Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2022/ 2023

Permohonan Murid Ke Tahun Satu (1) Kemasukan 2022 Dan 2023 Online Dan Manual. Memasuki Darjah 1 (Tahun Satu) adalah permulaan buat murid Sekolah Rendah selepas tamatnya Prasekolah. Bagaimana cara daftar murid ke Darjah 1 Sekolah Rendah Kerajaan? Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2015 dan 2016. Pendaftaran murid Tahun 1 (Satu) ambilan tahun 2022 dan 2023 boleh dilakukan pada bulan 1 Mac sehingga 30 April 2021. Permohonan murid Tahun 1 boleh dibuat secara online atau atas talian untuk sekolah di Semenanjung Malaysia.

Borang Permohonan Daftar Murid Tahun 1 sesi 2022 Dan 2023 Online akan di buka secara online bermula dari 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM – public.moe.gov.my). Ianya adalah untuk Semenanjung Malaysia termasuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2021/ 2022 (Darjah 1)

Permohonan Kemasukan Murid Ke Tahun 1 Ambilan 2022/ 2023 Online 

Berikut dikongsikan panduan dan cara dalam membuat permohonan Murid Tahun 1 ambilan 2022/ 2023 secara online untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh permohonan, applikasi atau borang pendaftaran dan cara mendaftar.

Tempoh Pendaftaran Murid Tahun 1 Online (Atas Talian)

Permohonan kemasukan murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2022 dan 2023 akan dibuka seperti ketetapan berikut :-

  • Tarikh Buka : 1 Mac 2021
  • Tarikh Tutup : 30 April 2021

*Nota : Tarikh RASMI seperti dimaklumkan di Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM)

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2022 dan 2023 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2021.

Maklumat tarikh penting lain adalah seperti berikut :-

  • i) Pendaftaran secara dalam talian (lewat) : –
  • ii) Pendaftaran Manual ke PPD/ JPN untuk sesi persekolahan 2022 sahaja : –

Murid Yang Layak Mendaftar Kemasukan Tahun 1 2022/ 2023

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :

  • 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016 (Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2022)
  • 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 (Sesi persekolahan tahun 2023)

Cara Mendaftar Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2022-2023

Pendaftaran murid Tahun Satu (1) boleh dibuat seperti berikut

i) Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia Termasuk Sabah, Sarawak & WP Labuan

Applikasi permohonan/ pendaftaran secara atas talian/ online boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-

NOTA

  1. Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.
  2. Pemohon berkemungkinan akan mengalami kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi permohonan/ pendaftaran berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server
  3. Bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak mempunyai kemudahan internet, pendaftaran ke Tahun Satu secara dalam talian boleh dibuat di sekolah yang hendak dimohon

Berikut dikongsikan cara mendaftar pelajar tahun satu (1) secara online :-

  1. Layari laman SPATKPM
  2. Untuk pengguna sediada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
  3. Untuk pengguna baru SPATKPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di pautan berikut :-
  4. Manual Pengguna SPATKPM (Cara daftar, kata laluan)

Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut :-

  1. Maklumat prasekolah/ tadika
  2. Profil kesihatan
  3. Rekod imunisasi kanak-kanak

ii) Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu dalam masa 14 hari.

Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-

  1. Cetakan borang permohonan online
  2. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  4. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  5. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  6. Sampul surat bersaiz standard serta beralamat sendiri dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  7. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  8. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi

*Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang anda mohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza

Langkah Pendaftaran Kemasukan Murid Ke Tahun 1

daftar tahun 1

Soalan Lazim FAQ Permohonan Murid Tahun 1

Berikut adalah diantara soalan lazim yang selalu ditanya berkaitan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 online:-

  1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
  2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
  3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
  4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
    • Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
  5. Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul (menggunakan id pengenalan)
  6. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
    • Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.

Maklumat Lanjut & Permohonan Rayuan

  1. Selepas selesai mengisi, pastikan parent mencetak borang dan bawa dokumen seperti yang dinyatakan di dalam sistem ke sekolah untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari
  2. Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan keputusan juga melalui sistem
  3. Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan
  4. Bagi yang daftar lewat kelahiran dan pendaftaran secara online tidak dapat dilakukan, minta ibu bapa daftar secara manual di PPD selepas bulan Disember 2021 dengan mengisi borang ASBS
  5. Bagi permohonan tahun 1/2022 untuk murid tanpa dokumen,mohon mendaftar di PPD melalui borang MWTD selepas bulan Disember 2021

Cara Hubungi

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-

  • E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan Murid ke Tahun 1 untuk pertanyaan berkaitan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
  • Unit ICT.
  • E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Berikut adalah rujukan senarai Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia, klik JPN

Check Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2022-2023

Keputusan permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Ogos 2021 (Tarikh akan dikemaskini). Tarikh-tarikh penting dan pautan lawam web boleh dirujuk di Cara semak keputusan pendaftaran ke Tahun 1 secara online.

Anda boleh check secara online di SPATKPM. Untuk pemohon yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Pemohon yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan.

Diucapkan selamat membuat Pendaftaran secara online atau manual. Semoga pendaftaran yang dibuat berjaya.

Related : https public.moe.gov.my, lahir pada 2 januari

Tinggalkan Komen