in ,

Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Ke Biasiswa

Perhatian buat pelajar yang ada membuat Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama boleh membuat Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Ke Biasiswa seperti langkah yang dikongsikan ini.

Pelajar yang sudah dapat scroll Ijazah Kelas Pertama pada hari konvokesyen, adalah digalakkan untuk menghantar permohonan pertukaran pinjaman ke pihak PTPTN pada kadar yang segera.

Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Ke Biasiswa

Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Ke Biasiswa (Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama)

Buat panduan pelajar cemerlang semua, berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Penukaran Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa. Maklumat yang dipaparkan termasuk syarat permohonan pertukaran, dokumen yang diperlukan, alamat permohonan serta contoh surat permohonan rasmi.

Syarat Permohonan Pertukaran Pinjaman Ke Biasiswa

Mereka yang layak membuat permohonan :-

  1. Graduan dari mana-mana IPTA atau IPTS
  2. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
  3. Ijazah Sarjana Muda mestilah yang diiktiraf oleh MQA

Cara Membuat Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Kepada BIasiswa

Pemohon perlu membaca dan sila fahamkan setiap arahan dan panduan dilaman web PTPTN : https://www.ptptn.gov.my/pengecualian-bayaran-blk-side

1. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan

  • Akuan Penerima biaya yang telah lengkap diisi. Pergi ke link URL: Pengecualian Bayaran dan klik pada Borang Akuan Pelajar Bagi Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pembiayaan
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.
  • Bagi penerima biaya IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.
    Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah)

2. Surat Permohonan Rasmi

Permohonan pertukaran ke Biasiswa perlu disertakan dengan surat rasmi permohonan seperti di kongsikan bawah ini. Jangan lupa, suarat perlu ditandatangani oleh pemohon.

permohonan peryukaran pinjaman ptptn ke biasiswa

3. Hantar Permohonan

Pos segala dokumen yang diperlukan ke alamat yang disertakan dibawah ini atau hantar sendiri ke:-

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KUTIPAN BALIK
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
LOT G2, TINGKAT BAWAH WISMA CHASE PERDANA,
OFF JALAN SEMANTAN,DAMANSARA HEIGHTS,
50490 KUALA LUMPUR.
(u/p: Pn. Norzila binti Mohd Yaakob – Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)

Semoga perkongsian Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Ke Biasiswa dapat membantu pelajar yang berkelayakan membuat permohonan dengan kadar segera.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2019 Online (MTD)

Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2020 Online (MTD)

Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja MTD Terkini

Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja MTD Terkini