Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2024 Di Malaysia, Tarikh dan masa tahun 1445H di Malaysia yang tepat serta ibadah dan amalan yang digalakkan.

Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2024 Dan Kelebihan

Bulan Syaaban adalah bulan yang mulia lagi berkat dan mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan. Bilakah tarikh malam Nisfu Syaaban tahun 2024 di Malaysia? Bulan Syaaban adalah bulan ke lapan (8) dalam Takwim Hijrah.

Dengan kedatangan bulan Syaaban, ianya menandakan bahawa kedatangan bulan Ramadhan semakin hampir menemui kita. Umat Islam akan mula berpuasa Ramadhan pada 12 Mac 2024 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1445H.

Tarikh Malam Nisfu Syaaban Tahun 2022 Dan Kelebihan

Malam Nisfu Syaaban : Tarikh, Kelebihan Dan Panduan Amalan

Ianya adalah merupakan antara malam yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan. Ini kerana padanya terdapat keampunan dan penerimaan doa daripada Allah bagi yang memohon ampun serta bermunajat kepadaNya.

Ianya merupakan hari ke-15 atau pertengahan bulan syaaban iaitu 15 Syaaban mengikut kalendar Hijrah

Tarikh Malam Nisfu Syaaban Di Malaysia (2024M/ 1445H)

Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada hari Sabtu, 24 Februari 2024 (Malam Ahad)

Ianya mempunyai kelebihan sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:-

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:-

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]

Telah berkata Imam Al-Syafie Rahimahullah di dalam Kitab Al-Umm Jilid 231/1 yang maksudnya:

“Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam Aidil Adha, malam Aidil Fitri, malam awal bulan Rejab dan malam Nisfu Sya‟ban”

Amalan Yang Digalakkan

Walaupun tiada amalan khusus untuk diamalkan namun umat Islam perlu mengambil peluang diatas kelebihan yang ada dengan memperbanyakkan amal ibadah pada malam tersebut.

Sehubungan dengan itu, umat Islam dianjurkan untuk melakukan amalan sebagaimana berikut seperti panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor:-

Waktu Maghrib

  1. Solat Maghrib
  2. Wirid dan Doa
  3. Solat Hajat dan Doa
  4. Bacaan Yasin dan Doa
  5. Bacaan Doa Nisfu Syaaban
  6. Bacaan Selawat Kamilah

Doa Nisfu Syaaban

bacaan doa nisfu syaaban

Maksudnya: “Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala Kekayaan dan segala nikmat. Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yang mencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan. Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi-Mu pada Luh Mahfuzh sebagai orang yang sengsara atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah catatan itu. Sebaliknya Catatkanlah aku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki dan memperolehi taufiq-Mu untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan bahawasanya firman-Mu adalah benar di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan-Mu, „Allah menghapus dan menetapkan apa yang Ia kehendaki. Di sisi-Nya Luh Mahfuzh.‟ Semoga Allah memberikan shalawat kepada Sayyidina Muhammad SAW dan keluarga beserta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah SWT.”
(Riwayat Ibni Abi Syaibah dan Ibni Abi al-Dunya)

Waktu Isyak

1. Solat Isyak

2. Wirid dan Doa

3. Bacaan Surah Al-Mulk

4. Bacaan Asmaul Husna

5. Solat Malam (Qiamulail)

i) Disunatkan untuk mendirikan solat malam (qiamullail) dengan solat-solat dan amalan-amalannya yang bersesuaian sebagaimana berikut:-

6. Solat-Solat Sunat:

i. Solat Sunat Tahajjud

ii. Solat Sunat Taubat

iii. Solat Sunat Hajat

iv. Solat Sunat Tasbih

v. Solat Sunat Istikharah

vi. Solat Sunat Witir

7. Amalan-amalan dan Zikir:-

i. Membaca Al-Quran

ii. Membaca Istighfar

iii. Membaca Selawat

iv. Membaca Tasbih dan Zikir

cara menghiudpkan malam nisfu syabaan

SUMBER RUJUKAN

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Semoga perkongsian tarikh, kelebihan dan panduan amalan bermanfaat buat semua

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *