Semakan Keputusan PraSekolah 2025 kpm Online, Cara semak keputusan murid iaitu tarikh check kelayakan murid pra-sekolah secara atas talian.

Semakan Keputusan PraSekolah 2025 Online

Semakan Keputusan Dan Rayuan PraSekolah KPM 2025 Online Dan Manual. Bilakah tarikh semakan keputusan PraSekolah 2025? Panduan buat ibu bapa dan penjaga yang ada membuat registration anak mereka ke Pra Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Menerusi maklumat semakan di manual e-Prasekolah, Semakan Keputusan PraSekolah 2025 boleh disemak secara online dan manual.

Untuk panduan ibu bapa dan pelajar, berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh penting semakan keputusan dan rayuan PraSekolah KPM 2025. Tahniah yang berjaya dalam registration.  Untuk ibu bapa/ penjaga yang anda membuat application murid ke Tahun 1 2025, sila rujuk kepada Murid Ke Tahun 1 untuk maklumat berkaitan semakan ePrasekolah dan tarikh penting.

Semakan Keputusan PraSekolah KPM 2025 Online

Menerusi maklumat di manual pemohon, Ibu bapa/ penjaga boleh mengetahui status keputusan ke Pra Sekolah KPM 2025 anak mereka melalui 2 kaedah semakan iaitu :-

a. Semakan Keputusan PraSekolah 2025 Online

Keputusan boleh disemak melalui laman sesawang e-Prasekolah mulai 5 Ogos 2024

Tarikh yang dinayatakan adalah tertakluk kepada pindaan.

b. Semakan Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon

Keputusan tawaran boleh disemak melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2024

Rayuan Ke PraSekolah 2025

Berikut adalah panduan buat mereka yang ingin membuat rayuan prasekolah 2025 :-

  • a. Bagi mereka yang tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu sebaik sahaja keputusan diumumkan iaitu dari 5 hingga 20 Ogos 2024
  • b. Bagi ibu bapa/ penjaga yang mengemukakan application secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/ PPW

Semakan Rayuan Prasekolah 2025

  • c. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai tarikh yang akan dikemaskini (tertakluk kepada pindaan)
  • d. Bagi rayuan secara manual, semakan Prasekolah boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa atau penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Bantuan Helpdesk PraSekolah

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi :-

  • a. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
  • b. Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  • c. Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)
    Atau
  • Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat eprasekolah@moe.gov.my

Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam mendapat tempat sesi 2025 Online. Kepada yang gagal, peluang anda masih ada lagi dengan membuat rayuan. Semoga mereka yang merayu berjaya juga.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *