Semakan iSURI Status Caruman Suri Rumah KWSP Online, Cara semak samada layak atau tidak menerima Program Sukarela Insentif SURI.

Semakan iSURI Status Program Caruman Sukarela Insentif Suri Rumah

Berita baik buat mereka yang telah mendaftar dengan sistem e-Kasih. Seramai 359,065 wanita layak secara automatik menerima insentif menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula 15 Ogos 2018. Namun mereka perlu membuka akaun KWSP terlebih dahulu dengan hanya mencarum minimum RM5. Berikut dikongsikan maklumat cara membuat semakan iSURI iaitu status kelayakan caruman KWSP Isi Rumah untuk mereka yang telah membuat pendaftaran e-Kasih.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memaklumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk menjayakan fasa pertama skim yang dikenali sebagai Program Sukarela Insentif SURI (SURI). Program insentif ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan menyasarkan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR), ibu tunggal, balu dan wanita bujang yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.

Semakan iSURI SemakStatus Caruman KWSP Suri Rumah Online

Semakan iSURI Status Caruman KWSP Suri Rumah Online (Wanita Yang Berdaftar Dengan EKasih)

Berikut dikongsikan syarat kelayakan, cara membuat pendaftaran SURI dan cara membuat semakan status caruman KWSP Isi Rumah secara online untuk wanita yang telah mendaftar di sistem e-Kasih.

i-SURI adalah caruman sukarela KWSP dengan Insentif Khas Kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.

Syarat Kelayakan i-SURI

Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018 termasuk:-

  1. Isteri iaitu ister kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
  2. KIR Wanita – Balu, bercerai atau bujang
  3. Warganegara Malaysia
  4. Belum mencapai umur 60 tahun
  5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun di KWSP
  6. Pendaftaran ahli KWSP/ i-suri bagi individu yang layak bermula pada 15 Ogos 2018 di mana-mana kaunter kWSP seluruh Malaysia

Semakan iSURI : Cara Semak Status Pendaftaran E-Kasih Online

Cara semak pendaftaran nama di e-Kasih iaitu semakan iSURI adalah seperti berikut :-

  1. Layari Portal Pembasmian Kemiskinan e-Kasih di pautan berikut :- E-Kasih
  2. Masukkan maklumat No Kad Pengenalan dan klik untuk cari untuk semak pendaftaran Semakan Status Caruman KWSP Isi Rumah
  3. Terma Rujukan
    • Ketua Isi Rumah (KIR) adalah daripada kalangan isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal
    • Ahli Isi Rumah (AIR) adalah mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih
    • SPB adalah senarai penerima bantuan agensi yang masih belum diverifikasi
  4. Panduan Cara Daftar i-SURI KWSP

Pelaksanaan Program Sukarela Insentif (SURI)

SURI akan dilaksanakan dalam tiga fasa menyasarkan suri rumah dengan fasa pertama bermula pada 15 Ogos 2018. Berikut adalah maklumat lanjut pelaksanaan SURI mengikut fasa:

  1. Fasa pertama : Bermula di mana kerajaan akan menyumbang RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP. Mereka yang mendaftar dengan e-Kasih secara automatik layak menerima insentif ini, namun mereka perlu membuka akaun KWSP terlebih dahulu dengan hanya mencarum minimum RM5
  2. Fasa kedua : Diperluaskan sasaran pencarum di mana sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50. Dengan sejumlah RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Fasa ini dijangka bermula tahun depan 2019.
  3. Wajib – Fasa ketiga : Dua peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri. Pelancaran fasa ini dijangka pada awal 2020, kerana terdapat beberapa pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan

Moga insentif terbaharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dapat menjaga kebajikan orang ramai sekaligus dapat membentuk rakyat dalam menabung untuk masa hadapan mereka.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *