in

Semak Bil TNB Online Melalui Portal myTNB Dan Aplikasi

Panduan buat pengguna Tenaga Nasional Berhad atau ringkasnya TNB yang ingin mengetahui jumlah bil elektrik TNB semasa mereka dengan mudah dan pantas. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Semak Bil TNB secara online melalui Portal dan juga Aplikasi myTNB buat panduan semua.

Penghantaran bil TNB ke rumah adalah sesuatu yang lazim di Malaysia. Pekerja TNB kebiasaannya akan menghantar bil elektrik kepada pemilik rumah sewaktu hari bekerja. Namun begitu, kerana ketiadaan orang di rumah, kadangkala kesulitan boleh berlaku seperti bil tersebut hilang dan sebagainya. Oleh itu, dengan myTNB anda boleh menyemak bil TNB secara online walaupun tidak mendapat bil fizikal.

Semak Bil TNB Online

Cara Semak Bil TNB Secara Online Melalui Portal Dan Aplikasi myTNB

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan termasuk langkah-langkah cara Semak Bil TNB Online Melalui myTNB buat rujukan semua.

i) Semak Melalui Portal myTNB

Huruf A Pendaftaran Akaun myTNB

Sebelum melakukan semakan bil TNB secara online, pengguna perlu mendaftar akaun baru. Turuti langkah-langkah berikut:

Akses Laman Web myTNB. Klik : myTNB Online

  1. Klik butang New here? Register now! untuk pendaftaran baru
  2. Satu paparan akan dikeluarkan seperti berikut :-
    • Adakah anda pengguna apl mudah alih myTNB yang sedia ada? Jika ya, log masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang sama.
    • Jika anda pengguna baru untuk myTNB, daftar sekarang untuk mengetahui tentang penggunaan elektrik anda, menguruskan berbilang akaun, membuat pembayaran bil dalam talian dan banyak lagi!
    • Untuk pertanyaan lanjut, sila emel tnbcareline@tnb.com.my atau hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454.mytnb portal
  3. Di bawah bahagian Register for myTNB Account, klik Register Now (Untuk pendaftaran Bulk Account boleh rujuk video arahan)portal mytnb
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan termasuk Nama, Nombor MyKad, Alamat E-mel dan Kata Laluan.
  5. Tandakan kotak persetujuan T&C
  6. Klik butang Create Accountportal mytnb
  7. Masukkan pin yang diterima di nombor telefon pengguna
  8. Klik Confirm untuk teruskanportal mytnb
  9. Notifikasi akan diterima apabila pendaftaran berjaya. Klik OK untuk kembali ke halaman login (*Nota : Periksa emel yang akan mengandungi pautan pengaktifan (activation link))
  10. Setelah mengaktifkan pautan tersebut, notifikasi pengesahan akan dipaparkan oleh sistem. Para pengguna boleh login menggunakan alamat emel yang telah didaftarkan
  11. Klik OK

Huruf B Login myTNB Kali Pertama

  1. Setelah login, pilih Individual. Klik Selectportal mytnb
  2. Klik Add Account di bahagian I am a TNB Customer untuk menambahkan akaun elektrik sedia ada pemilik (Owner) atau bukan pemilik (Non-Owner)portal mytnb
  3. Pilih Owner atau Non-Ownerportal mytnb
  4. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Klik Submit
  5. Teruskan langkah-langkah selanjutnya sehingga akaun berjaya diaktifkan

Huruf C Semak Bil TNB Online

Semakan bil TNB di myTNB boleh dilakukan dengan cara berikut:

  1. Login ke dalam akaun seperti biasa
  2. Maklumat bil TNB akan dipaparkan, termasuk maklumat lain:portal mytnb

ii) Semak Melalui Aplikasi myTNB

Selain semakan melalui Portal myTNB, pengguna juga boleh membuat semakan bil TNB melalui aplikasi telefon mudah alih Aplikasi myTNB. Caranya mudah seperti berikut :-

  • 1) Download/ muat turun aplikasi myTNB di Google Play atau AppStore
  • 2) Daftar sebagai pengguna jika masih belum mendaftar sebelum ini
    • Klik Register
    • Iskan maklumat seperti diminta – Nama, No KP, no telefon
    • Masukkan PIN yang dihantar menerusi SMS untuk pengesahan
    • Tambah no akaun bil TNB (Sekiranya sebelum ini anda pernah mendaftar, maka sistem secara automatik akan memaparkan akaun anda)

daftar aplikasi mytnb

  • 3) Paparan Bil TNB
    • Setelah selesai menambah no akaun, anda boleh membuat semakan bil TNB secara online termasuk bil terkini semasa serta bil terdahulu dan rekod pembayaran bil terdahulu

paparan bil tnb

  • 4) Bayar Bil TNB secara online
    • Anda boleh mmebuat pembayaran terus melalui aplikasi myTNB melalui kad kredit / kad debit dan online banking (FPX)

bayar bil tnb online

iii) Manual Pengguna myTNB

Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan, muat turun manual pengguna berikut:

FUNGSI LAIN myTNB

Antara urusan lain yang dapat dilakukan oleh pengguna di portal myTNB adalah seperti berikut:
No 1 Membayar bil TNB yang tertunggak menerusi TNB payment gateway
No 2 Membuat atau menyemak permohonan baru seperti menamatkan atau mengubah nama akaun, memohon penyambungan baru dan membuat pembacaan meter sendiri
No 3 Mengenalpasti pola penggunaan elektrik
No 4 Memperoleh tips-tips berguna untuk menjimatkan penggunaan elektrik
No 5 Menganalisis penggunaan elektrik dan membandingkan dengan rumah-rumah yang hampir sama

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Alamat

  • Tenaga Nasional Berhad No. 129, Jalan Bangsar 59200 Kuala Lumpur

Laman Web Rasmi

FAQ

No. Telefon

  • 1-300-88-5454

Emel

  • tnbcareline@tnb.com.my

Semoga perkongsian maklumat berkaitan cara Semak Bil TNB Online Melalui myTNB iaitu melalui portal atau aplikasi ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat membuat semakan dan membayar bil TNB secara online.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 2019

Pendaftaran MySalam 2020 Online (Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat)

UPUPocket 2.0 Aplikasi Mobile UPU e-Panduan & Semakan