Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa atau dikenali sebagai Pameran MAHA untuk tahun 2022 akan kembali lagi. Tarikh MAHA 2022 akan diadakan adalah pada 4 Ogos hingga 14 Ogos. Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Selangor telah dipilih sebagai lokasi pameran.
Sebelum ini, seramai 3.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara telah mengunjungi pameran pertanian yang terhebat dan popular di Malaysia. Pameran kali ini menawarkan 22 segmen menarik melibatkan program secara fizikal dan hibrid. Antaranya di luar dewan pameran terdapat laman padi, laman floriculture, laman nanas, laman ternakan dan Food Truck. Manakala di dalam dewan pula terdapat pengisian Agro Tech, Agro Tourism dan Agro Job Fair.
Isi Kandungan
MAHA 2022 : Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa
Pihak MAEPS akan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi bagi tujuan penganjuran MAHA kali ini.
Tarikh MAHA 2022 Dan Waktu Dibuka
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Pameran MAHA 2022 meliputi tarikh/ masa, lokasi dan maklumat lain pameran.
- Mula : 4 Ogos 2022
- Tamat : 14 Ogos 2022
LOKASI : MAEPS SERDANG
*Nota : Waktu pameran adalah daripada 10 pagi sehingga 10 malam
Tema Pameran Maha 2022
Pameran akan mengekalkan tema seperti berikut :-
- ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’
MAHA 2022 turut menampilkan buah nanas, kelapa dan tenusu selain daging sebagai sumber rezeki baharu pertanian. Ianya mampu melahirkan lebih ramai usahawan dan mereka yang mampu muncul sebagai jutawan, dengan menjana kekayaan menerusi hasil pertanian
Maklumat Lanjut MAHA 2018
Maklumat MAHA 2022 akan dikemaskini setelah diperincikan lanjut oleh penganjur. Berikut adalah maklumat MAHA 2018 sebagai rujukan
- Sebanyak 1,500 khemah jualan dibuka termasuk 501 menu juadah popular dari semua negeri, produk industri asas tani, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, anak pokok dan bunga-bungaan serta ikan dan makanan laut segar
- 13 pavilion negeri akan dibuka, menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri yang dapat dinikmati oleh pengunjung
- Terdapat lima (5) tarikan baharu pada MAHA 2018 iaitu seperti kulinari, sumber rezeki baharu, teknologi terkini, jualan industri asas tani berkonsepkan pasar raya besar dan Miracle Garden (taman)
- Semua halaman seperti laman perikanan, laman nanas, laman ternakan dan sebagainya akan ditampilkan semula supaya pengunjung dapat menikmati sendiri pengalaman aktiviti pertanian secara langsung
- MAHA 2018 akan menonjolkan kepentingan teknologi dan inovasi pertanian (Agroteknologi) dalam industri Agromakanan negara. Pameran pertanian ini adalah platform dinamik untuk :-
- Mempamerkan teknologi pertanian terkini, produk pertanian dan perkhidmatan agro-makanan dan agro
- Menerokai peluang perniagaan, pelaburan, kolaborasi dan pemindahan teknologi
- Memperkembangkan rangkaian perniagaan
- Membangunkan pasaran import dan eksport
- Pelancaran produk dan perkhidmatan baru yang inovatif
- Menerokai peluang kerjaya dan keusahawanan
- Memperdalamkan lagi hubungan dengan pelanggan sedia ada
- Pendedahan kepada trend pasaran terkini dan meningkatkan daya saing pasaran anda
PETA LOKASI MAHA 2022
Selamat datang ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa di MAEPS Serdang pada tarikh MAHA 2022. Bawalah keluarga dan anak-anak agar mereka tahu akan kepentingan aktiviti pertanian buat Malaysia.
Maklumat lanjut, sila layari Facebook MAHA 2022.