in

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Online

Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya yang bekerja sebagai kakitangan awam kerajaan, badan berkanun atau pernah bertugas dalam sektor awam. Adakah anda ingin pergi bercuti atau meluangkan masa bersama keluarga? Tahukah anda apa itu Rumah Peranginan Persekutuan atau RPP? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) secara online.

Buat makluman semua, RPP merupakan tempat penginapan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk disewakan khusus kepada kakitangan kerajaan Malaysia dan badan berkanun. Contoh tempat penginapan yang disediakan adalah seperti bilik, dorm, apartmen dan banglo. RPP terletak di beberapa lokasi tumpuan percutian di Malaysia dan dapat dijadikan sebagai pilihan yang lebih murah dan selesa berbanding hotel.

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan online

Permohonan Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Secara Online

Kelayakan untuk membuat permohonan Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan penginapan di RRP adalah seperti berikut:

  1. Penjawat Perkhidmatan Awam Persekutuan
  2. Penjawat Awam Negeri
  3. Pesara yang mempunyai kad pesara kerajaan Malaysia

Kepada yang berminat dan berkelayakan, anda boleh membuat tempahan RPP secara online. Bagi tahun 2019, tempahan RPP telah dibuka sejak bulan November 2018. Tempahan RPP dapat dilakukan menerusi pautan berikut:

CARA MEMBUAT TEMPAHAN RPP ONLINE

Tempahan RPP hanya dapat dilakukan secara online melalui laman web SBBPH. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
No 1 Bagi yang belum membuat pendaftaran, di bawah bahagian PENDAFTARAN PENGGUNA klik pada tulisan berwarna biru yang menyatakan ‘klik di sini’.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 2 Lengkapkan makumat yang diperlukan dan klik Daftar.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 3 Suatu notifikasi akan diterima yang menyatakan pendaftaran akaun anda berjaya. 
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 4 Periksa e-mel untuk mendapatkan kata laluan yang dihantar.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 5 Menggunakan Log Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui e-mel, di bawah seksyen LOG MASUK isikan ruangan MyID dan Kata Laluan. Klik Daftar Masuk.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 6 Selepas berjaya log masuk, dashboard seperti berikut akan dipaparkan. Pilih RPP Premier/Eksekutif atau Rumah Transit untuk mengetahui senarai RPP yang layak dipohon bergantung pada jawatan yang anda sandang. 
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 7 Sebagai contoh, bagi penyandang jawatan gred 32, senarai rumah peranginan dan jenis unti yang boleh dipilih adalah seperti berikut.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 8 Jenis bilik yang dipaparkan oleh sistem juga adalah mengikut kelayakan dan kesesuaian gred beserta kadar sewa masing-masing. Klik PILIH untuk memilih unit yang dimahukan.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 9 Masukkan tarikh untuk memeriksa kekosongan dan klik PILIH. Had jarak tarikh adalah 14 hari sahaja.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 10 Tarikh yang dipilih akan dipaparkan. Tulisan yang berwarna hitam menandakan tarikh itu masih terdapat kekosongan dan tempahan boleh dibuat. Manakala yang berwarna kelabu bermaksud tiada kekosongan.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 11 Semak segala butiran buat kali terakhir dan klik TEMPAH SEKARANG untuk ke langkah seterusnya.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 12 Setelah membaca Terma dan Syarat, tandakan semua kotak dan klik Setuju.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 13 Lakukan bayaran ke akaun yang dinyatakan (tulisan merah) kemudian muat naik slip pembayaran. Klik Choose File dan pilih slip pembayaran untuk dimuat naik. Tempahan akan dibatalkan sekiranya bayaran tidak dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari. Sepanjang tempoh itu anda akan menerima e-mel notifikasi dari pihak BPH tentang status pembayaran serta countdown baki hari untuk bayaran dilakukan.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
No 14 Pautan kepada SURAT KELULUSAN RPP akan diberikan setelah semua butiran selesai disemak. Klik dan cetak surat tersebut untuk dibawa semasa pendaftaran masuk pada hari percutian nanti. 
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

TARIKH PENGINAPAN & TEMPAHAN RPP ONLINE

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penginapan dan tempahan online yang dibuka tiga (3) kali setahun supaya anda dapat merancang percutian dengan lebih awal:
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

KADAR SEWA TEMPAHAN RUMAH PENGINAPAN PERSEKUTUAN (RPP) MENGIKUT KATEGORI

Sewaan rumah peranginan boleh dibahagikan kepada kategori Eksekutif dan Premier. Berikut merupakan senarai kadar harga sewaan  mengikut lokasi, jenis unit, dan waktu:
No 1 Kadar Sewaan RPP Eksekutif. Rumah kategori Eksekutif dibuka untuk semua penjawat awam tidak kira gred. Lokasi bagi RPP Eksekutif hanya terdapat di dalam negara sahaja.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

No 2 Kadar Sewaan RPP Premier. Rumah kategori Premier pula hanya dapat diduduki oleh kakitangan awam yang menyandang Gred 48 dan lebih tinggi. RPP Premier merangkumi lokasi di dalam dan luar negara.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Cara Hubungi BPH

Untuk sebarang aduan atau pertanyaan, sila hubungi No. Hotline BPH: 03-8880 0522 dari hari Isnin hingga Jumaat Jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang..

Semoga maklumat panduan permohonan Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) secara atas talian boleh dijaikan rujukan berguna buat kakitangan kerajaan yang ingin bercuti di lokasi tumpuan yang dinyatakan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Bacaan Doa Majlis Rasmi & Tidak Rasmi Mudah Dan Ringkas

Permohonan Tadika Islam Johor (TAJ) 2020