Syarat Umum Dan Syarat Khusus Pengambilan Murid Ke Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Terkini. Panduan buat pelajar Tingkatan 3 atau lepasan Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV), PT3, Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS tahun 2022. Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan Syarat Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan SMT sebagai rujukan dalam membuat application masuk.
Pengambilan ke Kolej Vokasional Dan SMT ambilan Tahun 2023 akan dibuka dari 30 September 2022 hingga 30 November 2022
Isi Kandungan
Syarat Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Terkini
Berikut dikongsikan syarat kemasukan/ syarat kelayakan untuk memasuki Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ambilan Mac 2023. Syarat Kemasukan Kolej Vokasional terkini bagi ambilan Tahun 2023 akan dikemaskini dari masa ke semasa dan syarat ini adalah untuk Aliran Perdana serta Aliran PAV dan SMT seluruh Malaysia pada tahun sebelum sebagai rujukan.
A. Murid Lepasan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
Di bawah adalah syarat mengikut aliran pelajar:
Aliran Perdana/ Akademik/ Agama
Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :
PT3 : Pentaksiran Pusat- PBD : Pentaksiran Bilik Darjah
- PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
- PPsi : Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
1. Syarat Kelayakan PBS (Kemasukan Ke Kolej Vokasional)
- Calon adalah warganegara Malaysia
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Menengah Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada sesi akademik 2022/2023.
- Calon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- Calon menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
- Telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2022 yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Calon sihat tubuh badan.
- Bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali).
- Calon mestilah TIDAK RABUN/ BUTA WARNA
- Calon berminat dengan program dipohon.
Syarat Khusus PBS
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD)
Syarat Tambahan
Berikut adalah syarat tambahan bagi Program IBM P-Tech@Kolej Vokasional (KV Sungai Buloh & KV Sepang):
- Calon mendapat sekuarang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam PT3
Institusi dan kursus yang ditawarkan : Klik KURSUS ALIRAN PERDANA
2. Aliran Teknikal (Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik)
Bagi murid yang mengikuti aliran Perdana/ Akademik di Tingkatan 3.
- Calon adalah warganegara Malaysia
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Menengah Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada tahun 2022/2023.
- Calon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- Calon mengambil pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM
- Telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2022 yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Calon sihat tubuh badan.
- Bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali).
- Calon mestilah TIDAK RABUN/ BUTA WARNA
- Calon berminat dengan program dipohon.
Syarat Khusus SMT
Untuk semua kursus yang ditawarkan iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Awam, Sains Pertanian dan Perdagangan.
i. Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 bagi mata pelajaran Sains, Bahasa Melayu Bahasa Inggeris, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
3. Syarat Program Kemahiran/Apprenticeship Aliran PBS
Bagi murid yang mengikuti aliran Perdana/ Akademik di Tingkatan 3, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- Calon adalah warganegara Malaysia
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Menengah Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada sesi akademik 2022/2023.
- Calon mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- Telah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM
- Telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2022 yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Calon sihat tubuh badan.
- Bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali).
- Calon mestilah TIDAK RABUN/ BUTA WARNA
- Menguasai 3M – Membaca, Menulis dan Mengira
- Calon berminat dengan program dipohon.
B. Murid Lepasan PAV
Pelajar mestilah telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV (Pendidikan Asas Vokasional).
Syarat umum dan khusus bagi kemasukan ke Program Apprenticeship/Kemahiran di KV untuk murid yang mengikuti aliran PAV adalah seperti berikut:
- Calon adalah Warganegara Malaysia
- Mestilah murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2022;
- Murid sihat tubuh badan ;
- Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali.
- Bebas daripada masalah mental.
- Calon berminat dengan program dipohon.
- Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira).
- Mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Syarat Kemasukan Kolej Vokasional dan SMT Terkini sila layari Laman Web spskt4
Semoga perkongsian Syarat Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik boleh dijadikan panduan buat pelajar Tingkatan 3 sebelum membuat application. Tahniah kepada mereka yang berjaya masuk ke KV dan SMT di seluruh Malaysia.