in

Permohonan GIATMARA 2019 Online

Borang Permohonan Latihan GIATMARA 2019 Online. Berita baik buat pelajar Bumiputera yang bercadang untuk mengikuti latihan kemahiran. GIATMARA adalah salah satu pilihan buat mereka yang ingin mempunyai latihan kemahiran dalam bidang tertentu. Permohonan GIATMARA adalah dipelawa untuk mereka yang berumur 15 tahun keatas samada lepasan SPM atau tidak. Namun dengan bersyarat calon boleh membaca, menulis dan minat iaitu 3M.

Mereka yang berkelayakan dan sihat tubuh badan boleh memohon untuk mengikuti program latihan sepenuh dan separuh masa GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Januari 2019.

Permohonan GIATMARA Online Latihan Kemahiran

Permohonan Kemasukan GIATMARA Online Sesi Januari Dan Julai

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Syarat Kelayakan Permohonan GIATMARA

Syarat-Syarat Kemasukan ke GIATMARA adalah seperti berikut :-

  1. Bumiputera.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
  4. Berumur dari 15 tahun dan tiada had umur.
  5. Berminat dengan bidang yang dipohon.
  6. Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Elektrik.

A. Permohonan GIATMARA 2019 Secara Online Dan Manual

Permohonan kemasukan ke GIATMARA boleh dibuat secara online untuk Kursus sepenuh masa. Untuk kursus separuh (separa) masa, pemohon boleh mengisi borang secara manual. Terdapat 2 sesi pengambilan kemasukan iaitu Sesi Januari dan Sesi Julai setiap tahun.

1. Program Sepenuh Masa (Secara Online)

Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online dengan mengisi Borang secara atas talian Klik Borang Online GIATMARA

Sesi Januari 2019 Klik Permohonan Online GIATMARA

Nota

  • Pemohon perlu mempunyai e-mel yang sah dan ingat kata laluan e-mel anda.
  • Sila buat semakan MANUAL PERMOHONAN secara online GIATMARA
  • Pemohon hanya boleh menggunakan browser google chrome bagi proses permohonan.
  • Setelah mengisi ruangan dibawah, pastikan pemohon menyalin KATA LALUAN yang diberikan untuk meneruskan dengan proses permohonan.

2. Program Separuh Masa (Secara Manual)

Permohonan program latihan separuh masa boleh dibuat dengan mengisi borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda. Klik BORANG SEPARUH MASA

3. Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di GIATMARA

Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut :-

  1. Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
  2. Kluster Elektrikal (KEL)
  3. Kluster Elektronik Mekatronik
  4. Kursus Kluster Fabrik
  5. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  6. Kluster Hospitaliti
  7. Kursus Kluster Kulinari
  8. Kursus Kluster Mekanikal
  9. Kluster Pembuatan
  10. Kursus Kluster Pengangkutan
  11. Kursus Kluster Percetakan
  12. Kluster Senibina

Klik Kursus Lengkap untuk mendapatkan maklumat lanjut kursus yang ditawarkan atau Senarai Kursus GIATMARA untuk sesi Januari

4. Senarai Lokasi GIATMARA

Cara Hubungi GIATMARA

Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada gspel@giatmara.edu.my.

Selamat membuat Permohonan Kemasukan GIATMARA samada secara Online untuk kursus sepenuh masa ataupun manual untuk kursus separuh masa. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke GIATMARA yang dihajati dalam menambah latihan kemahiran untuk diri anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Permohonan Biasiswa Sony EMCS (Malaysia) 2017

Permohonan Biasiswa Sony EMCS (Malaysia) 2017