Jadual Tarikh Peperiksaan STPM Tahun 2023. Menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 dan seterusnya menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah salah pilihan buat pelajar lepasan SPM. Berikut dikongsikan Kalendar Peperiksaan STPM 2022/2023 yang memaparkan maklumat berkaitan jadual dan tarikh penting peperiksaan termasuk STPM Ulangan. Kalendar yang dikeluarkan oleh MPM mengandungi maklumat penting tarikh pendaftaran peperiksaan dibuka dan ditutup, ujian lisan Bahasa Arab dan tarikh peperiksaan bertulis STPM
Jadual STPM 2022/2023 ini memaparkan maklumat Peperiksaan STPM Penggal 1, 2 dan 3 serta peperiksaan Ulangan Penggal 1 dan 2. Lepasan STPM yang berkelayakan boleh menyambung pengajian tinggi mereka ke Universiti Awam/ IPTA melalui application UPU online.
Isi Kandungan
Jadual Peperiksaan STPM Tahun 2023
Berikut dikongsikan kalendar peperiksaan STPM 2022/2023 yang mengandungi tarikh-tarikh penting peperiksaan termasuk tarikh buka dan tutup pendaftaran, tarikh peperiksaan bertulis dan tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab.
Kalendar Peperiksaan STPM Tahun 2022/2023
Berikut adalah jadual peperiksaan STPM 2022/2023 yang memaparkan maklumat penting peperiksaan untuk setiap penggal termasuk STPM Ulangan. Jadual terkini akan dikemaskini dan semua tarikh tertakluk kepada pindaan.
Sebelum ini, berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadualkan semula peperiksaan di bawah kendalian KPM. Penjadualan semula di buat setelah meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum mata pelajaran tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
1. STPM Semester 1 2023
- Peperiksaan Bertulis: 9, 13, 14, 15 dan 16 Feb 2023
2. STPM Semester 2 2023
- Tarikh pendaftaran: 1 hingga 30 Ogos 2022
- Peperiksaan Bertulis: akan dikemaskini
3. STPM Semester 3 2022
- Tarikh Pendaftaran: akan dikemaskini
- Tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab: akan dikemaskini
- Peperiksaan Bertulis: 4, 5, 6, 10,11 dan 12 April 2023
4. STPM Ulangan 1 2022
- Tarikh Pendaftaran (buka dan tutup):
- Peperiksaan Bertulis: 9, 13, 14, 15 dan 16 Februari 2023
5. STPM Ulangan 2 2023
- Tarikh Pendaftaran (buka dan tutup):
- Peperiksaan Bertulis:
Kalendar Peperiksaan STPM 2022/2023 boleh dimuat turun/ di download dalam format PDF di MPM Majlis Peperiksaan Malaysia
Nota Penting Peperiksaan STPM 2022 : Kalendar Peperiksaan STPM
Berikut adalah nota peperiksaan STPM 2022 buat panduan pelajar semua :-
- Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
- Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada semester 1.
- Calon yang ingin memperbaiki result STPM 2022 boleh mendaftar pada semester 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi semester 1 dan semester 2 sekaligus pada semester 3.
Kerja Kursus STPM
Calon yang ingin memperbaiki result STPM 2022 dikehendaki memilih dan menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan Kerja Kursus (KK). Sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan alternatif bertulis yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka calon boleh memilih sama ada hendak melaksanakan Kerja Kursus atau tidak melaksanakannya mengikut pilihan yang berikut:
- (a) Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan Kerja Kursus, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK tahun mengulang. Kemudahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.
- (b) Jika calon memilih untuk melaksanakan Kerja Kursus yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah Kerja Kursus STPM tersebut. (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2022 tentang Pendaftaran Lewat).
Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah KK tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK, calon dikehendaki melaksanakan KK. (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2022 tentang Pendaftaran Lewat).
Permohonan semak semula markah dibuka selama 7 hari bermula daripada result semester 1, semester 2, dan semester 3 dimuat naik.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi MPM di maklumat berikut:-
- MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA,
- PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG,
- 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488 - Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mpm.edu.mydi talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665.
Selamat membuat perancangan pembelajaran STPM buat murid semua. Moga Kalendar Peperiksaan STPM 2022/2023 yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan berguna untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM tahun ini.