Semakan Keputusan MUET Sesi 1, 2 & 3 Tahun 2023 Online Dan SMS, Tarikh rasmi result muet diumumkan dan cara mohon semak semula result MUET.

Semakan Keputusan MUET 2023 Sesi 1, 2 & 3 Online Dan SMS

Cara Semak Keputusan MUET Sesi 1, 2 & 3 2023 Online Dan SMS Serta Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan. Bila tarikh rasmi calon peperiksaan MUET boleh mendapatkan keputusan peperiksaan MUET 2023 (MUET result 2023)? Tarikh semakan keputusan MUET Sesi 1, 2 dan 3 tahun 2023 dahulunya dikenali sebagai sesi Mac, Julai dan Oktober (Malaysia University English Test) boleh dirujuk pada jadual berikut.

Keputusan peperiksaan MUET setiap sesi pada tahun 2023 boleh disemak secara online di Laman web Majlis Peperiksaan Malaysia atau melalui khidmat penghantaran SMS.

semakan keputusan muet online

Cara Semak Keputusan MUET Sesi 1, 2 & 3 Tahun 2023 Secara Online Dan SMS (MUET Result)

Peperiksaan MUET telah diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan menjadi salah satu syarat kemasukan ke UA/ IPTA melalui UPU online.

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan MUET setiap sesi tahun 2023 yang boleh disemak secara Online Dan SMS.

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan MUET 2023

Keputusan MUET boleh disemak pada tarikh berikut seperti yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

  • Sesi 1 : 8 Jun 2023
  • Sesi 2 : 6 September 2023
  • Sesi 3 : 10 Januari 2024

Kaedah Semakan Keputusan MUET

Berikut dikongsikan cara atau kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan keputusan peperiksaan MUET :-

1. Keputusan MUET secara Online

Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT

Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mengkases applikasi semakan di sebabkan penggunaan yang tinggi. Anda disarankan untuk membuat semakan keputusan pada waktu tidak puncak atau menyemak menggunakan Perkhidmatan SMS

2. Keputusan MUET melalui SMS

  • taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

Contoh :-

Nota Penting 

  • Untuk calon sekolah ataupun institusi, keputusan akan dihantar kepada Pengetua sekolah/ Institusi melalui SSP JPN. Untuk calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos yang dihantar kepada calon.

Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Bagaimana Cara Semak Semula Keputusan MUET? Umum sedia maklum yang keputusan MUET boleh disemak secara atas talian menerusi portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Tahniah kepada calon yang telah berjaya mendapat keputusan peperiksaan MUET yang cemerlang. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET, anda boleh membuat penyemakan semula keputusan.

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu secara online atau melalui Applikasi MUETbyMPM yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.

Cara Semak Semula Keputusan MUET

Berikut dikongsikan cara atau langkah-langkah dalam membuat rayuan semak semula keputusan MUET. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan melalui kaedah berikut :-

1. PIN BSN

Beli No PIN MEC di BSN untuk Semak Semula Keputusan MUET. Calon dikenakan bayaran sebanyak RM70 dan RM1.06 (caj perkhidmatan dan GST).

ATAU

2. Bayar Online

Pembayaran online di http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/

  • Perkhidmatan Visa/ Mastercard : RM70 dan RM2.50 (caj perkhidmatan dan GST)
  • FPX : RM70 dan RM2.00 (caj perkhidmatan dan GST)

3. Daftar Online

Pendaftaran semakan semula keputusan MUET boleh dibuat secara online di http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/

ATAU

Applikasi MUETbyMPM yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play

Nota Semak Semula Keputusan MUET

Sila pastikan anda menerima 3 perkara berikut selepas membuat pembayaran secara online.

  1. Notis Berjaya
  2. Emel pengesahan daripada MPM
  3. Notifikasi SMS

Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.

Untuk gambaran yang lebih jelas, sila rujuk kepada grafik di bawah ini :-

semak semula muet

Semakan Keputusan Rayuan Semak Semula Keputusan MUET

Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Semoga perkongsian Cara Semak Semula Keputusan MUET bermanfaat buat calon peperiksaan MUET yang terlibat.

Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET

Kepada mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET Tahun 2022, berikut adalah maklumat berkaitan peperiksaan MUET termasuk tarikh pendaftaran dan ujian buat panduan calon.

Untuk makluman, penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) juga telah diperkenalkan oleh MPM bermula bulan April 2018.

Selamat membuat Semakan keputusan MUET tahun 2023 secara Online Dan SMS. Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan MUET yang cemerlang.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *