Bilakah tarikh Semakan Keputusan ILKBS (IKBN) sesi Januari 2020? Panduan buat para pemohon yang telah membuat Permohonan kemasukan ILKBS sesi Januari 2020. Menerusi maklumat Portal Rasmi eikbn, tarikh semakan keputusan Kemasukan ke ILKBS (Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan) Januari 2020 boleh disemak pada 2 Disember 2019.
Untuk makluman, ILKBS meliputi 13 buah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), 8 buah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan 1 Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG). ILKBS kini dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Latihan kemahiran sepenuh masa adalah dijalankan di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran yang diambil.
Tarikh Penting Semakan Keputusan ILKBS Julai 2019 & Januari 2020 Online
Berikut dikongsikan maklumat Semakan Keputusan ILKBS sesi Julai 2019 serta Januari 2020 yang boleh disemak secara Online. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh tutup permohonan, panggilan temuduga, semakan keputusan IKBN, permohonan rayuan dan tarikh pendaftaran pelajar.
A. Sesi Januari Tahun 2020
- Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 1 Oktober sehingga 3 November 2019
- Panggilan Temuduga : 13 November 2019 (Bagi pemohon untuk program bertemuduga sahaja – Lepasan SKM/ ST/ DKM)
- Semakan keputusan IKBN (ILKBS) : 2 Disember 2019
- Permohonan Rayuan ILKBS dan Pengesahan Terima/ tolak tawaran ke ILKBS : 2 Disember hingga 13 Disember 2019
- Semakan keputusan IKBN rayuan : Minggu ketiga Disember 2019
- Pendaftaran pelajar baharu : 6 Januari 2020
B. Sesi Julai 2019
Berikut adalah tarikh penting permohonan dan semakan keputusan ILKBS ambilan Julai 2019 :-
- Jualan unik ID UPU di BSN : 25 Februari 2019 sehingga 1 April 2019
- Sistem Permohonan ILKBS melalui UPUonline dibuka dan ditutup : 25 Februari sehingga 2 April 2019
- Permohonan UPUskills untuk calon Sijil Lepasan SKM/ ST atau Diploma Kemahiran Malaysia untuk sambung tahap : Pertengahan Mac 2019
- Panggilan Temuduga : 12 April 2019 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja) :
- di http://eikbn.gov.my/sistemonlineikbn/page1.php
- atau di http://www.jtm.gov.my/2015v3/index.php/ms/semakan-temuduga
- Semakan keputusan IKBN (ILKBS) kemasukan Julai 2019 : 10 Mei 2019
- UPUonline dan https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
- Cetakan surat tawaran : 10 Mei 2019
- Tempoh rayuan kemasukan terus ke ILJTM (tertakluk kepada kekosongan tempat) : 10 Mei hingga 29 Jun 2019
- Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 24 Mei 2019
- Pendaftaran pelajar baharu : 1 Julai 2019
Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi eikbn untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan.
Semakan Keputusan ILKBS (IKBN) Sesi Julai 2019/ Januari 2020
Untuk membuat semakan keputusan IKBN (ILKBS), sila klik applikasi semakan yang boleh dilayari di
- Portal eKampus : Log Masuk dan semak ATAU
- http://eikbn.gov.my/sistemonlineikbn/page1.php
Semakan TEMUDUGA Kemasukan Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Sesi Pengajian Januari tahun 2020 boleh disemak di
Nota : Mereka yang terlepas untuk memohon sesi Januari tahun 2020, anda boleh membuat permohonan sesi Julai tahun 2020.
Cara Hubungi ILKBS
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi ILKBS di talian berikut :-
- 03-8871 3685/ 03-8871 3646/ 03-8871 3690
Selamat membuat Semakan Tawaran Kemasukan ILKBS (IKBN) Julai 2019 dan Januari 2020 Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ILKBS untuk sesi Julai 2019 dan Januari 2020. Moga anda berjaya menambahkan ilmu kemahiran dalam bidang yang dipilih nanti.