Doa Selepas Solat Fardhu Dan Wirid Ringkas Beserta Maksud, Bacaan Doa ringkas Selepas Solat dan wirid dengan makna dalam rumi.

Doa Selepas Solat Fardhu Dan Wirid Ringkas

Panduan buat anda yang beragama Islam, adakah anda sedang mencari atau ingin mempelajari bacaan doa selepas solat fardhu dan wirid yang boleh diamalkan? Meskipun tidak termasuk dalam rukun sembahyang, bacaan doa dan wirid selepas menunaikan solat terutamanya solat fardhu secara berjemaah bukanlah sesuatu yang dilarang. Malah, amalan berdoa adalah amat digalakkan sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di dunia dan akhirat.

Sebagai manusia yang serba kekurangan, bukan mudah untuk kita menjalankan sesuatu ibadah itu seperti menunaikan solat dengan sempurna. Apabila sedang berusaha untuk khusyuk, tibalah gangguan-gangguan di fikiran yang mengingatkan kita kepada hal-hal duniawi sedangkan pada saat itu kita sedang menghadap Allah Maha Penyayang, Tuhan yang mencipta kita. Oleh itu, sebagai cara untuk menampung ketidaksempurnaan dalam ibadah, kita boleh menambahkan amalan sunat seperti solat sunat, membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah tuhan sekalian alam.

Doa Selepas Solat Fardhu Dan Wirid

Doa Selepas Solat Fardhu Dan Bacaan Wirid Beserta Maksud

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, adalah lebih baik dan sopan untuk kita melafazkan wirid serta doa ringkas selepas solat terlebih dahulu berbanding terus bangun dan beredar.

Rasulullah SAW berwirid selepas solat berdasarkan dalil di dalam hadis riwayat Muslim. Diriwayatkan daripada Tsauban beliau berkata, “Apabila selesai mengerjakan solat, Rasulullah SAW membaca istighfar tiga kali lalu membaca, “Allahuma anta salam wa minka salam tabarakta ya dzal jalali wal ikram” bermaksud, “Ya Allah, Engkau pemberi keselamatan, dan daripada-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.”

Sehubungan itu, setiap kali selesai memberi salam, jangan ubah tempat duduk atau terus bangun dan berjalan keluar.

Sebaliknya, berada pada posisi itu buat seketika untuk mengamalkan sunah berkenaan. Niatkan kita baca itu kerana mengikut sunah Nabi SAW.

Maka, ia akan menjadi nilai tambah kepada amalan dan ibadat kita disebabkan dilakukan kerana ilmu.

Dalam hadis lain dinyatakan, daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Abu Zar al-Ghifari bertanya: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya mendapat pahala yang banyak. Mereka solat seperti mana kami solat, mereka berpuasa seperti mana kami berpuasa. Mereka mempunyai harta yang lebih yang mereka boleh bersedekah dengannya sedangkan kami tidak mempunyai harta untuk kami bersedekah dengannya.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu Zar, mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat yang boleh menyamakan darjatmu dengan orang-orang yang sudah mendahuluimu dan orang-orang yang datang sesudah kamu tidak akan dapat menyamaimu kecuali sesiapa yang beramal seperti amalan engkau?”

Abu Zar berkata: “Tentu ya Rasulullah.” Baginda bersabda: “Hendaklah kamu bertakbir (Allahu Akbar) setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali, bertasbih (Subhanallah) 33 kali dan kamu mengkhatamkannya dengan “laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah lahul mulku wa lahul hamduwa huwa ‘ala kulli syai’in qodir” maka dosamu akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.” (Riwayat Abu Dawud). Sumber Harian Metro

Kelebihan Doa Selepas Solat Fardu

Berdasarkan Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat sebuah hadith yang menjelaskan kelebihan membaca doa selepas solat fardu (waktu selepas sembahyang) iaitu seperti berikut:

  • Daripada Abu Umamah : Beliau berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah saw menjawab :جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ
    • Maksudnya :”(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”Riwayat al-Tirmizi ( 3499).Beliau (Imam al-Tirmizi) berkata :Hadis ini adalah hadis Hasan

Kepentingan Berdoa

Kenapa kita perlu berdoa kerana ianya antara ibadah yang diutamakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya:

  • Daripada Al-Nu’man bin Basyir RA berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Doa itu adalah ibadah, kemudian Baginda SAW membaca ayat 60 Surah Ghafir yang bermaksud:
    • “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku, akan Aku masukkan mereka ke neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Abu Daud, al-Nasa’i & Hakim)

Berikut dikongsikan panduan bacaan wirid serta doa selepas solat fardhu yang boleh diamalkan buat rujukan semua:

Panduan Bacaan Wirid

Langkah-langkah untuk berwirid selepas solat adalah seperti berikut:

 1. ISTIGHFAR TIGA (3) KALI

wirid

Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

2. LAFAZKAN KALIMAH BERIKUT SEBANYAK TIGA (3) ATAU 10 KALI

baccan wirid

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

 3. LAFAZKAN KALIMAH BERIKUT SEBANYAK TIGA (3) ATAU TUJUH (7) KALI

bacaan wirid

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka

4. TERUSKAN DENGAN KALIMAH DI BAWAH

bacaan wirid

Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

5. TERUSKAN DENGAN BACAAN AL-FATIHAH

bacaan wirid

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

 6. DIIKUTI DENGAN BACAAN SURAH AL-BAQARAH AYAT 163

bacaan wirid

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 7. SAMBUNG DENGAN BACAAN SURAH AL-BAQARAH AYAT 255

bacaan wirid

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

8. SETERUSNYA SURAH AL-BAQARAH AYAT 285 & 286

bacaan wirid

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir

 9. KEMUDIAN BACA SURAH ALI-IMRAN AYAT 18 & 19

bacaan wirid

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya

 10. TERUSKAN DENGAN SURAH ALI-IMRAN AYAT 26 & 27

wirid

bacaan wirid

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya

 11. BACA TIGA QUL (SURAH AL-IKHLAS, AL-FALAQ, AN-NAS)

bacaan wirid

bacaan wirid

bacaan wirid

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia

12. BACA AL-FATIHAH SEKALI LAGI

wirid

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

 13. MULAKAN TASBIH DENGAN LAFAZ

Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah

Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah

 14. TASBIH SEBANYAK 33 KALI

bacaan wirid

Maha Suci Allah

 15. TERUSKAN DENGAN BACAAN

Bacaan wirid

Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya

 16. LAFAZKAN TAHMID SEBANYAK 33 KALI

bacaan wiridSegala puji bagi Allah

 17. SAMBUNG DENGAN BACAAN BERIKUT

bacaan wirid

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.

 18. LAFAZKAN TAKBIR SEBANYAK 33 KALI

Bacaan wirid

Allah Maha Besar

19. SEBAGAI PENUTUP WIRID, SAMBUNG DENGAN BACAAN BERIKUT

bacaan wirid

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah

Doa Selepas Solat 1

Ianya dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pembukaan, selawat ke atas nabi, isi doa dan penutup. Bacaannya adalah seperti berikut:

1. PEMBUKAAN DOA

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

 2. SELAWAT KE ATAS NABI

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

3. ISI DOA

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

 4. PENUTUP DOA SELEPAS SOLAT

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa Selepas Solat No 2

bacaan doa selepas solat

Maksud Bacaan Doa diatas:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab api neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Semoga perkongsian bacaan Doa Selepas Solat Fardhu Dan Wirid selepas solat yang disertakan (Bahasa Arab & maksud) dapat memberi manfaat untuk anda. Diharap agar semua umat Islam dapat beristiqamah dalam mengerjakan amalan wajib dan sunat. Semoga Allah mencurahkan rahmat dan meredhai kita semua. Ya Allah, Jadikanlah kami, hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa, mematuhi segala perintah-Mu dan Rasul-Mu yang mulia, agar kami menjalani kehidupan sebagai manusia yang berguna untuk agama bangsa dan negara.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *