Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat Selangor 2024 Online. Cara mohon bantuan menghantar anak ke TASKA atau Nurseri di Selangor.

Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat 2024 Online

Perhatian buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan memerlukan bantuan untuk menghantar anak mereka ke TASKA atau Nurseri di Selangor. Anda boleh memohon untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan negeri Selangor. Bantuan yang dimaksudkan adalah Skim Bantuan Asuhan Rakyat di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang ke-9. Berikut dikongsikan panduan dalam membuat permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat Selangor buat rujukan semua.

Skim Bantuan Asuhan Rakyat dahulunya dikenali sebagai SIKEMBAR telah dijenamakan semula kepada ASUH PINTAR. Melalui skim ini, ibu bapa yang melepasi syarat kelayakan akan mendapat bantuan dari segi yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka terhad kepada yang berusia 4 tahun ke bawah. Bantuan yuran adalah sebanyak RM100 setiap bulan dan akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri. Skim ini juga telah diteruskan bagi tahun 2024 dan terhada kepada 500 pemohon terawal sahaja.

Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat Selangor online

Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat Online yang merangkumi syarat kelayakan permohonan, panduan permohonan dan sebagainya.

Tarikh Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat

Ibu bapa boleh membuat pendaftaran anak bagi Skim Bantuan Asuhan Rakyat secara Online pada tarikh berikut:

  • KINI: Tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.

pendaftaran-skim-asuhan-rakyat-2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat untuk mendapatkan manfaat Skim Bantuan Asuhan Rakyat Selangor:

  1. Merupakan warganegara Malaysia (seperti dalam MyKad)
  2. Sama ada:
    • Lahir di Selangor dan sedang tinggal menetap di Selangor, atau
    • Tidak dilahirkan di Selangor tetapi bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun (Mesti mendapatkan pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan Tempat Pemohon Menetap)
  3. Berpendapatan seisi rumah RM5,000 ke bawah (gaji pokok)
  4. Suami dan isteri bekerja
  5. Menghantar anak ke TASKA atau Nurseri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  6. Terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah
  7. Ibu dan bapa mestilah pengundi berdaftar dengan Suruhanjaya Piliharaya Malaysia (SPR) akan tetapi tidak semestinya mengundi di Selangor

Panduan Dan Borang Permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat Selangor

Untuk membuat permohonan, ibu bapa perlu mengikuti langkah atau prosedur berikut:

  1. Permohonan bagi bantuan ini mestilah secara atas talian (online)
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon iaitu ibu bapa atau penjaga di ruangan Semakan Pemohon dan klik Semak
  3. Sekiranya tiada dalam rekod, pengguna dikehendaki membuat pendaftaran baru. Klik Pendaftaran Baru
  4. Isikan maklumat yang diperlukan di bahagian Maklumat Pemohon, Maklumat Pasangan (Bagi yang berkahwin) dan Maklumat Anak
  5. Di bawah sekali, klik Daftar

Dokumen Penting Permohonan

 Pemohon perlu melampirkan dokumen berikut semasa menghantar permohonan:

  1. Borang Pendaftaran Online Yang Dicetak Dari Sistem
  2. Salinan Sijil Kelahiran / MyKid Anak Yang Dipohon
  3. Salinan MyKad Ibu dan Bapa
  4. Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Gaji Ibu dan Bapa (Pengesahan Pendapatan Bagi Yang Bekerja Sendiri Atau Tidak Bekerja / Suri Rumah)
  5. Cop Pengesahan Taska Tempat Anak Belajar (Hendaklah Dicop Pada Borang Permohonan)
  6. Salinan Pengesahan Pendaftaran SPR Bagi Ibu Dan Bapa

Dokumen Tambahan

Sekiranya pemohon Bukan Kelahiran Selangor, lampirkan dokumen tambahan seperti berikut:

  1. Cop Pengesahan Mastautin (Hendaklah Dicop Pada Borang Permohonan)
  2. Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM/ASTRO / Muka Depan Buku Merah Ibu
  3. Bahasa Jerman
  4. **Bahasa Korea
  5. **Bahasa Cina Komunikasi

Dokumen perlu dihantar dalam tempoh masa dua minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut:

  • Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
    Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
    Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan
  • No. Tel : 03-5481 8800

Proses Pendaftaran Skim Bantuan Asuhan Rakyat Negeri Selangor

  1. Setelah borang yang lengkap diterima, disahkan, diproses dan diluluskan, maka pembayaran bagi Skim Bantuan Asuhan Rakyat akan dibuat kepada TASKA / Nurseri penerima.
  2. Jumlah sebanyak RM100 akan dibayar setiap bulan bagi setiap anak yang telah lulus permohonan terhad kepada dua anak berumur bawah 4 tahun.
  3. Pembayaran akan dibuat mengikut bulan kelulusan sehingga bulan Disember tahun tersebut

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Asuhan Rakyat, sila rujuk pautan di bawah:

Semoga perkongsian yang dibuat ini dapat memberikan manfaat buat ibu bapa sekitar negeri Selangor dan seterusnya dapat meringankan beban mereka untuk menghantar anak-anak ke TASKA atau nurseri. Selamat maju jaya bagi yang membuat permohonan dan semoga berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *