Pendaftaran ADAM50, cara daftar Amanah Dana Anak Malaysia 2050, Cara membuat permohonan skim beserta syarat kelayakan.

Pendaftaran ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia

Cara Mohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50). Menerusi pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2018. Jadi bagaimanakah cara membuat Pendaftaran ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia 2050? Skim terbaru yang pertama kali diperkenalkan ini adalah bagi menjamin masa depan generasi TN50.

Melalui ADAM50, kesemua bayi warganegara Malaysia yang dilahirkan bermula pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan menerima unit insentif percuma sebanyak 200 unit. Ianya akan dikreditkan secara automatik selepas proses pendaftaran dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga mereka ke dalam tabung unit amanah kendalian Amanah Saham Nasional Berhad. Iaitu Amanah Saham Bumiputera bagi bayi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera.

  • TERKINI 21 Disember 2018 : Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditamatkan pada 31 Disember 2018 berikutan kurang sambutan menurut Permodalan Nasional Bhd (PNB). Difahamkan hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada tahun 2018 mendaftar program ini. Walaupun ADAM50 bakal ditamatkan, namun pendaftaran bagi menyertai program ini akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada tahun 2018.

Pendaftaran ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia 2050

Permohonan Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pendaftaran ADAM50 meliputi syarat kelayakan, cara membuat pendaftaran dan maklumat lain Amanah Dana Anak Malaysia 2050.

Sebelum ini, dana-dana unit amanah sememangnya dibuka untuk individu seawal usia enam bulan tetapi kini dengan ADAM50, setiap bayi Malaysia yang lahir dalam tahun 2018 hingga 2022 akan memiliki satu akaun dengan unit insentif permulaan daripada Kerajaan dan PNB. 200 unit insentif dan semua dividen yang diperolehi bagi jumlah permulaan ini hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun

Syarat Kelayakan ADAM50

Kelayakan umum untuk pendaftaran ADAM50 adalah seperti berikut:-

  1. Bayi lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.
  2. Warganegara Malaysia. Bumiputera – Amanah Saham Bumiputera dan Bukan Bumiputera – Amanah Saham 1Malaysia
  3. Ibu bapa atau Penjaga Berdaftar adalah Warganegara Malaysia dan mestilah berumur 18 tahun dan ke atas semasa pendaftaran dilakukan.

Pendaftaran ADAM50 Di Cawangan Dan Ejen Amanah Saham Nasional Berhad

Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat Pendaftaran ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia 2050.

  1. Ibu bapa atau penjaga berdaftar bayi perlu hadir atau datang ke mana-mana cawangan atau Ejen Amanah Saham Nasional Berhad (Maybank, Maybank Islamic, CIMB, CIMB Islamic, AmBank dan AmBank Islamic, RHB, RHB Islamic, Pos Malaysia dan Affin Bank) di seluruh Malaysia untuk membuat pendaftaran ADAM50.
  2. Pendaftaran hendaklah dibuat dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi tersebut.

Pendaftaran ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Mendaftar ADAM50

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan dan perlu dibawa semasa pendaftaran Amanah Dana Anak Malaysia 2050.

  1. Dokumen pengenalan diri (MyKad) ibu/ bapa/ penjaga berdaftar.
  2. Dokumen pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima).
  3. Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah atau lain-lain jika pedaftaran dibuat selain dari ibu bapa atau penjaga berdaftar

Maklumat Lanjut ADAM50

  1. Akaun peserta akan mencapai tempoh matang setelah mencapai usia 18 tahun. Selepas itu, status akaun akan berubah menjadi Akaun Dewasa. Dan segala unit insentif beserta pengagihan pendapatan (sekiranya ada) boleh dikeluarkan seperti biasa.
  2. Had maksimum individu peserta juga akan berubah mengikut had individu sedia ada bagi Akaun Dewasa Amanah Saham Bumiputera (bagi bumiputera). Manakala tiada had bagi AS 1Malaysia, tertakluk kepada baki tabung sedia ada.
  3. Pelaburan tambahan ke dalam akaun bayi adalah dibenarkan sehingga had maksimum yang ditentukan. Iaitu had terkini Akaun Bijak/ Remaja Amanah Saham Bumiputera bagi Bumiputera dan had 50,000 unit ditetapkan untuk AS 1Malaysia bagi bukan Bumiputera.

Untuk keterangan lanjut mengenai ADAM50, sila rujuk kepada PDF.

Selamat membuat Pendaftaran ADAM50 kepada mereka yang berkelayakan. Moga skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 yang diperkenalkan mampu mendidik budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia baru lahir.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *