Semakan Keputusan Matrikulasi 2024 Online & SMS, Pemohon boleh membuat semakan status dan tawaran program matrikulasi KPM secara atas talian.

Semakan Keputusan Matrikulasi 2024 Online & SMS

Bila tarikh keputusan tawaran Matrikulasi diumumkan? Panduan buat pelajar SPM 2023 yang telah membuat application ke Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) sesi akademik 2024/ 2025. Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, semakan keputusan Matrikulasi 2024 dijangka akan diumumkan sekitar bulan Jun 2024. Namun pada tahun lepas, keputusan tawaran Matrikulasi telah diumumkan pada 26 Jun 2023.

Untuk makluman, semakan keputusan tawaran Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam tempoh masa 30 hari bekerja selepas result SPM 2023 diumumkan secara rasmi. Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan. Kami akan berkongsi tarikh rasmi selepas diumumkan oleh pihak KPM.

Semakan Keputusan Matrikulasi 2021 Online dan sms

Cara Semak Keputusan Tawaran Matrikulasi 2023/ 2024 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan maklumat Semakan Keputusan Matrikulasi sesi 2023/2024 meliputi tarikh penting, cara semakan, link applikasi semakan dan maklumat kemaskini Matrikulasi. Maklumat semakan bagi sesi 2024/2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

A. Kemaskini Matrikulasi

Pelajar SPM tahun 2022 yang ada membuat application adalah tidak perlu untuk mengemaskini borang secara online. Pelajar atau pemohon yang  terlibat tidak perlu menghantar salinan result SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana sistem akan mengemaskini result SPM pelajar secara automatik.

B. Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2023/ 2024

Berikut dikongsikan cara membuat semakan secara online dan SMS tahun 2023. Juga dikongsikan maklumat rayuan untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran.

  • Tarikh Buka : 26 Jun 2023 (Hari Isnin)
  • Jam : 2 petang

NOTA : Tarikh RASMI

i) Tarikh Rasmi Keputusan Diumumkan Tahun Sebelumnya

  • 2022 : 16 Julai 2022
  • 2021 : 8 Julai 2021
  • 2020 : 3 Jun 2020
  • 2019 : 15 April 2019
  • 2018 : 24 April (jam 1201 tengahari) hingga 1159 malam, 8 Mei 2018
  • 2017 : 27 April hingga 11 Mei 2017
  • 2016 : 14 hingga 26 April 2016

ii) Applikasi Semakan Secara Atas Talian/ Online

  • Sistem aplikasi semakan secara atas talian
  • 26 Jun 2023 : Jika pelajar berjaya mendapat tawaran, pelajar perlu membuat pendaftaran ke Kolej Matrikulasi secara dalam talian.
    • Klik Setuju Terima dan jawab soal selidik di matrikulasi.moe.gov.my
    • Terima surat tawaran (sudah ada nama kolej dan jurusan)
    • Pelajar perlu membuat pembayaran dahulu, mengikut lokasi penempatan kolej yang ditetapkan di mana setiap penempatan mempunyai maklumat bank yang berlainan untuk tujuan bayaran
  • 26 – 28 Jun 2023 : Application pertukaran program, jurusan, kolej
  • 5 Julai 2023 : Keputusan application pertukaran program, jurusan, kolej
  • 31 Julai 2023 : Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu di Kolej Matrikulasi. Sila pastikan urusan pendaftaran dan pembayaran sudah selesai

iii) Semakan Melalui SMS

*Tidak disediakan

Tawaran Program Matrikulasi juga boleh disemak melalui Perkhidmatan SMS dengan menaip:-

  • MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

Nota : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan

TINDAKAN UNTUK PEMOHON YANG BERJAYA

Calon yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2022-2023 dikehendaki untuk mencetak sendiri dokumen berikut untuk di bawa semasa hari pendaftaran :-

  1. Surat tawaran
  2. Panduan Pendaftaran Pelajar
  3. Maklumat peribadi pelajar
  4. Akuan persetujuan ibu bapa/ penjaga dan kesihatan pelajar
  5. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  6. Borang Perjanjian Pelajar (2 salinan)

C. Rayuan Matrikulasi 2023 Online

Untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran, rayuan Matrikulasi boleh dilakukan secara online bermula dari tarikh keputusan Matrikulasi diumumkan iaitu dari 26 Jun hingga 7 Julai 2023

Rayuan boleh dibuat sebaik sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM.

Rayuan Matrikulasi boleh dibuat melalui kaedah berikut  :-

i) Rayuan Secara Online

Applikasi rayuan adalah sama dengan applikasi semakan secara atas talian di atas.

ii) Menulis Surat Rayuan Matrikulasi

Pemohon boleh menulis surat rayuan secara rasmi (seperti contoh surat rayuan Matrikulasi). Pemohon perlu melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

D. Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2023

Pemohon yang merayu boleh membuat semakan keputusan rayuan Matrikulasi mereka pada :-

  • 2023 : 27 hingga 30 Julai 2023
  • 2022 : 29 Julai 2022
  • 2021 : 9 Ogos 2021
  • 2020 : 22 Jun 2020
  • 2019 : 15 April sehingga 29 April 2019
  • 2018 : 31 Mei 2018 bermula jam 1201 tengahari (Tahun 2017 : 8 Jun 2017 dan tahun 2016 pada 18 Jun 2016)

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang kemusykilan, anda boleh merujuk kepada :-

  • Soalan Lazim (FAQ) Matrikulasi
  • Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks

Selamat membuat Semakan Matrikulasi secara online dan SMS. Diucapkan selamat berjaya buat para pelajar dan pemohon Program Matrikulasi KPM 2023/ 2024.

Related : laman sesawang, sesi 2022 2023, tawaran ke program matrikulasi kementerian pendidikan malaysia kpm, applikasi semakan keputusan tawaran setuju, terima spm ke program matrikulasi kementerian pendidikan malaysia kpm, rayuan pertukaran jurusan kolej 16-18 julai 2022, 31 julai 2022, pelajar atau telegram channel https t.me jommasukmatriks, membuat semakan keputusan tawaran setuju terima, tahun 2023, sesi 2023-2024, lepasan sijil pelajaran malaysia spm 2022 yang terlibat tidak perlu menghantar salinan, hari bekerja selepas keputusan, membuat semakan keputusan rayuan matrikulasi 2023,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *