Permohonan UPSI 2023-2024 Online, Permohonan Kemasukan UPSI Februari 2024 Ambilan Kedua untuk Ijazah Sarjana Muda dan diploma second intake,

Permohonan UPSI 2023-2024 Online Second Intake

Perhatian buat lepasan Lepasan SPM, STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma UA /DIPLOMA US/ DVM / DKM / DLKM dan setaraf yang berminat memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menerusi makluman Facebook Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI, Permohonan UPSI Second Intake ke program Diploma dan program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ Setaraf sesi 2023-2024 akan di buka bermula tarikh yang dikongsikan di bawah.

Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan secara online sebelum tarikh tutup permohonan. Sebanyak 21 program Ijazah Sarjana Muda UPSI dan 4 program Diploma ditawarkan untuk sesi kemasukan kali ini.

Permohonan UPSI Online Second Intake

Permohonan Ijazah Sarjana Muda & Diploma UPSI Kemasukan Ambilan Kedua 2023-2024

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan ambilan kedua 2023-2024 secara online. Selain UPSI, Universiti Awam lain yang ada menawarkan pengambilan kedua (Second Intake) adalah UiTM, UUM, UTHM dan UiAM.

Tarikh Penting Pengambilan Ijazah Sarjana Muda UPSI

  • Permohonan Buka : 10 November 2023
  • Permohonan Tutup : 10 Disember 2023

Tarikh Penting Pengambilan Diploma UPSI

  • Permohonan Buka : 20 November 2023
  • Permohonan Tutup : 3 Disember 2023

*Nota : Permohonan dibuka mulai jam 1200 tengahari. Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh RASMI. Sebarang perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa

A. Permohonan UPSI Ambilan Kedua Ijazah Sarjana Muda

Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda (Degree) yang ditawarkan untuk pengambilan kedua :-

  • Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Sukan (Sains Kejurulatihan) Dengan Kepujian

Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPSI

Permohonan kemasukan ke UPSI ambilan Februari 2024 adalah terbuka kepada :-

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma UA /DIPLOMA US/ DVM / DKM / DLKM dan setaraf

Berikut adalah syarat am kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di UPSI :-

Syarat Am Kemasukan

  • Lulus SPM dengan Gred C dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Melayu Kertas Julai dan Lulus Sejarah (Mulai SPM tahun 2013)

DAN

  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan:
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

ATAU

  • Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

ATAU

  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid;

ATAU

  • Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;

DAN

  • Memiliki Sijil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Band Dua (2).

Syarat Tambahan Kemasukan

Syarat tambahan kemasukan ini adalah bagi permohonan Program Pendidikan untuk perkhidmatan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Berikut adalah syaratnya:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  2. Pemohon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun ketika tahun memohon
  3. Pemohon mestilah telah disahkan mempunyai tubuh badan yang sihat hasil Laporan Kesihatan Klinik Kerajaan serta tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti kursus-kursus yang dirangka oleh program yang dipilih

Syarat Khusus Kemasukan Mengikut Program

Sila rujuk pautan di bawah untuk syarat kemasukan khusus mengikut program yang ditawarkan

B. Permohonan UPSI Ambilan Kedua Diploma

Program Yang Ditawarkan

  1. Diploma Sains Sukan dan Kejurulatihan

Syarat Kemasukan UPSI Program Diploma

Syarat Am Permohonan

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda mempunyai syarat kelayakan am/ akademik seperti berikut :-

  • Lulus SPM dengan Tiga (3) Lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah (mulai SPM tahun 2013)

i) Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana 5 mata pelajaran SPM
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris dan Matematik

ii) Diploma Teknologi Makmal

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi dan
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris

iii) Diploma Sains (Matematik)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan Gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ dan
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan

iv) Diploma Sains

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) subjek iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik/ Matematik Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris

Rujuk pautan berikut untuk maklumat penuh berkaitan syarat-syarat yang ditetapkan:

Cara Membuat Permohonan Ambilan Kedua UPSI Sesi 2023-2024 Online

Untuk makluman, PIN BITARA ID IJAZAH SARJANA MUDA berharga RM26.00 (Pin Bitara ID Ijazah Sarjana Muda) terdapat di Semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 10 November 2023.

Berikut adalah langkah/ cara membuat permohonan :-

  1. Pelajar/ Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui www.upsi.edu.my/online bermula tarikh di atas
  2. Pemohon dinasihatkan untuk check syarat kemasukan terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan atas talian.
  3. Pemohon mesti membeli no Bitara ID Ijazah (RM26.00) dengan menggunakan kad pengenalan (IC) pemohon (bukan wakil) di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia.
  4. Sila pastikan no Bitara ID Ijazah yang dibeli adalah tertera di Slip pembelian sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. bitara, TIADA pemulangan bayaran.
  5. Permohonan yang lewat tidak akan diproses dan permohonan yang tidak menerima jawapan selepas (minggu keempat kuliah) adalah dianggap tidak berjaya

Nota Penting

Semua program ISMP adalah program berbentuk pasaran terbuka (Open Market) iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang tiada jaminan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kemneterian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas tamat pengajian kelak.

Iklan Permohonan

Maklumat lanjut sila rujuk kepada iklan permohonan Diploma dan Sarjana Muda UPSI 2023-2024 di grafik yang disertakan ini sebagai rujukan.

iklan-ambilan-kedua-upsi-Sarjana-muda-2023-2024.iklan-ambilan-kedua-upsi-diploma-2023-2024

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • Unit Promosi Dan Kemasukan,
    Bahagian Hal Ehwal Akademik,
    Universiti Pendidikan Sultan Idris,
    35900 Tanjong Malim Perak
  • No Telefon : 015-4879 7982/ 7872/ 7992 015-48797982/7872/7975/7992 @ 013-4153016
    Laman Facebook : https://www.facebook.com/UPSIMalaysia/

Check Status Permohonan Ambilan Kedua UPSI 2023-2024

Berikut adalah Tarikh penting ambilan kedua UPSIi bagi tahun 2023-2024 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Panduan cara check boleh dirujuk di CHECK UPSI ONLINE.

  1. Check Panggilan Ujian MEDSI : ?
  2. Ujian MEDSI :?
  3. Check panggilan temuduga dan ujian khas : ?
  4. Temuduga dan Ujian Khas : ?
  5. Hebahan jaya : ?
  6. Permohonan e-Rayuan : ?
  7. Pendaftaran Pelajar : ?
  8. Check keputusan rayuan : akan dikemaskini
  9. Pendaftaran pelajar rayuan : akan dikemaskini

* Perubahan tarikh adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dari semasa ke semasa.

Selamat membuat Permohonan Second Intake. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPSI dalam Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma ini nanti.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *