Semakan Tingkatan 6 2023/ 2024 Online & SMS

Cara Semakan Keputusan Tingkatan 6 Sesi 2023/ 2024 Online Dan SMS. Panduan buat lepasan SPM tahun 2022 yang berhajat menyambung pelajar di Tingkatan Enam (6). Berikut dikongsikan tarikh semakan Tingkatan 6 iaitu check keputusan tawaran Form 6 tahun 2022 buat panduan pelajar. Untuk makluman, pelajar tidak perlu membuat application ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah bantuan penuh kerajaan. Pelajar yang layak masuk Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Maklumat bagi tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tingkatan 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar menyambung pengajian selepas Tingkatan 5 selain memasuki Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti melalui UPU. Pada kelazimannya, semakan tawaran Tingkatan 6 boleh dibuat melalui applikasi semakan online KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas result SPM diumumkan. Pelajar adalah disarankan untuk melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala untuk mendapatkan maklumat terkini semakan.

Semakan Tingkatan 6 online & sms

Semakan Tingkatan 6 2022 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 tahun 2022 yang melibatkan tarikh rasmi semakan, applikasi semakan dan malumat lanjut Form 6.

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Online

Untuk makluman, tarikh keputusan semakan tawaran kemasukan tahun 2022 dan untuk tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:-

1. 2022 : 7 Julai 2022

Pemohon dikehendaki untuk menyemak tawaran pada tempoh ini serta membuat pndaftaran dan pengesahan secara online.

Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan akan dibuka pada 7 hingga 24 Julai 2022.

Hebahan keputusan appeal ke tingkatan 6 adalah pada 1 Ogos 2022

2. 2021 : 5 Julai 2021

Pemohon dikehendaki untuk menyemak tawaran pada tempoh ini serta membuat pndaftaran dan pengesahan secara online.

Bagi permohonan yang tidak berjaya, tawaran akan dibuka pada 5 hingga 15 Julai 2021.

Hebahan keputusan appeal ke tingkatan 6 adalah pada 20 Julai 2021

3. 2020 : 1 Julai 2020

Kepada pemohon yang berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dengan segera dan bawa ke sekolah pada hari pendafatran iaitu 15 Julai 2020.

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Fasa pertama dilaksanakan pada 18 – 31 Mac 2020, fasa kedua pada 1 – 15 April 2020, fasa ketiga pada 16 – 28 April 2020, fasa keempat pada 29 April – 12 Mei 2020 dan fasa 5 pada 13 Mei – 9 Jun 2020. Sepanjang tempoh PKP dan PKPB, kerajaan telah menetapkan bahawa semua institusi pendidikan ditutup. Langkah ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan murid, guru serta warga sekolah.”

“Sehubungan dengan itu,semakan tawaran dan pendaftaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 akan dimaklumkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan selepas PKP dan PKPB tamat.”

4. 2019 : 16 April hingga 17 Mei 2019

5. 2018 : 16 April 2018 sehingga 16 Mei 2018

6. 2017 : 16 April sehingga 12 Mei 2017

7. 2016 : 14 April 2016 hingga 27 Mei 2016

8. 2015 : 15 April 2015

9. 2014 : 24 April 2014

Pelajar adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada KPM mengenai tarikh semakan tawaran tingkatan 6 sesi 2022-2023 yang akan dimaklumkan di Portal KPM.

Cara Semak Tawaran Ke Tingkatan Enam Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Sesi 2022-2023

Berikut dikongsikan cara membuat semakan tawaran Tingkatan 6 sesi 2022-2023. Semakan boleh dibuat melalui kaedah berikut :-

i) Semakan Keputusan Tingkatan 6 Secara Online

Keputusan tawaran masuk ke Tingkatan 6 boleh disemak di pautan berikut :-

Pelajar yang tidak mempunyai capaian Internet akan dimaklumkan oleh pihak sekolah dan proses pendaftaran akan dilakukan oleh mereka.

ii) Semak Keputusan Tingkatan 6 Melalui SMS

Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah semakan seperti berikut:-

  • Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
  • Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Contoh cara semak tawaran tingkatan 6 melalui sms adalah seperti berikut :-

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018/ 2019

Pemilihan Pelajar Ke Tingkatan Enam

Pelajar yang layak memasuki Tingkatan 6 adalah seperti kriteria berikut :-

1. Berumur diantara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2022

2. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Sijil Pelajaran Malaysia)

3. Kelayakan khas Tingkatan 6 untuk jurusan Sains, Sains Sosial, Aliran Agama boleh dirujuk di KELAYAKAN UMUM DAN KHAS FORM 6.

Cara Merayu Dan Semak Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2022/ 2023

Untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran pada ambilan pertama, anda boleh membuat rayuan dengan merujuk kepada :-

Panduan borang rayuan

Tarikh rayuan :

2022 : 7 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022

2021 : 5 Julai 2021 hingga 15 Julai 2021

2020 : 1 Julai 2020 hingga 14 Julai 2020

2019 : 16 April 2019 hingga 24 Mei 2019

2018 : 16 April hingga 24 Mei 2018

Pelajar yang telah membuat rayuan Form 6 – Tingkatan 6, semakan tawaran rayuan Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2022 2023 dijangka akan diumumkan pada :-

2022 : 1 Ogos 2022

2021 : 20 Julai 2021

2020 : 15 Julai 2020

2019 : 10 Jun 2019

2018 : 11 Jun 2018

2017 : 14 Jun sehingga 23 Jun 2017

Aplikasi semakan keputusan rayuan adalah di pautan di Keputusan Rayuan

Maklumat Lanjut Semakan Keputusan Tingkatan 6 2022/ 2023

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran yang diperolehi, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada tarikh 15 Julai 2020 (Tahun lepas pada 2 Mei 2019 ).

Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.

Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2021, rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi akademik Tahun 2022.

Untuk mendapatkan Surat Tawaran Tingkatan 6 (Enam bagi tujuan pendaftaran masuk, surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan.

Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun

Pelajar boleh memuat turun dokumen berikut sebagai panduan :-

Soalan Lazim (FAQ)

Selamat membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sesi 2022/ 2023 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 6.

Tinggalkan Komen