Panduan buat para pemohon lepasan SPM dan STPM Setaraf yang ada menghantar borang kemasukan (Application) ke Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Semakan keputusan UPU secara atas talian dan SMS sesi kemasukan akademik 2021 /2022 iaitu status tawaran UPU boleh disemak pada bulan Jun untuk lepasan SPM dan bulan Ogos (lepasan STPM). Semakan UPU (semakan keputusan UPU) dan semakan temuduga UPU serta semakan rayuan UPU boleh disemak selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Facebook BPKP JPT.
Di antara maklumat penting Semakan keputusan UPU Tawaran Kemasukan UA IPTA Sesi 2021-2022 yang dikongsikan termasuk tarikh-tarikh penting, semakan panggilan interview, hebahan keputusan diumumkan dan pautan URL saluran semakan keputusan juga cetakan tawaran. Maklumat ini dikongsikan dari Portal Rasmi UPU, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi.
Isi Kandungan
Semakan Keputusan UPU Kemasukan Ke UA, Politeknik, IPG, Matrikulasi, ILKA Dan Kolej Komuniti Sesi 2021-2022
Pasti ramai pelajar yang telah memohon ingin mengetahui tarikh semakan keputusan UPU sesi 2020-2021 untuk kemasukan ke UA/ IPTA. Untuk makluman, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah digantikan dengan Universiti Awam atau ringkasnya UA mulai Mac 2015. Manakala IPTA pula diguna bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik.
Berikut dikongsikan maklumat dan panduan semakan tawaran UPU 2020 secara atas talian yang memaparkan tarikh penting semakan tawaran yang dipaparkan mengikut peringkat di mulai dengan semakan panggilan temuduga, keputusan UPU lepasan SPM/ setaraf dan keputusan UPU lepasan STPM dan setaraf.
- Nota : Tarikh rasmi serta pautan saluran semakan bagi setiap aktiviti yang dinyatakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas diumumkan secara rasmi samada di Portal Rasmi UPU atau Facebook UPU.
A. Semakan UPU Lepasan SPM/ Setaraf
Berikut adalah tarikh penting berkaitan keputusan UPU bagi Lepasan SPM / Setaraf :-
i) Semakan Temuduga UPU Lepasan SPM/ Setaraf
Nama pemohon yang layak dipanggil temuduga untuk program pengajian bertanda (#) boleh disemak di Pautan URL berikut :-
Temuduga dan Ujian : 29 April hingga 20 Mei 2020 (Lepasan SPM/ setaraf)
Panggilan Temuduga UPU Calon Lepasan SPM/Setaraf
Tarikh Semakan adalah dari 27 April 2020 (Bermula jam 1200 tengahari)
Pautan URL semakan temuduga adalah seperti berikut :-
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Politeknik Malaysia
- ILJTM
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
- IPG
- Matrikulasi
ii) Hebahan Keputusan Bagi Lepasan SPM/ Setaraf
a) Keputusan Kemasukan Lepasan SPM ke UA/ Politeknik Premier/ IPG/ Kolej Matrikulasi
Tarikh Semakan adalah pada 3 Jun 2020
Keputusan samada berjaya atau tidak boleh disemak melalui saluran berikut :-
1) Atas Talian
- Landing Page UPU
- Pautan URL
2) Aplikasi UPUPocket 2.0
- Aplikasi Mobile untuk pengguna Android boleh dimuat turun di Play Store manakala untuk pengguna Apple, boleh dimuat turun di App Store
3) Semakan SMS
- Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke no 15888
b) Keputusan Kemasukan Lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti & ILKA (TVET)
1) Atas Talian
- Landing Page UPU
- Pautan URL
2) Aplikasi UPUPocket 2.0
- Aplikasi Mobile untuk pengguna Android boleh dimuat turun di Play Store manakala untuk pengguna Apple, boleh dimuat turun di App Store
3) Semakan SMS
- Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan & SMS ke no 15888
Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan. Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang pertukaran adalah tidak dibenarkan.
Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan.
iii) Rayuan
- Pemohon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat Rayuan UPU yang DIBUKA dari 3 Jun sehingga 10 Jun 2020
- Rayuan dalam tempoh 5 hari berkerja
- Rayuan DITUTUP : 10 Jun 2020, 500 petang
- Aplikasi Rayuan
- UA/ IPG/ Kolej Matrikulasi : Melalui UPU
- Rayuan ke Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA adalah terus ke Agensi Pendidikan yang dipohon
iv) Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu Lepasan SPM/ Setaraf
Sila rujuk Jadual Pendaftaran Pelajar Baharu
B. Semakan Rayuan UPU
- Hebahan keputusan rayuan kemasukan ke Universiti Awam UA/ IPTA (bagi lepasan SPM dan Setaraf) : 22 Jun 2020 (12:00 tengahari)
- Hebahan kedua keputusan rayuan kemasukan ke Universiti Awam UA/IPTA (bagi lepasan SPM dan Setaraf): 14 Julai 2020 (12:00 tengahari)
- Semakan boleh dibuat melalui pautan semakan keputusan yang dikongsikan di atas.
C. Semakan UPU Lepasan STPM/ Setaraf
Untuk calon yang memohon dari kategori lepasan STPM/ setaraf, berikut dikongsikan tarikh penting semakan keputusan dan rayuan UPU termasuk maklumat tarikh UPU untuk Fasa 2 dibuka.
i) Semakan Temuduga Lepasan STPM Dan Setaraf
Semakan Panggilan temuduga UPU 2020 untuk Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ setaraf :-
Temuduga dan Ujian : 1 Jun hingga 21 Julai 2020
Panggilan Temuduga UPU Calon Lepasan STPM/Setaraf
Tarikh Semakan mengikut jenis semakan temuduga UPU adalah seperti berikut :-
- 18 Mei 2020 : Semakan Panggilan Ujian MEdSIProgram Sarjana Muda Pendidikan dan Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
- 28 Mei hingga 6 Jun 2020 : Ujian MEdsi dijalankan
- Akan dikemaskini : Temuduga Bukan Pendidikan diadakan untuk Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA)
- 22 Jun 2020 : Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
Pautan URL semakan temuduga untuk Lepasan STPM/ setaraf adalah seperti berikut :-
- UPSI : Semak Ujian Medsi Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
- UTHM
- UNISZA
- UITM
- UMT
- UMS
- UKM
- UMK
- UM
- UPM
- USIM
- USM
- UTM
- UUM
- UNIMAS
- UIAM : http://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga.html
- UPNM : http://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga/
Nota : Aplikasi semakan temuduga UPU untuk Universiti Awam yang dinyatakan akan dikemaskini dari masa kesemasa
ii) UPU Fasa 2 Dibuka
- Sistem UPU Fasa 2 (Matrik/ Asasi) DIBUKA : 20 Julai 2020
- Fasa 2 (Matrik/ Asasi) DITUTUP : 24 Julai 2020
iii) Hebahan Keputusan Lepasan STPM/ setaraf
- Semakan keputusan UPU : 18 Ogos 2020
- Pautan URL semakan lepasan STPM/ setaraf :-
- Tempoh setuju terima tawaran adalah dari (akan dikemaskini)
iv) Rayuan
- Rayuan dari 18 Ogos 2020
- Rayuan DITUTUP : 28 Ogos 2020
v) Keputusan Rayuan UPU
- Hebahan keputusan rayuan Fasa 1 : 23 September 2020
- Hebahan keputusan rayuan Fasa 2 : 19 Oktober 2020
Semakan Keputusan UPU 2020 Melalui SMS
Semakan Secara SMS adalah seperti berikut :-
Universiti Awam (UA) Dan Politeknik Premier
- Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan (KP) dan SMS ke 15888
Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA (TVET)
- Taipkan: UPU (Jarak) TVET (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888
Nota Penting Semakan Keputusan UPU
Berikut adalah nota semakan keputusan yang perlu diambil perhatian oleh pemohon :-
- Sistem Aplikasi Semakan UPU hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan secara rasmi
- Bagi pemohon dan rayuan berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut Universiti Awam (UA) / Institut yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat
- Sistem aplikasi semakan keputusan dan tawaran UA / Politeknik Premier / Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA telah ditutup sepenuhnya selepas tarikh akhir semakan
Maklumat Lanjut
Pelajar yang telah membuat application dan rayuan adalah disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan semakan UPU tawaran Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2020-2021 melalui :-
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
- Facebook Rasmi BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Talian helpline UPU di 03-8870 8200 (Waktu Bekerja : jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
- SISTEM MAKLUM BALAS UPU telah disediakan bagi membolehkan pelajar untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai UPU dan status keputusan. Pelajar atau pemohon juga boleh mengutarakan pelbagai pertanyaan termasuk masalah yang dihadapi di Sistem ini
Selamat membuat Semakan Keputusan UPU sesi akademik 2020-2021. Tahniah kepada pemohon UPU yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA/ IPTA dalam bidang pengajian yang dihajati.