Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 Online (Inspirasiku) YAPEIM. Cara mohon bantuan Inspirasiku beserta pautan borang online/ manual.

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Inspirasiku) YAPEIM

Berita baik buat rakyat Malaysia terutamanya pelajar dan ibu bapa yang memerlukan dana tambahan untuk menampung keperluan sekolah. Tahukah anda pelbagai bantuan kewangan yang boleh di mohon untuk kemudahan pelajar sekolah? Jika tidak, salah satu bantuan kewangan yang ditawarkan baru-baru ini adalah Dana Inspirasi Malaysia. Berikut dikongsikan cara permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Inspirasiku) YAPEIM. secara borang online dan manual

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan telah melancarkan Dana Inspirasi Malaysia. Ia merupakan inisiatif YaPEIM  untuk memberi manfaat kepada hampir 40000 pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara. Bantuan kewangan ini dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk membuat persediaan sebelum persekolahan dan kemasukan ke IPT.

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia online

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 YAPEIM (Inspirasiku)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) yang memaparkan maklumat seperti tarikh, cara dan syarat-syarat permohonan.

Tarikh Permohonan Bantuan Dana Inspirasi Malaysia 2020

Permohonan dibuka secara berfasa mengikut dana Tabung Inspirasiku. Makluman bagi fasa seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

TARIKH PENTING PERMOHONAN FASA 1

Berikut adalah tarikh buka dan tutup permohonan Dana Inspirasi Malaysia tahun 2020 Fasa Pertama sebagai panduan:

  • Tarikh Buka : 1 Disember 2019
  • Tarikh Tutup : 31 Januari 2020

Cara Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020

Permohonan bantuan ini hendaklah menggunakan nama ibu, bapa atau penjaga. Untuk membuat permohonan, YaPEIM telah menyediakan kaedah berikut untuk pemohon membuat permohonan:

1. Secara Atas Talian (Online)

YaPEIM telah menyediakan sistem permohonan online bagi memudahkan pemohon melakukan permohonan. Berikut adalah pautan kepada sistem permohonan Dana Inspirasi Malaysia online:

  • Permohonan Dana Inspirasiku (Borang Online) http://diny.yapeim.my:81/borang-permohonan-bantuan.php

2. Secara manual

Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan Dana Inspirasi Malaysia di semua cawangan Ar Rahnu YaPEIM statik dan bergerak, Pejabat YaPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YaPEIM.

  • Borang Dana Inspirasiku (Sekolah Rendah & Menengah)
  • Borang Dana Inspirasiku (IPT)

Seterusnya, pemohon perlu menghantar borang yang lengkap dan salinan dokumen sokongan melalui emel atau kaedah serahan berikut:

  • emel : inspirasiku@yapeim.my
  • Serahan tangan ke ibu pejabat YAPEIM
  • Pos laju/ ekspres ke ibu pejabat YAPEIM
  • Cawangan Ar Rahnu YAPEIM
  • Pejabat YAPEIM Negeri

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu seperti berikut:-

  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  2. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
  3. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
  4. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
  5. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri/ pencen/ surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
  6. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah
  7. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar (Permohonan bagi pelajar IPT)
  8. Satu salinan senarai yuran persekolahan/ Institusi Pengajian Tinggi
  9. Nombor akaun Bank

Kesemua salinan dokumen hendaklah mendapat cop pengesahan daripada Pegawai Kumpulan A (Pegawai Kerajaan/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

Carta Alir Pengisian Borang Permohonan 

proses permohonan dan inspirasi

Syarat Kelayakan Memohon Dana Inspirasi Malaysia 2020

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat di bawah:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  2. Mendapat surat tawaran pengajian IPT dalam atau luar negara atau surat pengesahan sekolah seperti contoh yang dilampirkan dalam senarai semak
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara kategori B40
  4. Slip gaji/ pengesahan majikan sebagai bukti Pendapatan Isi Rumah
  5. Permohonan hendaklah atas nama ibu, bapa atau penjaga

Jumlah Bantuan Dana Inspirasi Malaysia 2020

Bantuan Dana Inspirasi Malaysia bergantung kepada kutipan dana yang diperoleh dan akan mengagihkan secara serahan tunai atau pindahan akaun secara terus. Kaedah agihan akan dimaklumkan setelah permohonan diluluskan.

JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah bantuan Dana Inspirasi Malaysia bagi tahun 2020 mengikut kategori pelajar:

  • Sekolah : sehingga RM500
  • IPT : sehingga RM1000

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Dana Inspirasi Malaysia, sila rujuk pada pautan soalan lazim dan laman rasmi YaPEIM di bawah:

Sebarang Pertanyaan Lanjut sila Hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan YaPEIM di Talian 03-2717 2717.

bantuan dan insprisaku

Semoga perkongsian mengenai Bantuan Dana Inspirasi Malaysia 2020 dapat membantu ibu bapa yang berhasrat untuk membuat permohonan. Semoga permohonan yang dilakukan berjaya dan diluluskan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *