Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah atau dikenali sebagai kumpulan B40. Anda kini boleh mula membuat tuntutan daripada Skim Perlindungan Nasional B40. Skim ini memberikan takaful ataupun insurans kesihatan kepada golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan. Berikut adalah proses tuntutan mySalam B40 secara online dan juga boleh dibuat di agensi-agensi yang diumumkan di laman web dan di hospital-hospital kerajaan.
Ianya adalah sebuah program bantuan kerajaan persekutuan yang kini diterajui oleh Pakatan Harapan (PH). Ianya selaras dengan manifesto Pilihan Raya PH bagi meluaskan akses perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, meringankan beban kos sara hidup serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Isi Kandungan
Siapakah Yang Layak Mendapat Bantuan Skim mySalam?
Mereka yang layak register mySalam adalah :-
1. Individu berusia 18 sehingga 55 tahun yang layak menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) serta telah mendapat makluman kelayakan penerimaan skim ini melalui SMS dan;
2. Individu yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja dan;
3. Yang disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta tetapi mendapat rawatan hospital kerajaan sahaja.
INFO TERKINI MYSALAM (BAJET 2023)
Peluasan skim mySalam kepada kumpulan M40 ditangguhkan buat masa ini menurut pengumuman daripada Kementerian Kewangan Malaysia.
INFO PERLUASAN SKOP MYSALAM (BAJET 2022)
Skim mySalam akan diperluas kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Selain itu, tuntutan kos peranti akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak
INFO PERLUASAN SKIM MYSALAM (11 FEBRUARI 2020)
Skim Perlindungan Kesihatan Nasional B40 kini dikenali sebagai Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat telah diperluaskan kepada bukan penerima BSH atau golongan M40 seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2020.
INFO PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI (PRIHATIN)
Kerajaan telah mengumumkan bahawa pesakit yang terkena jangkitan COVID-19 daripada golongan B40 boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari
Manfaat yang sama juga dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)
INFO SKIM MYSALAM DALAM BELANJAWAN 2020
Menerusi Belanjawan 2020, Kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan Skim MySalam mulai 1 Januari 2020 kepada:
1. Bukan sahaja golongan B40 tetapi individu yang mempunyai pendapatan kasar RM100,000 setahun yang layak mendapat skim dengan kadar:
-Bayaran Penyakit Kritikal : RM4,000
-Bayaran Gantian Pendapatan : RM50 sehari (terhad untuk tempoh maksimum 14 hari sekiranya didiagnosis serta memasuki hospital kerajaan)
2. Rakyat Malaysia yang berusia 18 hingga 65 tahun
-Kelayakan umur penerima skim dinaikkan pada 65 tahun berbanding 55 tahun sebelum ini.
-Penambahan seramai 1.5 juta individu dijangka akan menerima manfaat skim ini (cara tuntut mysalam).
3. Penambahan kepada 45 Jenis Penyakit Kritikal
-Skim akan ditambah perlindungannya kepada 45 Penyakit Kritikal termasuk terminal dan polio
-Pada ketika ini perlindungan hanya kepada 36 jenis penyakit kritikal
Tarikh Pelaksanaan Skim
Seperti yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan, skim perlindungan kesihatan masyarakat berbentuk takaful kesihatan ini telah mula berkuatkuasa pada tarikh seperti di bawah:
-Mula: 1 Januari 2019
-Tamat: 31 Disember 2023 (Berdasarkan jumlah dana RM2 bilion yang dijangka kemampanannya bertahan selama 5 tahun)
Tarikh Permohonan Skim 2020
Penerima yang telah menerima SMS makluman yang turut mempunyai kata laluan bagi login masuk ke sistem secara atas talian boleh mengakses aplikasi sistem tersebut bermula tarikh di bawah:
-Buka: 1 Mac 2019
-Aplikasi: Portal Rasmi
-Fungsi: Dengan mengakses aplikasi ini, penerima boleh melihat beberapa perkara seperti di bawah:
Semakan Kelayakan
Butiran manfaat Skim
Manfaat kelayakan
Status Tuntutan
Senarai Hospital Terlibat
Soalan Lazim (FAQ)
Tarikh Permohonan Penerima Bukan BSH Skim mySalam 2020
Penerima bukan BSH atau golongan M40 layak untuk memohon Skim dengan register melalui aplikasi sistem tersebut bermula tarikh di bawah:
-Buka: 11 Februari 2020
-Tutup:31 Mac 2020
-Aplikasi: Register Penerima Bukan BSH
* Penerima boleh membuat claim mulai bulan Mei
Proses Tuntutan mySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat
Penerima mySalam boleh melakukan tuntutan mereka menerusi portal rasmi dengan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan yang telah diimbas (scan). Sebagai alternatif, tuntutan juga boleh difailkan secara langsung di lokasi yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Semua claim yang dibuat hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen berkaitan dan disahkan oleh doktor dari hospital kerajaan.
Ianya boleh dibahagikan kepada dua jenis bantuan yang disediakan iaitu:
1. Tuntutan bayaran Elaun Wad Harian sebagai gantian kepada pendapatan terhad kepada 14 hari setiap tahun dengan kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 (sekiranya 14 hari) setahun.
2. Menuntut bayaran one-off sebanyak RM8,000 sekali sahaja dalam 5 tahun (mengikut kemampanan dana polisi) sekiranya menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan dalam Skim mySalam
Prosedur Tuntutan Mengikut Jenis Bantuan
Berikut Adalah Cara Membuat Claim:
A. Bayaran Elaun Wad Harian
1. Pastikan pemohon mendapatkan Surat Keluar Wad / Discharge Note yang mengandungi maklumat penting seperti tarik masuk dan keluar wad untuk diimbas (scan) bagi memuatnaik ke dalam sistem
2. Layari Portal Rasmi seperti pautan disediakan diatas untuk login masuk dengan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang diterima pemohon melalui penerimaan SMS (makluman layak penerimaan mySalam)
3. Setelah berjaya login masuk, tekan butang pilihan Claims > Claims Submission > Hospitalization
4. Isi semua maklumat yang diperlukan dan muatnaik dokumen berikut:
Surat Keluar Wad / Discharge Note
Salinan Kad Pengenalan (IC) Pesakit (bahagian depan dan belakang)
5. Sebaik selesai mengisi semua maklumat, tekan butang ‘Submit’ bagi menghantar permohonan tuntutan skim
B. Bayaran 45 Penyakit Kritikal
1. Layari Portal rasmi seperti pautan disediakan di atas bagi melogin masuk dengan nombor KP dan kata laluan yang telah diterima pemohon melalui SMS (makluman kelayakan terima skim)
2. Tekan butang pilihan ‘Download Form’ dan muat turun borang ‘Critical Illness – Doctor’s Statement Form’
3. Borang tersebut hendaklah diisikan dengan lengkap oleh Doktor di mana pesakit mendapatkan rawatan
4. Apabila borang siap diisi oleh doktor, imbas (scan) borang tersebut bagi memuat naik ke dalam sistem
5. Login semula portal rasmi dan tekan menu pilihan berikut; Claim > Claims Submission > CI Claims
6. Isi semua maklumat diperlukan dan muat naik dokumen berikut:
Borang Pengesahan Doktor / Critical Illness – Doctor’s Statement Form
Salinan Kad Pengenalan Pesakit (bahagian depan dan belakang)
7. Sebaik selesai mengisi semua maklumat dan memuat naik dokumen, sila klik butang ‘Submit’ bagi membuat penghantaran permohonan tuntutan bayaran
Maklumat Penting
Bayaran tuntutan akan diberikan secara kredit terus ke dalam akaun penerima yang telah diregisterkan semasa permohonan BSH
Proses tuntutan bayaran akan mengambil masa sekitar 14 hingga 21 hari untuk dikreditkan ke dalam akaun penerima skim
Skim tidak merangkumi pesakit-pesakit yang menerima rawatan sepenuhnya di pusat perubatan Swasta
Klik
Pertanyaan Lanjut
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi dan layari butiran di bawah:
FAQ: Soalan Lazim
Portal Rasmi: Laman Web
Telefon Khidmat Pelanggan: 1-300-88-8938 (24 Jam)
Semoga perkongsian diatas dapat memberikan penjelasan kepada bakal-bakal penerima skim ini dan juga mereka yang ingin membuat tuntutan melalui skim ini. Diucapkan selamat maju jaya kepada semua.
Related : rawatan berkaitan kurang daripada rm24,000 setahun cara untuk tahun dan berpendapatan kurang berpendapatan kurang daripada rm24,000 kata laluan yang dihantar pengesahan diagnosis menggunakan nombor tuntutan dikemukakan log masuk ke portal bantuan sara hidup bsh 65 tahun dan berpendapatan hospital kementerian kesihatan malaysia, dokumen yang diperlukan, tuntutan berkaitan, hubungi talian 1 300 88, salah satu daripada 45 penyakit kritikal, penerima bantuan sara hidup, mengemukakan tuntutan, https www.mysalam.com.my, kewangan malaysia dimaklumkan bahawa, bahawa peluasan skim mysalam, malaysia dimaklumkan bahawa peluasan, dimasukkan ke hospital, individu bujang, isi rumah, tabung amanah mysalam, skim perlindungan masyarakat mysalam, kementerian kewangan kuala lumpur, log masuk ke portal mysalam, berpendapatan kurang daripada rm24,000, dihantar kepada individu yang layak menerima manfaat skim perlindungan masyarakat mysalam melalui tabung amanah mysalam, langkah 2 klik ikon tuntutan, untuk membuat tuntutan, perlindungan takaful kepada individu, masuk menggunakan no kad, log masuk menggunakan no kad pengenalan, langkah 1 layari www.mysalam.com.my, inisiatif skim takaful perlindungan, untuk maksimum 14 hari
skim takaful perlindungan kesihatan, skrol ke bawah laman dan klik, memberikan perlindungan takaful, 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada rm24,000 setahun,