Daftar SPA9 Borang Pendaftaran Jawatan Kosong Kerajaan (SPA8i), cara membuat permohonan kerja kosong kerajaan lepasan spm stpm diploma ijazah

Daftar SPA9 Borang Permohonan Jawatan Kerajaan (SPA8i)

Borang Daftar SPA9 Baharu. Perhatian buat mereka yang berminat untuk menyertai Sektor Perkhidmatan Awam. Mereka yang sedang mencari kerja serta pemohon yang baru menamatkan peperiksaan SPM. Anda adalah digalakkan untuk memohon pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan membuat pendaftaran secara online melalui borang SPA9 (dahulunya SPA8i) atau Pendaftaran SPA9 iaitu Borang Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan.

Permohonan Jawatan Kosong SPA adalah sepanjang tahun dan melibatkan pemohon dari kalangan lepasan Sijil/ SPM, Diploma dan Ijazah. Jangan berlengah lagi jom daftar pekerjaan di Portal Rasmi SPA secepat mungkin. Buat mereka yang telah menduduki peperiksaan dan temuduga SPA, semakan keputusan peperiksaan dan temuduga boleh disemak secara online.

daftar spa9 borang permohonan kerja kosong kerajaan

Daftar SPA9 Online Borang Pendaftaran Jawatan Kerajaan

Berikut dikongsikan cara-cara membuat pendaftaran pekerjaan di SPA melalui Pendaftaran Borang ataupun dikenali sebagai Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan.

Borang SPA9 Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Berikut adalah makluman penting dari Portal Rasmi SPA:-

Pengumuman Penting Mengenai Penutupan Borang SPA8i Borang Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan Bagi Kerja-Kerja Menaik Taraf ke Sistem Baharu – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Dimaklumkan bahawa penutupan Borang SPA8i bagi kerja-kerja menaik taraf ke sistem baharu iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan dilaksanakan pada ketentuan berikut :

  • Tarikh/Masa Mula : 23 September 2020 (Rabu) / 10.00 pagi
  • Tarikh/Masa Tamat : 28 September 2020 (Isnin) / 10.00 pagi

Untuk makluman, SPA berada pada fasa terakhir bagi menaik taraf sistem sedia ada untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, penutupan Borang SPA8i dibuat bagi melancarkan proses peralihan tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan https://aduan.spa.gov.my .

SUMBER

Maklumat terkini berkaitan cara daftar dan maklumat penting lain akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal SPA.

Cara Daftar SPA9 Akaun Baru

Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang di URL yang dikongsikan di bawah ini :-

Pemohon perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan

Bagi yang ingin mendaftar dan tidak mempunyai ID, anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu menggunakan MyID sebelum mengisi borang. MyID adalah nombor kad pengenalan anda.

Pendaftaran/ Permohonan secara online telah ditambahbaik tanpa memerlukan pengaktifan melalui e-mel. E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPA atau sekiranya anda melepasi tapisan serta dipanggil untuk menduduki peperiksaan atau temuduga.

  • Selepas pemohon membuat pendaftaran, sila log masuk untuk membuat pengisian semua maklumat yang diminta. Contohnya : maklumat peribadi, aktiviti dan maklumat akademik. Selepas mengisi semua maklumat, anda dikehendaki mengisi jawatan yang ingin dipohon. Pemohon dinasihatkan untuk mengisi jawatan yang dipohon bertepatan dengan kelulusan akademik anda.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada panduan pendaftaran di bawah ini :-

Syarat Permohonan Borang

Syarat terkini SPA adalah dimaklumkan, SPA telah memutuskan bahawa :-

  • (a). Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun. Jika telah tamat tempoh maka pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan sekali lagi.
  • (b). Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja
  • (c). Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu
    Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan kosong di peringkat Ijazah sahaja. Pemohon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh mohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon kerja/ jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
  • (d). Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  • (e). Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • (f). Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian / Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa

Nota

Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status daftar borang mereka secara online dari masa ke semasa. Ianya bagi mengelakkan pemohon terlepas aktiviti penting permohonan pekerjaaan seperti panggilan temuduga. Pemohon juga perlu memastikan yang pengemaskinian permohonan adalah bertepatan dengan iklan yang dipaparkan pada Portal Rasmi SPA.

Cara Hubungi

Sebarang Pertanyaan Tentang Permohonan Borang Daftar SPA9 Lepasan SPM (Borang Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan)

  1. Sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA – (http://aduan.spa.gov.my/aduanv2)
  2. Pemohon boleh mengemaskini borang dan menyemak status permohonan
    pada bila-bila masa seperti maklumat temuduga dan peperiksaan dimana sistem ini dijana secara automatik dalam tempoh 24 jam

Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my

Pastikan calon yang memiliki kelayakan sijil politeknik, SPM, SVM, Matrikulasi, latihan separa dan diploma hanya layak memohon jawatan di peringkat SPM, SVM, sijil politeknik Matrikulasi, latihan separa perubatan dan diploma sahaja. Manakala calon yang mempunyai kelayakan ijazah sarjana muda hanya layak memohon jawatan di peringkat ijazah sarjana muda.

Selamat membuat permohonan pendaftaran pekerjaan secara online. Jom buat Pendaftaran Jawatan Kosong Kerajaan segera. Semoga anda berjaya mendapat tawaran jawatan kerajaan di sektor awam seperti yang dihajati.

Related : sarjana muda dan diploma sijil politeknik hanya layak muda dan diploma stpm matrikulasi sijil politeknik sahaja politeknik hanya layak memohon memiliki kelayakan ijazah sarjana, jawatan sahaja, termasuk latihan termasuk latihan separa perubatan, ijazah sarjana muda sahaja, daftar akaun baru, perlu membuat, soalan keselamatan, maklumat pemohon, klik pada pautan, sistem spa9, untuk memastikan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *