PLKN 3.0 : Program Latihan Khidmat Negara 2023 / 2024. Semakan Status Permohonan Kemasukan Sukarela Dan Penempatan Pelatih yang berjaya.

PLKN 3.0 : Program Latihan Khidmat Negara 2023 / 2024

Semakan Status Permohonan Kemasukan Sukarela PLKN Dan Penempatan Pelatih. Berikut dikongsikan cara membuat semakan PLKN secara online pada edisi lepas untuk semak Status Permohonan Kemasukan Sukarela Dan Penempatan Pelatih. Untuk makluman, kerajaan bersetuju untuk pelaksanaan PLKN 3.0 dan mengkaji semula cara baharu dalam memperhalusi kaedahnya kerana PLKN merupakan cara yang baik untuk memperkenalkan asas ketatanegaraan kepada belia-belia negara.

Untuk makluman, dasar pemilihan pelatih PLKN 2.0 yang terdahulu adalah secara sukarela untuk murid Tingkatan Lima (5) tahun. Pelaksanaan program latihan khidmat negara plkn 3.0 akan dikemaskini. Pemilihan bagi PLKN baharu ini belum dimuktamadkan dan program kali ini melibatkan 90 peratus latihan ketenteraan dan 10 peratus latihan kewarganegaraan.

plkn 3.0

PLKN 3.0 : Program Latihan Khidmat Negara 2023 / 2024

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan telah mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN 3.0 dengan kaedah yang baharu. Ia merangkumi dua fasa iaitu Fasa 1 melibatkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM), yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap. Manakala PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM. Ini bermakna, remaja kelahiran 2007 adalah mereka yang bakal menjadi kumpulan pertama Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.

Pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalani latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

Program Latihan Khidmat Negara 3.0 dicadangkan diadakan di kem tentera yang terdapat di seluruh negara. 13 buah Pusat Latihan Askar Wataniah dan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) boleh menampung peserta latihan sekurang-kurang 4,000 pelatih setahun. Dalam tempoh 45 hari latihan, peserta akan mengikuti latihan ketenteraan sebanyak 90 peratus dan latihan kewargenegaraan sebanyak 10 peratus. Kaedah ini menelan belanja RM100 juta setahun, lebih rendah berbanding RM500 juta setahun sebelum ini.

Kenyataan Media Kementerian Pertahanan

Hanya remaja yang lahir pada 2007 akan dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sekiranya ia dilaksanakan tahun hadapan.

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan berkata, pelatih program itu akan dipilih mengikut tahun kelahiran dan ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun.

Maklumat berkaitan PLKN baharu akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut dikongsikan maklumat mengenai PLKN 2.0 sebagai rujukan untuk semua.

Semakan PLKN 2018 (Siri 15/ 2018) Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan PLKN 2018 iaitu Semakan Status Permohonan Kemasukan Sukarela dan juga semakan penempatan pelatih yang boleh disemak secara online dan juga melalui kaedah SMS. Untuk makluman, calon yang terpilih untuk menyertai PLKN 2018 akan dihubungi melalui surat rasmi.

A. Kaedah Semakan Atas Talian/ Online

Status Permohonan Kemasukan Sukarela dan semakan penempatan pelatih PLKN 2018 boleh disemak di Applikasi Semakan PLKN di bawah ini.

  1. Semakan Status Permohonan Kemasukan Sukarela
  2. Semakan Penempatan Pelatih/ KEM (Tarikh semakan siri 15/ 2018 akan dikemaskini dari masa kesemasa)

Nota : Pelajar yang telah menerima Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) mengenai penempatan kem, kumpulan dan tarikh lapor diri. Pelatih dimohon untuk membuka semakan semula di applikasi semakan bagi tujuan pengesahan.

B. Semakan SMS

Untuk semakan penempatan pelatih PLKN :-

  • Taip: PLKN KEM [No KP anda] Dan Hantar ke 15888

* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15.
* Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20

Tarikh Latihan PLKN Siri 15/ 2018

Berikut dikongsikan tarikh penting dan tempoh masa latihan PLKN Siri 15/ 2018 mengikut kumpulan pelatih iaitu 4 kumpulan:-

  1. 6 Januari hingga 4 Mac 2018 (Tempoh 3 bulan) : Kumpulan 1
  2. 17 Mac hingga 13 Mei 2018 (Tempoh 3 bulan) : Kumpulan 2
  3. 14 Julai hingga 9 September 2018 (Tempoh 3 bulan) : Kumpulan 3
  4. 22 September hingga 18 November 2018 (Tempoh 3 bulan) : Kumpulan 4

Kaedah Pengambilan Pelatih PLKN

Pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Cemerlang (PLKN) 2.0 untuk tahun 2016/ 2017/ 2018 telah diberikan nafas baru di mana pengambilan pelatih adalah di buat secara sukarela. Ianya melibatkan murid tingkatan 5 yang berminat melanjutkan latihan kemahiran teknikal. Disamping itu, pencalonan murid juga boleh dicalonkan oleh guru-guru dan perlu mendapat persetujuan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.

Panduan Pencalonan Pelatih PLKN 2018

Pemilihan pelatih adalah berdasarkan kepada panduan asas pencalonan, peratusan negeri, pecahan kaum dan jantina mengikut kesesuaian bilangan sekolah dan komposisi kaum.

Sekolah sasaran yang telah ditetapkan oleh JLKN adalah seperti berikut :-

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
  2. SMKJK – Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
  3. SMKA – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
  4. Sekolah Menengah Agama (SMA)
  5. Sekolah Agama Menengah (SAM)

Asas Utama Pencalonan Pelatih

Berikut adalah asas utama (panduan am) pencalonan untuk pelatih PLKN 2018 siri 15/ 2018 :-

  1. Permohonan pelatih adalah secara sukarela melalui sekolah. Jika guru mencalonkan nama pelajar, ianya mestilah mendapat kebenaran daripada murid dan ibu bapa
  2. PLKN 2.0 adalah terbuka kepada murid Tingkatan 5 tahun 2017 dan berminat untuk ke Fasa 2 iaitu menyambung pendidikan dalam bidang kemahiran yang ditawarkan berdasarkan kepada keputusan SPM yang sesuai
  3. Calon mestilah Warganegara Malaysia, sihat tubuh badan/ fizikal dan tidak berpenyakit kronik
  4. Pencalonan mengikut pecahan kaum dan jantina yang bersesuaian bilangan sekolah di setiap negeri dan komposisi kaum di sekolah-sekolah
  5. Permohonan pelatih adalah bagi kelahiran tahun 2000 dan terbuka kepada pelajar lepasan sekolah yang berminat bagi tahun kelahiran 1998 dan 1999 boleh memohon melalui laman web www.khidmatnegara.gov.my
  6. Proses pemilihan akan memberikan keutamaan kepada CALON SUKARELA dan BERMINAT KE FASA 2, walau bagaimanapun proses penempatan adalah tertakluk kepada keputusan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) yang bergantung kepada jumlah pemilihan bagi tahun tersebut
  7. Calon pelatih akan ditempatkan di dalam kem di negeri pelatih melainkan kem-kem di dalam negeri pelatih tidak dapat menampung calon pelatih
  8. Keputusan untuk menjalani PLKN siri 15/ 2018 akan dikeluarkan melalui Notis Pemberitahuan Pelatih ke alamat sekolah untuk diagihkan kepada pelatih sebelum cuti persekolahan akhir tahun

Cara Hubungi JLKN

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui perkembangan semasa berkaitan PLKN 2018, anda dinasihatkan melayari :-

  1. Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
  2. Laman Facebook PLKN 2.0
  3. No. Telefon Call Centre 03-4027 4747 atau 03-4027 4227 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang.


Related : 90 peratus daripada modul adalah untuk latihan sebagai anggota tentera dan 10 peratus latihan kewarganegaraan, acuan baharu untuk latihan khidmat negara plkn 3.0, kaedah latihan khidmat negara plkn 3.0, 13 kem tentera wataniah, jabatan latihan khidmat negara plkn 3.0, cadangan supaya pusat latihan ini diadakan di kem tentera, jemaah menteri pertahanan datuk seri mohamad hasan berkata, khas ditubuhkan kementerian pertahanan, syed saddiq syed abdul rahman, untuk mengkaji bagaimana cara, jemaah menteri pertahanan datuk seri mohamad hasan berkata sebanyak 13 kem tentera wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari, defence minister datuk seri mohamad hasan berkata sebanyak 13 kem tentera wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari,
jawatankuasa khas ditubuhkan kementerian, mohamad berkata selepas pelatih menamatkan latihannya mereka akan diberi peluang untuk menyertai badan uniform seperti tentera dan polis, menjalani latihan di kem, veteran tentera wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari dengan kapasitinya, kuala lumpur, diambil dalam apa yang disebut, satu jawatankuasa khas ditubuhkan, kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan plkn,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *