in

Semak No Pendaftaran Produk Dan Ubat Dengan KKM Online

Panduan buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang sering menggunakan produk kesihatan atau kosmetik serta ubat-ubatan. Adakah anda ingin mengetahui samada produk yang anda gunakan itu mengandungi bahan-bahan terlarang atau tidak? Bagaimana caranya untuk anda memastikan bahawa produk tersebut selamat untuk digunakan? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara-cara untuk Semak No Pendaftaran Produk/ Ubat Dengan KKM secara online.

Pasti ramai yang sedia maklum bahawa nombor pendaftaran produk kosmetik atau kesihatan serta ubat-ubatan boleh disemak menerusi portal rasmi NPRA secara atas talian. Selain itu, bersempena Persidangan Kebangsaan Regulasi 2018, National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah melancarkan satu aplikasi yang membolehkan orang ramai mengenalpasti status pendaftaran produk kesihatan yang ingin dibeli dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM

Semak Nombor Pendaftaran Produk Atau Ubat Dengan KKM Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Nombor Pendaftaran Produk/ Ubat Dengan KKM Online:

Pautan Aplikasi Online Semak No Pendaftaran Produk/ Ubat Dengan KKM

Untuk membuat semakan nombor pendaftaran produk menggunakan sistem online atau aplikasi telefon bimbit bagi android, klik pada pautan di bawah:

Panduan Membuat Semakan No Pendaftaran Produk Dengan KKM

Langkah-langkah membuat semakan nombor pendaftaran produk dengan KKM menggunakan aplikasi NPRA adalah seperti berikut:

  1. Setelah mengakses pautan semakan, di ruangan Product Category, pilih samada anda mahu menyemak produk kesihatan (Pharmaceutical) atau kosmetik (Cosmetic)Semak No Pendaftaran Produk/ Ubatt KKM
  2. Carian lebih terperinci boleh dilakukan dengan membuat pilihan di ruangan Search By. Antara pilihan yang ada ialah:
    • Nama produk
    • Nombor pendaftaran produk
    • Nama syarikat
    • Nama pengilang
    • Pengimport
    • Bahan aktif
  3. Masukkan maklumat di ruangan Search
  4. Klik pada petak captcha dan klik Searchpaparan carian
  5. Sistem akan memaparkan maklumat berkaitan produk termasuk nombor pendaftaran atau nombor notifikasi, nama produk dan nama syarikat

*Nota : Sekiranya produk yang dicari tidak dijumpai, itu bermakna produk tersebut tidak berdaftar atau bernotifikasi dengan KKM, sekaligus menandakan bahawa produk tersebut berisiko atau tidak selamat untuk digunakan

Kod Rujukan Produk

Sistem nombor pendaftaran produk dirangka dengan cara berikut:

  • Produk Kesihatan (Pharmaceutical) : Bermula dengan huruf “MAL”
  • Produk Kecantikan (Cosmetic) : Bermula dengan huruf “NOT”
  • Selepas itu diikuti dengan lapan digit nombor dan berakhir dengan kod rujukan

Contoh nombor pendaftaran adalah seperti berikut:

Semak No Pendaftaran Produk/ Ubat

KOD RUJUKAN SERTA MAKSUD

Setiap kod yang berada di akhir nombor pendaftaran membawa maksud yang tersendiri :
AScheduled Poisons
XNon-scheduled Poisons (over the counter products)
TTraditional Medicines
CContract Manufactured
EExport Only
RRepacked
SSecond source
NHealth Supplement
HVeterinary
ZZero Rated GST
YOrphan Products

KESAN BAHAN TERLARANG DALAM KOSMETIK

HYDROQUINONETRETINOINMERKURI
Kulit kemerahanPedih dan menggelupasMerosakkan buah pinggang dan sistem saraf
Kulit menjadi hypersensitifHipersensitif kepada matahariKulit ruam dan keradangan
Menghalang proses pigmentasiKulit tidak selesaMengganggu perkembangan otak kanak-kanak (jika produk meresap ke dalam kulit)
Kulit menjadi hypersensitif
Menghalang proses pigmentasi

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Semak No Pendaftaran Produk/ Ubat Dengan KKM Online ini dapat memberi manfaat buat semua. Selamat membuat semakan dan semoga produk yang anda gunakan adalah selamat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Senarai Sekolah Menengah Agama Pahang (SMAN)

Jadual Gaji 2020 Kakitangan Awam Kerajaan