PAJSK EMKOKO KPM Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online, Panduan cara semak markah koko Sistem Aplikasi Mengumpul sek rendah dan menengah.

PAJSK EMKOKO KPM Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online

Cara Semak Markah Koko Pelajar Secara Online. Markah Kokurikulum adalah penilaian yang sangat penting buat pelajar. Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan Markah Kokurikulum Pelajar secara Online. Markah yang tinggi dalam peperiksaan tidak menjamin tempat anda dalam permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui permohonan melalui UPU. Oleh itu, pelajar perlu aktif dalam aktiviti kokurikulum dan tidak hanya cemerlang dalam keputusan akademik.

Kegiatan kokurikulum sekolah yang merupakan aktiviti luar bilik darjah adalah merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan serta Sukan/ Permainan. Kegiatan Koko adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu pelajar perlu ingat akan kepentingan aktiviti Koko. Ianya juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Semakan Markah Kokurikulum Pelajar emkoko Online pajsk

Sistem eMKOKO & PAJSK

Sistem Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum 10 % Online Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), eMKOKO merupakan sebuah sistem sistematik yang dibangunkan khas untuk para guru merekodkan penilaian markah kokurikulum bagi pelajar lepasan PT3, SPM, STAM dan STPM. Tetapi semakan bleh dibuat hanya bagi pelajar sekolah yang tidak berdaftar dengan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

PAJSK merupakan satu sistem yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk guru mengisi maklumat markah pentaksiran kokurikulum, sukan dan jasmani pelajar. Markah ini penting bagi pelajar dalam pengiraan merit kemasukan ke IPTA atau Universiti Awam.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mewajibkan sistem ini bagi pelajar sekolah rendah supaya prestasi pelajar dapat direkod selaras dengan pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Secara Online

Seperti yang diterangkan sebelum ini, Markah Kokurikulum adalah satu penilaian yang sangat penting kepada pelajar untuk membuat application ke MRSM, SBP dan juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ataupun permohonan melalui UPU.

  • Cara Membuat Semakan : Sila layari: Sistem eMKOKO KPM
  • Masukkan No Kad Pengenalan Murid dan tekan Butang SEMAK
  • Sila berhubung terus dengan guru kokurikulum di sekolah anda sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan markah yang anda perolehi.

Semakan markah hanya bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan Sistem A P D M sahaja. Bagi sekolah yang berdaftar dengan Sistem A P D M, sila layari di laman sesawang www.pajsk.moe.gov.my untuk membuat semakan.

Skema Pemarkahan Kokurikulum

  • Tiada gred pemarkahan seperti peperiksaan
  • Hanya ada Markah dari 0 hingga 10 iaitu minimum adalah 0 dan markah maksimum adalah 10

Pengisian Markah Oleh GURU Di PAJSK

Terdapat 5 menu utama di dalam sistem iaitu Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah dan Semakan Markah Murid. Jika anda seorang guru yang ingin mengisi maklumat kokurikulum pelajar anda pilih menu keempat iaitu Sekolah.

  • Buat guru, sila rujuk juga Pengisian Markah Secara Online Pentaksiran markah Aktiviti Jasmani Sukan di Portal Rasmi

Kunci masuk data, pengesahan data dan muat turun slip keputusan dari sistem bagi sekolah rendah dan sekolah menengah

Tarikh buka : 1 jun 2022

Tarikh tutup : 28 februari 2023

Kunci masuk data, pengesahan data dan muat turun slip keputusan dari sistem bagi tingkatan enam

Tarikh buka : 1 jun 2022

Tarikh tutup : 30 april 2023

Garis Panduan Pemarkahan PAJSK

Untuk makluman guru dan pelajar, pemarkahan adalah terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Ujian Standard Kecergasan Fizikal (SEGAK), Kokurikulum yang terdiri daripada kelab persatuan, unit beruniform dan sukan atau permainan serta komponen ketiga adalah ekstra kurikulum.

Bagi komponen Kokurikulum, terdapat beberapa aspek pentaksiran yang akan digunapakai iaitu:

1. Jawatan yang disandang

2. Peringkat penglibatan

3. Komitmen

4. Khidmat sumbangan

5. Kehadiran

6. Pencapaian

Komponen Ekstra kurikulum pula merupakan satu kegiatan sukarela yang disertai pelajar di luar waktu persekolahan. Aspek pentaksiran bagi sekolah rendah dalam komponen ini adalah:

1. Perkhidmatan

2. Anugerah Khas

3. Khidmat Masyarakat

4. NILAM

Manakala aspek pentaksiran dalam komponen Ekstra kurikulum bagi pelajar sekolah menengah adalah:

1. Perkhidmatan

2. Anugerah Khas

3. Khidmat Masyarakat

4. NILAM

5. The Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) yang merupakan program bagi menguji tahap penguasaan murid sekolah menengah terhadap subjek Sains dan Matematik.

Untuk perincian yang lebih spesifik mengenai garis panduan pemarkahan serta pautan dokumen pentaksiran dan borang-borang yang berkaitan, sila klik:

Selamat membuat Semakan Markah Kokurikulum Pelajar secara online. Semoga sistem KPM di atas ini memudahkan pelajar untuk membuat semakan dalam talian.

Related : sekolah menengah, sistem pentaksiran aktiviti jasmani sukan, satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan, bulan mac, pengesahan data ujian segak, laman web, berat badan, menyediakan satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan, membantu bahagian sekolah rendah dan sekolah menengah,

pajsk pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum

keputusan pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum, nilam nadi ilmu amalan membaca, login ke institusi pengajian tinggi awam ipta universiti awam ua, bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan ke arah pembentukan peribadi yang terpuji, kelab persatuan pasukan badan beruniform, menggalakkan dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid, komponen kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan, membantu bahagian sekolah berasrama, majlis amanah rakyat mara, bahagian sekolah berasrama penuh, murid murid ke institusi, membuat penilaian kemasukan murid, pajsk kpm, untuk login, membantu bahagian sekolah berasrama penuh majlis amanah rakyat mara, sistem pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum, segak adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *