Teknologi dan Proses)
  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Automasi Industri & Robotik)
  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Kualiti dan Produktiviti)

Zon Selatan

8. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang

Program yang ditawarkan di KKTM Ledang

  • Diploma Kejuteraan Elektronik Bioperubatan (Terapeutik)
  • Diploma Kejuteraan Elektronik Bioperubatan (Diagnostik)
  • Kejuteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan)
  • Diploma Kejuteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal)
  • Diploma Kejuteraan Elektronik Bioperubatan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
  • Kompetensi Rangkaian Komputer dan Sistem Pentadbiran

9. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading

Program yang ditawarkan di KKTM Sri Gading

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Sistem Termaju)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Geo-Struktur)
  • Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Forensik Bangunan dan Penyelenggaraan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Jalanraya dan Pengangkutan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan)
  • Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Pemodelan Maklumat Bangunan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Bangunan Hijau)

10. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah

  • Km. 38.4, Jalan Ramuan China Besar,
    Masjid Tanah,
    78300 Alor Gajah, Melaka.
    Tel : 06-3851104
    Faks : 06-3851106
    Laman Web : Masjid Tanah

Program yang ditawarkan di KKTM Masjid Tanah

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Polimer Komposit
  • Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Seramik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Plastik
  • Diploma Industri Pembuatan Komposit Aeroangkasa

Kepada pelajar yang berminat serta berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk menyambung pengajian peringkat Diploma anda di Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Moga perkongsian Senarai KKTM Dan Kursus Yang Ditawarkan bermanfaat buat semua.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *