Permohonan Kemasukan Ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Ambilan Februari 2020 Online. Berita baik buat lepasan Diploma/ setaraf yang ingin menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda. Universiti Utara Malaysia (UUM) kini membuka permohonan kemasukan ke Semester 2 atau ambilan kedua (Februari 2020). Permohonan UUM Februari 2020 Online akan dibuka pada bulan November 2019.
Permohonan kemasukan ke UUM ambilan Februari 2020 adalah dibuka untuk Program Ijazah Sarjana Muda UUM buat pelajar lepasan Diploma dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti. Untuk makluman pelajar, terdapat beberapa Universiti Awam (UA) selain UUM yang ada menawarkan permohonan kemasukan second intake Februari/ Mac 2020 seperti UiTM, UTHM, UIAM, UMK, UMP, UM, UPSI, UTEM dan UTM.
- Semakan Keputusan kemasukan ke UUM ambilan Februari 2020 klik Check UUM second intake
Permohonan Universiti Utara Malaysia Semester 2 Sesi 2019/ 2020 Online
Panduan buat para pemohon. Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan UUM semester 2 sesi pengajian 2019/ 2020 yang memaparkan tarikh penting permohonan, syarat kelayakan dan program pengajian yang ditawarkan.
Tarikh Permohonan
Tarikh rasmi permohonan UUM dibuka dan ditutup serta penghantaran dokumen adalah seperti berikut :-
- 1 November 2019 (12 tengahari) : Tarikh buka permohonan
- 21 November 2019 (12 tengahari) : Tarikh tutup permohonan
- 28 November 2019 (3 petang) : Tarikh akhir penerimaan dokumen lengkap oleh UKRP
Applikasi Permohonan UUM Asisonline
Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian dengan melayari pautan URL berikut :-
- http://asisonline.uum.edu.my/online_app/menu_apply.aspx
- Nota: Sila simpan no.borang sebagai rujukan permohonan
- Permohonan yang tidak lengkap atau diterima selepas tarikh akhir terimaan dokumen tidak akan diproses.
Cara Membuat Permohonan UUM Februari 2020 Online
Berikut adalah maklumat mengenai permohonan bagi tahun 2020 sebagai rujukan. Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Calon-calon adalah dinasihatkan untuk membaca lampiran-lampiran berikut dalam PDF terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan secara atas talian:
- Lampiran A: Program yang ditawarkan. Terdapat 20 kursus yang ditawarkan di peringkat Ijazah Sarjana Muda
- B : Syarat am dan khusus kemasukan bagi lepasan Diploma/ setaraf
- C : Bayaran wang proses
- D : Contoh salinan Pengiktirafan MQA
- E : Senarai semak
Calon-calon yang memperoleh PMK 3.00 ke atas akan diberi keutamaan.
Syarat Am Permohonan UUM
Untuk layak memohon, sila pastikan anda :-
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM; dan
- Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh:
- i) Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti
- ii) MQA dan direkodkan dalam MQR
- dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET). dan
- Menyertakan dokumen berikut yang telah disahkan kepada pihak Universiti:
- Salinan Permohonan Aplikasi Dalam Talian;
- Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon;
- Akuan Majikan (Jika Berkaitan);
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
- Salinan Sijil SPM/Setaraf;
- Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir);
- Salinan Diploma atau Surat Pengesahan Tamat Pengajian (bagi yang belum bergraduasi);
- Salinan Sijil MUET;
- Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika ada) – Salinan
- Salinan bukti pengiktirafan MQA dan MQR (diperolehi dari Portal MQA)
Semakan Keputusan Permohonan UUM Ambilan Kedua Februari 2020
Keputusan kemasukan dijangka akan diumumkan pada 21 Januari 2020. Pemohon boleh membuat semakan di Applikasi semakan di pautan semakan berikut :-
Maklumat Lanjut Permohonan UUM
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :-
- Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP)
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah
Tel: 04 928 3323/ 3324/ 3334/ 3335/ 3309
Fax: 04-9283305 - e-mel: admission_ug@uum.edu.my
Selamat membuat Permohonan UUM Februari 2020 Online. Semoga anda berjaya dalam Permohonan Universiti Utara Malaysia pada ambilan semester 2 sesi ambilan 2019-2020.