in

Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19

Berita baik buat pencari kerja dari lepasan SPM/ SVM/ SKM yang berminat dan berkelayakan untuk bekerja di Sektor Perkhidmatan Awam. Menerusi makluman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dibuka sehingga tarikh tutup permohonan pada hari Ahad, 29 April 2018 jam 1159 malam.

Pemohon yang berminat dan berkelayakan dengan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) boleh membuat permohonan secara online di Portal Rasmi SPA (Pendaftaran SPA8i). Panduan cara memohon ada dikongsikan di bawah ini sebagai rujukan.

permohonan jawatan pembantu tadbir perkeranian dan operasi gred n19

Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 Online

Berikut dikongsikan panduan cara membuat permohonan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) di SPA.

  • Kekosongan : 68
  • Di : Kementerian Kesihatan Malaysia

Cara Memohon/ Mendaftarkan Pekerjaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19

Pemohon perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i jika belum berbuat demikian. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan diterima melalui online sahaja.

Nota Penting Permohonan Pekerjaan

  1. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
  2. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun.
  3. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.
  4. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawataan-jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
  5. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
  6. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 29 April 2018 (Ahad) jam 1159 malam

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19

Berikut adalah iklan permohonan jawatan kosong di SPA untuk bulan April 2018 yang ada menawarkan 68 kekosongan untuk jawatan Pembantu Tadbor (Perkeranian/ Operasi).

jawatan kosong pembantu tadbir perkeranian dan operasi gred n19

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19

Berikut dikongsikan maklumat permohonan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 yang dipetik dari Portal SPA merangkumi kumpulan, kelayakan, tangga gaji dan senarai tugas.

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Gred N19 (Perkeranian/Operasi) adalah seperti berikut:-

  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan

Jadual Gaji Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)

  • GAJI MINIMUM : RM1,352.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM4,003.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00

Maklumat lanjut syarat lantikan dan had umur perlantikan boleh dirujuk di Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19.

Diucapkan selamat membuat permohonan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 secara online sebelum tarikh tutup permohonan. Semoga permohonan anda berjaya sekaligus hajat anda bekerja di sektor awam tercapai.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

semakan ujian medsi 2018 online

Semakan Ujian MeDSI Dan Temuduga UPSI 2019-2020

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2019