Menyambung pengajian ke Program Matrikulasi merupakan salah satu pilihan buat pelajar dalam menyambung pengajian tinggi mereka. Kepada pelajar yang berminat, berikut dikongsikan maklumat Permohonan Matrikulasi 2023/ 2024 Online beserta info cara membuat permohonan rayuan matrikulasi. Senarai lokasi beserta alamat dan maklumat penting lain boleh dirujuk di Senarai Kolej Matrikulasi.
Untuk makluman, permohonan untuk sesi 2023/ 2024 akan dibuka pada 16 Januari 2023 sehingga 16 April 2023. Permohonan boleh di buat secara online melalui Portal Matrikulasi KPM.
Isi Kandungan
Permohonan Matrikulasi 2023-2024 Online & Permohonan Rayuan
Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Sesi 2023/ 2024 untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022 yang berminat dan layak.
Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh penting permohonan, cara membuat permohonan beserta link aplikasi online serta syarat untuk memohon.
Tarikh Penting
- Tarikh Buka : 16 Januari 2023
- Tarikh Tutup : 16 April 2023
Makluman : Permohonan ke Program Matrikulasi KPM lepasan SPM Tahun 2022 akan dibuka semula mulai 8 hingga 12 Jun 2023. Pemohon yang telah mendaftar turut boleh mengemaskini maklumat. Permohonan adalah PERCUMA dan tidak memerlukan pembelian nombor PIN
Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan permohonan boleh diemailkan kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4035
*Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh rasmi. Sebarang perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa
Program Pengajian Yang Ditawarkan
Program pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
PROGRAM MATRIKULASI SISTEM 2 SEMESTER
- Sains
- Kejuruteraan
- Perakaunan
- Perakuanan Professional (Bumiputera sahaja)
PROGRAM MATRIKULASI SISTEM 4 SEMESTER
- Sains (Bumiputera sahaja)
Sebelum memohon, sila pastikan pelajar melepasi syarat memohon minimum program Matrikulasi KPM seperti berikut :-
- Klik Program Matrikulasi
Pautan Borang Atas Talian Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2023-2024
Permohonan adalah secara atas talian/ online sahaja melalui sistem pautan dibawah. Langkah cara membuat permohonan adalah seperti berikut :-
- Layari Aplikasi Online KPM
- Pemohon tidak perlu membeli nombor pin
*NOTA : Baca dan fahami panduan yang terdapat dalam laman web tersebut dan setelah selesai mengisi borang permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Permohonan, sila rujuk kepada maklumat berikut:-
Lulusan Matrikulasi diberi Sijil Mulai 2016
Mulai tahun 2016, lulusan Matrikulasi KPM akan menerima sijil, sama seperti lepasan STPM. Ianya bagi memudahkan mereka untuk memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta.
Cara Buat Rayuan Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi KPM Sesi 2023-2024
Berita baik buat pelajar lepasan SPM yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2023 / 2024 ambilan pertama. Menurut FAQ Program Matrikulasi, pelajar boleh mengemukakan permohonan rayuan Matrikulasi 2023 bermula dari tarikh keputusan Matrik diumumkan iaitu 26 Jun hingga 7 Julai 2023 (Tahun lepas: 16 hingga 23 Julai 2022).
Pelajar boleh membuat permohonan rayuan secara online/ atas talian sahaja dan kaedah menghantar surat rasmi rayuan ke Bahagian Matrikulasi dengan menyertakan dokumen yang diperlukan ada disediakan.
Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM adalah dinasihatkan untuk mengemukakan rayuan secara atas talian, serahan tangan, pos, faksimili dan emel.
Berikut dikongsikan kaedah atau cara membuat permohonan Rayuan seperti dikongsikan dari Soalan Lazim FAQ Program Matrikulasi.
Kaedah rayuan yang disediakan adalah seperti berikut :-
i) Secara Online
Rayuan Matrikulasi secara online boleh dikemukakan terus menerusi
ii) Secara Manual Dengan Menulis Surat Rayuan Rasmi
Tidak terpakai untuk tahun ini dan hanya digunakan untuk tahun-tahun sebelumnya. Sila buat rayuan mennggunakan kaedaqh secara atas talian sahaja
Pelajar yang gagal juga boleh merayu dengan mengemukakan surat permohonan rayuan rasmi beserta salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.
Surat rayuan yang telah lengkap perlu dihantar ke alamat berikut :-
- Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya - No Telefon: 03-8884 4083
No Faks: 03-8884 4028 - E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my
Check Status Rayuan Matrikulasi 2023
Pelajar yang telah membuat rayuan boleh mengetahui keputusan rayuan mereka pada tarikh yang akan dikemaskini. Pada tahun sebelum ini, semakan rayuan boleh dibuat pada 29 Julai 2022 melalui salah satu daripada cara berikut :
- Melalui laman sesawang Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia – matrikulasi.moe.gov.my
SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. KP dan hantar kepada 15888, atauTalian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang
Maklumat Lanjut
i) Permohonan menukar jurusan – Boleh dilakukan di kolej masing-masing melalui Pengarah Kolej apabila pelajar mendaftar di kolej yang telah ditawarkan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kekosongan dan nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.
ii) Penangguhan Pendaftaran : Pelajar boleh menangguhkan pendaftaran tetapi tertakluk kepada perkara berikut:-
- Jika tempoh penangguhan kurang daripada LIMA hari dengan sebab munasabah (contoh: kematian, kemalangan dll), permohonan rasmi perlu dibuat kepada pengarah kolej yang ditawarkan. Jika LIMA hari ATAU lebih, permohonan rasmi secara bertulis perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.
Selamat membuat Permohonan. Pelajar adalah disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan teliti dan tepat bagi mengelakan kesukaran pemprosesan borang permohonan anda. Tahniah kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian tinggi mereka ke Program Matrikulasi KPM sesi 2023-2024.
Related : portal rasmi, sesi 2021/2022, spm tahun 2020, pelajar lepasan sijil pelajaran malaysia spm, universiti awam, permohonan kemasukan ke program matrikulasi, 2022/2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa, untuk menyambung pengajian, mekanikal pengajian kejuruteraan elektrik elektronik fizik kimia biologi sains sains tambahan, sijil pelajaran malaysia spm tahun, pemohon mesti, awam pengajian kejuruteraan mekanikal, bermula dari 16 januari 2023, pemohon mestilah pelajar warganegara malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 januari,