Permohonan Maktab Tentera DiRaja sesi 2023-2024 Online (MTD), permohonan mtd ambilan tahun 2024 ke tingkatan 4 putera meliputi syarat permohonan.

Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2024 Online (MTD)

Cara membuat permohonan kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja secara online? Untuk perhatian pelajar Tingkatan 3, Permohonan Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 Sesi 2023-2024 akan di buka secara online untuk pelajar Tingkatan 3 tahun 2023. Permohonan Kemasukan Putera 2024 yang dibuka bermula dari 1 Ogos 2023 adalah untuk kemasukan ke Tingkatan 4 (Form 4) pelajar lelaki dan perlu dimohon secara atas talian/ online.

Sebagai sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang bertaraf sekolah Premier di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH). Reka bentuk pengajian di MTD dengan susunan pembelajaran yang berasaskan disiplin dan pembudayaan cara hidup ala ketenteraan telah menyerlahkan keunikan MTD. Pengutamaan aspek kepimpinan dan kecemerlangan dalam setiap program, pemerkasaan semangat kerjasama serta ketinggian nilai integriti telah menjadikan MTD sebagai Home of Future Leaders yang melahirkan pemimpin masa hadapan negara yang profesional dan berkaliber.

Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2021 Online (MTD)

Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2024 Online (Tingkatan 4 MTD)

Menerusi Kenyataan Media KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus iaitu SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD untuk tahun 2021. Bagi tahun 2024 akan diteruskan menggunakan kaedah yang sama. KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid ke sekolah khusus secara single entry point. Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

Sehubungan dengan itu, permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 boleh diakses melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my. Semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.

Pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%). Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis

Berikut dikongsikan panduan/ syarat kemasukan dan maklumat penting buat ibu bapa dan pelajar dalam membuat permohonan kemasukan Putera 2024 Maktab Tentera DiRaja online :-

1. Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2024 Online (MTD) adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian (online) melalui laman web https//:spskt4.moe.gov.my

2. Permohonan dibuka untuk pelajar – pelajar lelaki warganegara Malaysia yang merupakan lepasan Tingkatan 3 tahun 2023

3. Wajib mempunyai email persendirian yang sah dan aktif

Tarikh Penting Permohonan MTD 2024

Berikut adalah tarikh buka dan tutup permohonan kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja:

  • Tarikh Buka: 1 Ogos 2023
  • Tarikh Tutup: 17 September 2023

Syarat Kemasukan MTD Ambilan 2024

Syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 tahun 2023-2024 adalah seperti berikut:-

Kelayakan Akademik Dan Permohonan MTD

1. Keputusan Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus secara dalam talian melalui KPM

2. Lulus Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera DiRaja

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja

Syarat Kelayakan Fizikal Dan Kesihatan

Selain itu pemohon perlu mematuhi syarat berikut :-

1. Pemohon (Lelaki sahaja) dan ibu bapa mestilah warganegara Malaysia

2. Tinggi Minimum – 152 sm.

3. Berat Minimum – 40.5 kg.

4. Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27

5. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)

6. Penglihatan – baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12).

7. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak seperti berikut:

a. Flat foot
b. BMI antara 18 hingga 27
c. Impacted earwax
d. Asthma
e. Scoliosis (tulang belakang bengkok)
f. Varicose vein
g. Colour blindness (rabun warna)
h. Myopia (rabun jauh) 6/12
i. G6PD-deficiency
j. Haemorrhoids (buasir)
k. Inguinal hernia
l. Tinea (Jangkitan kulat pada kulit)
m. Uneven shoulder
n. Braces (Tidak dibenarkan memakai pendakap gigi)

Semakan Pusat Pentaksiran MTD

Boleh disemak pada 25 Spetember 2023 hingga 13 Oktober 2023 dan pelaksanaan pentaksiran adalah dari 2 hingga 13 Oktober 2023

Semakan Tawaran Kemasukan Ke MTD 2024

Menurut KPM, tarikh semakan temuduga bagi kemasukan ke MTD boleh disemak bermula 1 Mac 2024, pada tahun lepas semakan boleh dibuat pada 7 hingga 12 Mac 2023. Surat tawaran akan dihantar melalui emel dan calon dikehendaki untuk menyemal bahagian inbox, junk atau spam folder. Pengesahan setuju terima atau menolak tawaran hendaklah dibuat selewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini.

Calon-calon yang Lulus Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal dikira berjaya apabila memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan sebenar PT3 2019 serta lulus Ujian Kepimpinan dan Temuduga Akhir oleh Lembaga Panel Pengambilan MTD.

Surat tawaran kemasukan (BERJAYA/ GAGAL) akan dimaklumkan kepada calon-calon selepas Temuduga Akhir dan akan disiarkan di Laman Facebook Rasmi MTD dan Laman Web rasmi MTD dijangka pada penghujung bulan Disember 2019.

Keistimewaan MTD

Putera-putera MTD akan menikmati pelbagai kemudahan secara PERCUMA meliputi perkara berikut :-

1. Penginapan dan sajian (6 kali sehari)

2. Elaun Putera sebanyak RM100 sebulan

3. Rawatan kesihatan

4. Pakaian seragam Tentera dan keperluan pemakaian di MTD

5. Kelas akademik, makmal perpustakaan dan dewan makan (Wisma Putera) yang berhawa dingin

6. Buku teks dan keperluan pembelajaran

7. Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik

8. Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar – kepimpinan dan jati diri

9. Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan

10. Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki rejimental- military map reading dan war cry

11. Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) bagi Putera-Putera dari Sabah dan Sarawak

Cara Hubungi MTD

Sebarang pertanyaan, sila hubungi

Unit Pengambilan & Promosi
Jabatan Pendidikan Tentera,
Maktab Tentera Diraja.

Kem Perdana Sungai Besi

57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-89465562/ 5565 Isnin-Jumaat 8.15am-5.00pm

Facebook Maktab Tentera DiRaja

Selamat membuat Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2024 Online (MTD) kepada pelajar Tingkatan 3 tahun 2023. Diucapkan semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan Putera ke MTD nanti.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *