Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Tahukah anda bahawa anda boleh membuat permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memperoleh bantuan kewangan bagi meringankan bebanan hidup? Bagi yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan JKM iaitu eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Online.
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan untuk kumpulan sasar yang memerlukannya. Secara asasnya, dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).
- Cara check status Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Secara Online Melalui eBantuan JKM
Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam usaha untuk membantu klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan sebuah kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Isi Kandungan
Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (eBantuan JKM) Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Online buat rujukan semua.
Maklumat yang dikongsikan termasuk matlamat pemberian bantuan, kelayakan memohon bantuan, panduan serta cara membuat permohonan dan check status secara online.
Matlamat Pemberian Bantuan JKM
Matlamat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Online diberikan adalah seperti berikut:
Melengkapi keperluan asas sebagai cara untuk membantu meringankan beban penerima bantuan
Sebagai alat sokongan sosial untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan
Sebagai alat pemulihan untuk penerima bantuan terus kekal tinggal bersama masyarakat atau komuniti
Untuk dijadikan sumber kewangan sementara buat penerima bantuan menerukan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
Kelayakan Memohon Bantuan JKM
Setiap permohonan yang dilakukan hendaklah memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berpandukan setiap jenis bantuan berikut:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Bantuan Geran Pelancaran (GP)
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
Panduan Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Online
Langkah-langkah untuk membuat permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara Online adalah seperti berikut:
- Akses pautan di bawah:
- Klik Daftar Permohonan Atas Talian
- Klik Daftar Permohonan
- Pilih Negeri dan isi No. Kad Pengenalan Baru. Klik Daftar
Lengkapkan maklumat selanjutnya sehingga selesai
*Nota : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh masa 14 hari dari tempoh permohonan dilakukan atas talian. Kegagalan melakukan sedemikian akan menyebabkan sistem membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Dokumen Penting Permohonan JKM
Semasa hadir ke pejabat, bawa dokumen-dokumen penting berikut:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Sekiranya tergolong dalam kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan/ surat akaun pendapatan (sekiranya bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/ klinik kesihatan kerajaan/ swasta (untuk kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/ alat tiruan)
Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Dari JKM Dan Sumbangan NGO
Sebarang permohonan bantuan khas berkaitan Covid-19 & sumbangan NGO boleh hubungi bilik gerakan 24 jam Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti pautan di bawah
Klik MyGCC
JKM akan melakukan pengesahan maklumat sebelum diluluskan untuk penghantaran.
Serahan akan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.
Check Status Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Online
Bagi yang telah membuat permohonan Bantuan, berikut dikongsikan cara check status permohonan buat rujukan semua:
- Akses pautan berikut : eBantuan JKM
- Masukkan No. Kad Pengenalan
*Nota : Senarai hanya akan menunjukkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima. Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat
Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan JKM
Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi:
Alamat
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No. Telefon
- 03-8000 8000
Faks
- 03-8323 2045
Emel
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Cara Mohon Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat secara online ini memberi manfaat buat semua. Selamat membuat permohonan dan semoga berjaya menerima bantuan yang diidamkan.
Related : rumah semasa atau pgk kemiskinan pgk purata miskin melebihi pendapatan garis kemiskinan pendapatan garis kemiskinan pgk purata miskin per kapita purata miskin isi rumah rumah tidak melebihi pendapatan miskin per kapita semasa garis kemiskinan pgk purata pgk purata miskin isi isi rumah tidak melebihi miskin isi rumah semasa warganegara dan bermastautin di malaysia semasa atau pgk purata, kadar bantuan, kes yang berkeperluan layak, bawah senarai 3 jadual kesembilan senarai perundangan, bersesuaian dengan prinsip penyampaian, siasatan untuk penilaian means tested, dijalankan siasatan untuk penilaian, peruntukan perlembagaan persekutuan malaysia, didaftarkan akan dijalankan siasatan, kelayakan bantuan kepada pemohon, tested bagi mengesahkan kelayakan, dipertimbangkan dengan kelulusan kpkm, layak dipertimbangkan dengan kelulusan, mengesahkan kelayakan bantuan, berkeperluan layak dipertimbangkan, means tested bagi mengesahkan, masyarakat daerah jajahan, bahagian log masuk, kebajikan masyarakat daerah jajahan,