Semakan Daftar Pemilih Online Dan Lokasi Mengundi PRU

Semak Daftar Pemilih Pilihanraya SPR Secara Online Dan SMS. Anda bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU15 akan datang? Panduan buat mereka yang telah membuat pendaftaran pemilih pilihanraya. Cara Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) boleh disemak secara Online.

Antara maklumat semakan yang boleh diketahui adalah maklumat peribadi pemilih dan daftar mengundi/ pemilih yang telah disahkan. Ianya termasuk lokaliti, tempat daerah mengundi, lokasi DUN dan Parlimen serta pusat mengundi/ saluran. Selain semakan secara online, semakan pengundi pilihanraya juga boleh disemak melalui kaedah semakan SMS, dan aplikasi MySPR Semak.

-Cara Membuat Pendaftaran Pemilih/ Pengundi Secara Online beserta panduan cara membuat pertukaran alamat (MySPR Daftar)

-Tarikh Penting pilihan raya umum pru Ke 15 tahun 2022 boleh dirujuk di PRU15.

Semakan Daftar Pemilih Online Dan Lokasi Mengundi

Cara Semak Daftar Pemilih Pilihanraya SPR Online Dan SMS (Lokasi Mengundi)

Bagi mereka yang telah mendaftar tetapi ingin mengetahui maklumat lanjut pendaftaran/ permohonan seperti lokasi tempat DAERAH MENGUNDI, DUN dan PARLIMEN, sila buat semakan mengikut cara/ langkah berikut :-

A. Semakan Daftar Pemilih SPR Online

Berikut adalah langkah mudah membuat semakan atas talian :-

-Layari Laman Web SPR.

-Sila Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa “-” atau “space”)

-Maklumat semakan adalah Daftar Pemilih bagi tujuan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) yang diwartakan pada 15 September 2022

CONTOH SEMAKAN

paparan muka semakan daftar pemilih pru14

NOTA :

-Semakan lokasi mengundi untuk PRU14 boleh dibuat bermula Hari Isnin (31 Oktober 2022) bagi pemilih berdaftar dalam mengetahui tempat mengundi untuk Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang didaftarkan

-Anda berkemungkinan untuk menghadapi kesukaran dalam mengakses laman sistem aplikasi semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

Cuti Umum Dan Cuti Peristiwa Khas Sekolah Sempena PRU 14 Pada Hari Rabu, 9 Mei 2018

Kerajaan telah mengumumkan bahawa 9 Mei 2018 (Hari Rabu) adalah hari kelepasan am tambahan untuk seluruh negara sempena hari mengundi PRU 14. Ianya bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi

B. Semak Daftar Mengundi/ Pemilih SPR Bagi Isi Rumah

TIDAK LAGI DISEDIAKAN : Kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak iaitu semakan isi rumah. Ia membolehkan mereka yang menghuni sesebuah rumah atau mendaftar dengan menggunakan alamat yang sama mengesahkan sama ada mereka didaftarkan di kawasan Parlimen, DUN, Daerah Mengundi serta Lokaliti yang sama

-Cara Semak : Klik ISI RUMAH

C. Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Melalui SMS

Cara membuat semakan melalui kaedah SMS adalah seperti berikut :-

-Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888

-Taip SPR <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888

Maklumat lanjut, klik Semak SMS

D. Semak Daftar Pemilih Melalui Aplikasi MySPR Semak

MySPR Semak adalah Aplikasi semakan mengundi dan result PRU yang boleh dimuat turun di Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma. Selain itu, pengguna boleh juga membuat semakan nama calon yang bertanding pada pilihan raya (Calon DUN dan Parlimen).

E. Panggilan ke Call Center

-Sila hubungi No : 03-8892 7018

Jenis-Jenis Pemilih

Berikut adalah senarai kategori pemilih yang boleh dibahagikan kepada :-

1) Pengundi Biasa

Adalah mereka yang telah membuat pendaftaran sebagai pengundi dan perlu menghadirkan diri ke Pusat Mengundi

Semasa Hari Pengundian, sila pastikan anda :-

-Datang awal ke Pusat Mengundi

-Dapatkan slip Saluran Mengundi di Barong Semakan SPR

-Beratur dengan senyap di saluran mengundi anda

-Bila dibenarkan masuk ikuti prosedur yang telah ditetapkan

-Segera beredar selepas mengundi. Pusat mengundi adalah kawasan larangan

2) Polis

Pengundi polis adalah anggota polis dan pasangan PGA yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal. Terdiri daripada dua sub kategori iaitu:-

-Pengundi

-Pengundi Pos :Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota polis yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.

3) Tentera

Pengundi tentera adalah anggota tentera dan pasangan yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal. Terdiri daripada dua sub kategori iaitu:-

-Pengundi

-Pengundi Pos : Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota tentera yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.

4) Luar Negara

Terdapat dua sub kategori seperti berikut :-

-Pengundi tidak hadir luar negara (mereka tidak perlu pohon untuk undi pos)

-Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan telah mendaftar sebagai pengundi (mereka perlu memohon untuk mengundi secara pos)

5) Media

-Anggota media yang membuat liputan pilihanraya semasa hari pengundian mereka perlu mohon untuk mengundi secara pos.

Usul Kajian Semula Persempadanan

SPR memaklumkan yang semakan nama pengundi baharu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) susulan dari usul kajian semula persempadanan kawasan pilihanraya diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Mac 2018. Dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu atau selewat-lewatnya pada hari penamaan calon.

Untuk makluman, usul kajian semula sempadan pengundi yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Antara lain, SPR telah menyesyorkan :-

-Perubahan nama pada 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan DUN di Semenanjung Malaysia

-Tiada perubahan bilangan kawasan Parlimen dan DUN di Semenanjung

Nama Baru DUN Dan Parlimen

Berdasarkan Laporan Kajian Semula Persempadanan yang dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat, sebanyak 12 nama kawasan Parlimen akan dipinda manakala 28 kawasan lagi membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

-Klik 12 Parlimen & 28 DUN

Kajian semula mendapati terdapat nama di beberapa bahagian pilihan raya perlu dipinda disebabkan perubahan sempadan atau nama asalnya tidak lagi sesuai untuk digunakan.

Cara Mendaftar Sebagai Pemilih Pilihanraya

Buat mereka yang layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi. Orang ramai boleh membuat pendaftaran pemilih di pusat-pusat pendaftaran yang dikongsikan di bawah ini kerana SPR melaksanakan sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun.

-Anda perlu membuat pendaftaran sebagai pemilih bagi menjamin hak anda untuk mengundi di dalam sesuatu pilihan raya dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Pendaftaran sebagai pemilih adalah hak warganegara di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Untuk makluman, 30 September 2016 sebagai tarikh tutup pendaftaran pemilih untuk mengundi di PRU14 adalah tidak benar. Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh akhir bagi pendaftaran yang akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2016.

Individu yang mendaftar dalam tempoh bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2016 akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan untuk Suku Keempat 2016.

Syarat Kelayakan Pendaftaran Pengundi

Anda layak mendaftar sebagai pemilih/ pengundi dengan membuat pendaftaran pemilih dengan syarat anda memenuhi syarat berikut:-

1.Warganegara Malaysia;

2. Sudah mencapai umur 18 tahun;

3. Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan

4. Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

Pusat Pendaftaran

SPR tidak melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara online/ atas talian kerana melalui Sistem Pendaftaran Sepanjang Tahun (SPPST) yang dilaksanakan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran pemilih) 2002 menetapkan bahawa seseorang warganegara yang layak ingin membuat pendaftaran sebagai seorang pemilih perlu hadir sendiri di kaunter pendaftaran SPR yang ditetapkan di seluruh negara.

-Jika pendaftaran diterima secara online, penipuan dan penyamaran pemilih pasti berlaku di mana ada orang yang akan memasukkan pendaftaran bagi pihak orang lain.

Anda boleh mendaftar di pusat pendaftaran seperti berikut :-

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya
No. Telefon: 03-88927000

(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri

(c) Maklumat pejabat-pejabat pos

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri.

(f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan

Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi

A. UNTUK PEMILIH BIASA

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

(a) Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;

(b) Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang seterusnya mengisikan borang pendaftaran anda;

(c) Semak borang pendaftaran yang lengkap diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;

(d) Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan

(e) Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

B. UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR

Anggota Tentera
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

(a) Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;

(b) Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.

(c) Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang lengkap di isi dan pastikan semua maklumat lengkap yang diisikan adalah tepat/ betul, sebelum menurunkan tandatangan;

(d) Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;

(e) Dapatkan salinan borang pendaftaran dan sila simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Pilihanraya Tambahan.

Nota

(a) Pusat Mengundi anggota ATM serta pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.

(b) Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak mendaftar untuk PTH. Anggota keluarga yang lain perlu membuat pendaftaran sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA

Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan/ Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

(a) Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luarnegara;

(b) Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas SPR dilantik yang akan akan mengisi borang pendaftaran anda;

(c) Nyatakan alamat tempat tinggal di LuarNegara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.

(d) Semak borang daftar yang diisi dan pastikan maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;

(e) Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan

(f) Dapatkan salinan borang daftar mengundi/ pemilih dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

SUMBER – SPR

Marilah sama-sama kita jalankan tanggungjawab di Malaysia dengan mendaftar sebagai pengundi. Selamat membuat Semakan secara Online serta SMS. Bagi mereka yang mendaftar, bilakah tarikh Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14)? semasa pilihan raya

Related : berkenaan semakan rasmi spr semakan boleh dibuat pendaftaran tukar alamat, daftar pemilih pilihan raya, https pengundi.spr.gov.my, telefon bimbit, tekan butang, borang d pilihan raya yang membuat raya negeri yang berkenaan https mysprsemak.spr.gov.my secara automatik portal spr di pautan pertukaran ke bahagian pilihan warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas hadir ke pejabat pilihan spr di pautan https hari bekerja tuntutan dengan mengisi borang berhasrat membuat bantahan atas kemasukan nama pemilih pautan https www.spr.gov.my, pautan https myspr.spr.gov.my, kategori pengundi, dibuka untuk semakan, didaftarkan secara automatik, nama pemilih yang membuat, bertukar bahagian pilihan raya,memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran, mudah alih, pejabat pilihan raya negeri, secara atas talian, no kad pengenalan, hotline spr di talian, kawasan pendaftaran,

Tinggalkan Komen