Contoh Templat myPORTFOLIO Guru Semua Jawatan. Contoh terbaik Templat myPORTFOLIO beserta panduan cara isi dan link muat turun

Templat myPORTFOLIO Guru Semua Jawatan

Apakah itu myPORTFOLIO dan apakah yang harus dilakukan oleh setiap guru di sekolah mengenainya? Berikut dikongsikan contoh Templat myPORTFOLIO untuk guru/ cikgu buat rujukan semua. Kerajaan dari semasa ke semasa akan membuat penambahbaikan untuk memastikan pentadbiran dapat diuruskan dengan lancar dan berkesan. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bertanggungjawab dalam hal ini.

Pada 12 Julai 2018, MAMPU telah mengumumkan penggunaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam. Ianya telah membatalkan PKPA Bil. 8/1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja serta PKPA Bil. 11/1991 Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Borang. Pekeliling ini adalah terpakai kepada setiap agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Templat myPORTFOLIO Guru Semua Jawatan

Apa itu myPortfolio?

myPortfolio merupakan satu kaedah pengurusan ilmu yang memberi penekanan terhadap pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation).

Ianya digunakan sebagai dokumen rujukan rasmi yang menjelaskan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut di dalam sesebuah organisasi. Ianya merupakan penambahbaikan kepada Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang diwujudkan bagi memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.

Ciri-ciri myPortfolio 

myPortfolio adalah dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;

Setiap jawatan dalam sesebuah agensi mestilah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;

myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan

myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.

Pemantapan oleh myPortfolio 

Apakah pemantapan atau penambahbaikan yang dilakukan oleh myPortfolio? myPortfolio telah memperkenalkan satu elemen baharu, memansuhkan tiga komponen dan menambah baik tujuh aspek Fail Meja.

Justeru kini terdapat 10 komponen baharu myPortfolio merangkumi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas masing-masing seperti di bawah:

Bagi memahami pekeliling yang telah dikeluarkan dengan lebih lanjut, sila klik kepada pautan yang disediakan di bawah:

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam

MAMPU juga telah menyediakan Templat myPortfolio bagi rujukan dan kemudahan para penjawat awam dan boleh didapati melalui pautan di bawah:

Templat umum myPortfolio

Contoh Templat myPortfolio Guru Semua Jawatan

Berita baik buat para guru di Malaysia, anda tidak perlu bersusah payah membuat atau mengisi satu persatu isi kandungan bagi myPortfolio jawatan masing-masing. Ini kerana guru-guru telah diarahkan untuk memuat turun templat mengikut jawatan dan tugas masing-masing seperti yang disediakan di bawah.

Langkah seterusnya ialah para guru hanya perlu menyunting atau edit sahaja templat ini mengikut maklumat dan jawatan atau tugas yang disandang di sekolah masing-masing.

Muat Turun Templat myPortfolio Guru Semua Jawatan

1. MyPortfolio Proses dan Carta Alir

1.1 Pengurusan Data

1.2 Pengurusan Strategik

1.3 Pengurusan kewangan Sekolah

1.4 Pengurusan Aduan

1.5 Pengurusan Infrastruktur dan Persekitaran

1.6 Pengurusan Program

1.7 Pengurusan Jaringan dan Hubungan Luar

1.8 Pengurusan Aset

1.9 Pengurusan Perolehan

1.10 Pengurusan Perhubungan Pelanggan

1.11 Pengurusan Mesyuarat

1.12 Pengurusan Latihan Personel

1.13 Penilaian Prestasi

2.1 Pengajaran dan Pembelajaran

2.2 Pengurusan Panitia

2.3 Pengurusan Penyediaan Jadual Waktu Induk, Persendirian dan Gantian

2.4 Pengurusan Pencerapan Guru

2.5 Pengurusan Peperiksaan

2.6 Pengurusan Pusat Sumber

2.7 Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid

3.1 Pengurusan Disiplin Murid

3.2 Pengurusan Bantuan Murid

3.3 Pengurusan Aspek Kesihatan Murid

3.4 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks

3.5 Perkhidmatan Sumber Luar

3.6 Pengurusan Pendaftaran Murid

3.7 Pengurusan Pertukaran Murid

3.8 Pengurusan Lawatan Murid

4.1 Pengurusan Unit Beruniform Kelab Sukan

2. Guru Akademik Biasa Sekolah Rendah

Kulit myPortfolio GAB Sekolah Rendah

Kandungan myPortfolio GAB Sekolah Rendah

myPortfolio GAB Sekolah Rendah

3. Templat myPORTFOLIO Guru Akademik Biasa Sekolah Menengah

Kulit myPortfolio GAB Sekolah Menengah

Kandungan myPortfolio GAB Sekolah Menengah 

myPortfolio GAB Sekolah Menengah

4. Guru Besar

Kulit myPortfolio GB

Kandungan myPortfolio GB

myPortfolio GB

5. Pengetua

Kulit myPortfolio Pengetua

Kandungan myPortfolio Pengetua

myPortfolio Pengetua

6. Templat myPORTFOLIO Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah

Kulit myPortfolio PK1

Kandungan myPortfolio PK1

myPortfolio PK1

7. Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah

Kulit myPortfolio PK 1 (1)

Kandungan myPortfolio PK 1 

myPortfolio PK 1

8. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah

Kulit myPortfolio GPK HEM

Kandungan myPortfolio GPK HEM

myPortfolio GPK HEM

9. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah

Kulit myPortfolio PK HEM

Kandungan myPortfolio PK HEM

myPortfolio PK HEM

10.  Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Rendah

Kulit myPortfolio PK KO

Kandungan myPortfolio PK KO (1)

myPortfolio PK KO (1)

11.  Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah

Kulit myPortfolio PK KO

Kandungan myPortfolio PK KO

myPortfolio PK KO (2)

12.  Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Rendah

Kulit myPortfolio PK Petang (1)

Kandungan myPortfolio PK Petang

myPortfolio PK Petang

13.  Templat myPORTFOLIO Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah

Kulit myPortfolio PK Petang

Kandungan myPortfolio PK Petang

myPortfolio PK Petang

14.  Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Kulit myPortfolio GPK Pend Khas

Kandungan myPortfolio GPK Pend Khas 

myPortfolio GPK Pend Khas 

myPortfolio GPK Pend Khas (1)

15.  Guru Penolong Kanan Tingkatan 6

Kulit myPortfolio PK T6

Kandungan myPortfolio PK T6

myPortfolio PK T6

16.  Guru Kaunseling

Kulit myPortfolio G Kaunseling

Kandungan myPortfolio G Kaunseling

myPortfolio G Kaunseling

17.  Guru Media

Kulit myPortfolio GPM

Kandungan myPortfolio GPM

myPortfolio GPM

18.  Guru Kanan Mata Pelajaran

Kulit myPortfolio GKMP

Kandungan myPortfolio GKMP

myPortfolio GKMP

19. Guru Data dan Maklumat

Kulit myPortfolio GDM

Kandungan myPortfolio GDM

myPortfolio GDM

20. Guru Sukan

Kulit myPortfolio Sukan

Kandungan myPortfolio Sukan

myPortfolio Sukan

21. Anggota Kakitangan Perkhidmatan

myPortfolio PT (PO) N19

myPortfolio PT (KEW) W19

myPortfolio PO N11

myPortfolio Pemandu H11

PENAFIAN: Segala fail dan pautan templat yang disediakan di atas adalah hak milik pemilik asal. Kredit kepada sumber-sumber asal dan laman-laman sesawang yang lain.

Menerusi kenyataan di Portal MAMPU, setiap warga agensi perlu menyiapkan myPortfolio selewat-lewatnya pada 30 November 2018. Laporan pula perlu dihantar kepata MAMPU setiap 2 minggu sekali. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat para guru dan seterusnya membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah mahupun organisasi.

Cara Lengkapkan MyPortfolio di HRMIS (Guru) | Tutorial

Related : mempunyai myportfolio panduan kerja sektor awam dikeluarkan, pkpa bil 4 tahun 2018 myportfolio panduan kerja sektor awam dikeluarkan, keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam, pekeliling kemajuan pentadbiran awam pkpa bil 4, bil 8 tahun 1991,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *