in

Permohonan Rayuan BSH 2019 (Borang Dan Panduan)

Tarikh Dan Download Borang Rayuan BSH 2019. Anda sudah membuat semakan status permohonan BSH anda? Perhatian buat pemohon yang gagal atau tidak membuat pengemaskinian permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) tahun 2019. Mereka yang terlibat termasuk permohonan ditangguhkan boleh membuat rayuan BSH pada bulan 1 Julai sehingga 15 Ogos 2019. Bagi Rayuan BSH ianya boleh dibuat di cawangan LHDNM melalui pengisian Borang Permohonan Rayuan BSH dan hanya pemohon tertentu sahaja seperti yang disenaraikan di bawah ini boleh mengemukakan rayuan secara online. Maklumat terkini Rayuan BSH 2019 akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan.

Untuk makluman, proses verifikasi permohonan akan dibuat oleh agensi kerajaan yang berkaitan dalam menentukan permohonan seseorang itu lulus atau tidak seterusnya samada layak menerima bayaran BSH atau tidak. Permohonan Rayuan BSH boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan.

Permohonan Rayuan BSH 2019

Permohonan Rayuan BSH 2019 (Bantuan Sara Hidup)

Berikut dikongsikan cara membuat rayuan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) meliputi tarikh rayuan, kaedah rayuan, muat turun atau download borang dan salinan dokumen yang diperlukan.

Tarikh Rayuan BSH 2019

Menurut sidang media terkini oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 28 Mei 2019, tarikh permohonan rayuan BSH bagi tahun 2019 adalah seperti berikut:-

  • 2019 : 1 Julai 2019 sehingga 15 Ogos 2019

Sebagai rujukan, berikut adalah tarikh permohonan rayuan tahun-tahun yang lepas :-

  • 2018 : 2 April 2018 sehingga 31 Mei 2018
  • 2017 : 3 April sehingga 31 Mei 2017
  • 2016 : 15 Mac hingga 15 April 2016

Kaedah Rayuan BSH 2019

Menurut Siaran Media oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang dipaparkan di Portal Rasmi BSH, kaedah atau cara untuk membuat permohonan rayuan BSH 2019 masih belum diumumkan hanya tarikh untuk membuat permohonan diberitahu seperti dinyatakan di atas.

Sebagai panduan, berikut adalah kaedah rayuan bagi BR1M 2018:

i) Hadir Ke Cawangan LHDNM : Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula dari tarikh 2 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 dan tertakluk pada pindaan. Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan yang perlu dibawa oleh pemohon semasa tempoh rayuan adalah seperti berikut :-

ii) Permohonan Rayuan BR1M 2018 Secara Online : Rayuan secara dalam talian boleh dibuat mulai 13 April 2018 (Jumaat) hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja. Maklumat lanjut status tidak lulus yang dibenarkan (senarai kod dan alasan) adalah :-

  1. 05 : Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. 06 : Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
  3. 07 : Pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
  4. 14 : Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada borang melebihi RM4,000
  5. 15 Pendapatan bulanan yang dilaporkan melebihi RM2,000

Untuk pemohon yang mempunyai status tidak lulus selain di atas adalah dikehendaki untuk membuat rayuan di Cawangan LHDNM.

Dokumen Sokongan

Untuk makluman, rayuan BR1M tidak boleh dibuat secara online untuk alasan tidak lulus tertentu kerana pemohon perlu menyertakan beberapa salinan dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji, surat status perkahwinan dan salinan MyKad pasangan/ tanggungan terkini bagi menyokong permohonan rayuan mereka.

Mereka yang gagal atau permohonan ditangguhkan perlu mengisi borang rayuan BK-07 beserta dengan dokumen sokongan yang berkaitan.

Borang boleh dikemukakan melalui cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) berdekatan. Dengan menggunakan borang yang sama juga, penerima sedia ada yang ingin mengemas kini maklumat seperti nombor akaun, maklumat waris dan surat menyurat boleh berbuat demikian sepanjang tempoh permohonan rayuan dibuka.

  • Permohonan ditangguhkan adalah permohonan yang belum didaftarkan bagi BR1M 2018 kerana pemohon tidak membuat kemas kini maklumat BR1M dari BR1M 2015 hingga BR1M 2017. Surat makluman akan dikeluarkan agar pemohon membuat kemaskini maklumat permohonan.

Download Borang Permohonan Rayuan BSH 2019

Permohonan Rayuan adalah melalui Borang Rayuan secara manual.

Pautan Muat Turun Borang

  • Borang (Akan dikemaskini)

Dokumen Yang Perlu Disertakan Beserta Borang Permohonan Rayuan BSH

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:-

  • Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);

ATAU

  • Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);

DAN

  • Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon;

ATAU

  • Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Nota

Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan.

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019

Bagi memastikan pemohon layak membuat rayuan BSH 2019, pemohon hendaklah melepasi syarat kelayakan Permohonan BSH 2019 seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/ MyKAS)
  4. Pasangan BUKAN WARGANEGARA Malaysia dan mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad/ MyKid)
  5. Hubungan anak mestilah
    • a) anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja dan
    • b) Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/ MyKid) sahaja dan
    • c) Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan dan
    • d) 18 tahun dan ke bawah atau
    • e) 19 tahun dan ke atas :
      • Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta atau
      • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Individu Tidak Layak Menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019

Kelayakan penerima pula terbatal atau tidak layak sekiranya memiliki salah satu daripada kriteria berikut:

  1. Pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. Bekerja/ menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara/ ibu atau bapa tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan
  6. Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat & Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
    • Memiliki 2 atau lebih perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian
    • Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad
    • Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat
  7. Pemilikan kenderaan bagi tahun buatan/ daftar mulai tahun 2016 dan ke atas berdasarkan keupayaan enjin kenderaan seperti berikut :-
    • Kenderaan keluaran dalam negara melebihi 2000cc
    • Kenderaan keluaran luar negara yang melebihi 1400cc
    • Motosikal yang melebihi 500cc
  8. Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000

Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BSH

Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan untuk membuat atau menghantar borang permohonan rayuan BSH. Berikut adalah waktu operasi Kaunter BSH :-

Maklumat Lanjut Borang Permohonan Rayuan BSH

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan rayuan BSH 2019, anda boleh hubungi nombor dan maklumat yang tertera di bawah:

  1. Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang)
  2. Hotline BSH MOF : 03-8882 4565, 03-8882 4566
  3. e-Mel : br1m@treasury.gov.my
  4. Faksimili BSH MOF : 03-8882 3933
  5. Sekretariat BSH
    • Pejabat Belanjawan Negara
      Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
      Presint 2, 65292 Putrajaya
  6. Laman Web : https://bsh.hasil.gov.my/

Selamat membuat permohonan rayuan BSH bagi tahun 2019. Moga permohonan rayuan anda berjaya sekaligus anda layak menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran online

Permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran 2018 Online

geran rm2000 bagi pelajar kursus kemahiran di negeri johor

Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor 2018