Senarai Aliran Tingkatan 4 Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah. Jenis Aliran utama form 4 & 5 ditawarkan dan Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains.

Senarai Aliran Tingkatan 4 Sekolah Menengah Beserta Mata Pelajaran

Perhatian buat pelajar-pelajar yang telah mengambil keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Setelah tamatnya Tingkatan 3,anda kini perlu memilih aliran untuk belajar di peringkat menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menawarkan beberapa jenis pakej untuk pilihan pelajar tingkatan 4. Berikut adalah senarai aliran sekolah menengah tingkatan 4 beserta mata pelajaran yang ditawarkan. Juga dikongsikan Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains.

Mulai tahun 2020, tiada lagi aliran sains atau sastera. Pelajar boleh memilih pakej yang mengandungi senarai mata pelajaran yang mereka mahu pelajari. Walau bagaimanapun, ia masih bergantung kepad kemudahan dan tenaga pengajar yang ada di sekolah tersebut. Pakej mata pelajaran yang ada disusun mengikut keperluan masa depan dan bidang kerjaya yang bakal diceburi.

Senarai Aliran Sekolah Menengah Tingkatan 4 dan Mata Pelajaran

Senarai Aliran Tingkatan 4 & 5 (Sekolah Menengah Atas) Dan Mata Pelajaran Yang Ditawarkan

Mulai tahun 2020, dengan pemansuhan aliran sains dan sastera, KSSM dilaksanakan. Murid perlu mengikuti tiga kumpulan mata pelajaran yang merangkumi Mata Pelajaran Teras, Mata Pelajaran Wajib dan Mata Pelajaran Elektif.

Senarai Mata Pelajaran KSSM Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5)

Mata Pelajaran Teras:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah
  6. Pendidikan Islam atau Moral

Mata Pelajaran Wajib

  1. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Mata Pelajaran Elektif

  1. Maksimum mana-mana LIMA mata pelajaran elektif (rujuk jadual SUBJEK ELEKTIF BAHASA, SASTERA DAN PENGAJIAN ISLAM serta SUBJEK ELEKTIF STEM)
  2. *Nota : Tidak terpakai bagi murid di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan murid yang mengambil Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

Subjek Elektif Bahasa, Sastera Dan Pengajian Islam

Elektif Bahasa

  1. Bahasa Arab
  2. *Bahasa Cina
  3. Bahasa Tamil
  4. Bahasa Iban
  5. Bahasa Kadazandusun
  6. Bahasa Semai
  7. Bahasa Perancis
  8. Bahasa Jepun
  9. Bahasa Jerman
  10. ** Bahasa Korea
  11. ** Bahasa Cina Komunikasi

NOTA:

  • Pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Korea dan Bahasa Cina Komunikasi adalah menggunakan guru di luar norma.
  • *Pelaksanaan Bahasa Cina Sekolah Conforming tertakluk kepada surat KP(BS)8502/15/006 (22) bertarikh 16 November 2000.
  • **Pelaksanaan di Tingkatan 4 bermula pada Tahun 2021

Elektif Kemanusian Dan Sastera Ikhtisas

  1. Prinsip Perakaunan
  2. Ekonomi
  3. Perniagaan
  4. ***Pengajian Keusahawanan
  5. Pendidikan Seni Visual
  6. Pendidikan Muzik
  7. Geografi
  8. Kesusasteraaan Melayu Komunikatif
  9. ****Kesusasteraan Inggeris
  10. Kesusasteraan Cina
  11. Kesusasteraan Tamil

NOTA: 

  • ***Pelaksanaan perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 10 Tahun 2019 dan hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik
  • ****Masa Minimum Jam Setahun adalah 64 jam di Tingkatan 4 dan 32 jam di Tingkatan 5 (rujuk Surat Siaran Bil. 9 Tahun 2019)
  • Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 9 Tahun 2019

Elektif Pengajian Islam

  1. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  2. Pendidikan Syariah Islamiah
  3. Tasawwur Islam

Mata Pelajaran KBD:

  1. Usul Al-Din
  2. Al-Syariah
  3. Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah
  4. Al-Adab wa Al-Balaghah
  5. Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami

Mata Pelajaran KBT:

  1. Hifz Al-Quran
  2. Maharat Al-Quran
  3. Turath Dirasat Al-Islamiah
  4. Turath Bahasa Arab
  5. Turath Al-Qran wa Al-Sunnah

Subjek Elektif STEM

Elektif STEM (Sains Tulen Dan Matematik Tambahan)

  1. Fizik
  2. Kimia
  3. Biologi
  4. Matematik Tambahan

Elektif STEM (Sains Gunaan Dan Teknologi)

  1. Sains Tambahan
  2. Grafik Komunikasi Teknikal
  3. Asas Kelestarian
  4. Pertanian
  5. Sains Rumah Tangga
  6. Reka Cipta
  7. Sains Komputer
  8. Sains Sukan
  9. **Pengajian Kejuruteraan Awam
  10. **Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  11. **Pengajian Kejuruteraan Eletrik dan Elektronik
  12. **Lukisan Kejuruteraan

NOTA:

  • *Murid yang mengambil mata pelajaran Sains Tambahan tidak boleh mengambil bersama-sama mata pelajaran Sains Tulen. Walau bagaimanapun, murid digalakkan untuk mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan sebagai kombinasi
  • **Pelaksanaan perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 10 Tahun 2019 dan hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik

Elektif STEM (Mata Pelajaran Vokasional)

  1. Pembinaan Domestik
  2. Pembuatan Perabot
  3. Produksi Reka Tanda
  4. Menservis Peralatan Elektronik Domestik
  5. Rekaan Dan Jahitan Pakaian
  6. Katering dan Penyajian
  7. Landskap dan Nurseri
  8. Tanaman Makanan
  9. Reka Bentuk Grafik Digital
  10. Produksi Multimedia
  11. Pemprosesan Makanan
  12. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
  13. Pendawaian Domestik
  14. Menservis Automobil
  15. Gerontologi Asas dan Geriatik
  16. Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut
  17. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  18. Hiasan Dalaman
  19. Kerja Paip Domestik
  20. Kimpalan Arka dan Gas
  21. Menservis Motosikal
  22. Menservis peralatan penyejuk dan penyaman udara

NOTA: Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 11 Tahun 2019

Pakej STEM 1

Pakej STEM 1 memberi peluang untuk murid yang berminat (berdasarkan minat) dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian pada peringkat program asasi sains, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan Enam.

Sebagai contoh dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Berikut dikongsikan contoh kombinasi semua mata pelajaran sains tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan untuk pakej ini:

CONTOH 1

TERASWAJIBELEKTIF
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik Tambahan
Pengecualian mata pelajaran teras Sains

CONTOH 2

TERASWAJIBELEKTIF
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik Tambahan Bahasa Arab
  • Pend. Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pend. Syariah Islamiah
Pengecualian mata pelajaran teras Sains dan Pendidikan Islam

CONTOH 3

TERASWAJIBELEKTIF
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik Tambahan Bahasa Arab
  • Pendidikan Seni Visual
Pengecualian mata pelajaran teras Sains

Pakej STEM 2

Pakej STEM 2 memberi ruang dan peluang untuk murid menyambung pengajian pada peringkat tertiari dan menceburi laluan kerjaya dalam bidang berasaskan teknologi seperti kejuruteraan, sains komputer, reka bentuk, teknologi pembuatan, perakaunan dan lain-lain.

Contoh kombinasi mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada elektif bukan STEM yang dipelajari oleh murid bagi pakej ini adalah seperti berikut:

CONTOH 1

TERASWAJIBELEKTIF
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Grafik Komunikasi Teknikal
Pengecualian mata pelajaran teras Sains

CONTOH 2

TERASWAJIBELEKTIF
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Lukisan Kejuruteraan
Pengecualian mata pelajaran teras Sains

CONTOH 3

TERASWAJIBELEKTIF
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Fizik
  • Sains Sukan
Pengecualian mata pelajaran teras Sains

Pakej STEM 3

Pakej STEM 3 pula memberi peluang untuk murid menyambung pelajaran pada peringkat sijil dan diploma di universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi kemahiran yang menjurus kepada laluan kerjaya seperti bidang perniagaan, reka bentuk fesyen, hospitaliti, reka bentuk media (new media design) dan sebagainya.

Contoh kombinasi sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu MPV mata pelajaran bagi kategori ini adalah seperti berikut (senarai aliran Tingkatan 4):

CONTOH 1

TERASWAJIBELEKTIF
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Sains Komputer
  • Reka Cipta
  • Pendidikan Seni Visual

CONTOH 2

TERASWAJIBELEKTIF
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Sains Tambahan
  • Matematik Tambahan
  • Grafik Komunikasi Teknikal

CONTOH 3

TERASWAJIBELEKTIF
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah 
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Produksi Reka Tanda
Pengecualian mata pelajaran teras Sains

Pakej Sastera & Kemanusiaan (Senarai Aliran Tingkatan 4)

Pakej Sastera dan Kemanusiaan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengambil gabungan mata pelajaran yang terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam serta Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas. Murid yang memilih pakej ini berpeluang melanjutkan pelajaran atau kerjaya dalam bidang yang berkaitan.

Contoh gabungan mata pelajaran elektif yang terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas dan/atau SATU mata pelajaran elektif STEM kecuali MPV yang boleh diambil oleh murid bagi pakej ini adalah seperti berikut:

CONTOH 1

TERASWAJIBELEKTIF
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Bahasa Arab
  • Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
Pengecualian mata pelajaran teras Pendidikan Islam

CONTOH 2

TERASWAJIBELEKTIF
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Kesusasteraan Melayu Komukatif
  • Geografi
  • Pendidikan Seni Visual

CONTOH 3

TERASWAJIBELEKTIF
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah 
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Ekonomi
  • Perniagaan
  • Prinsip Perakaunan
  • Matematik Tambahan

Pengecualian Subjek Teras

Pelajar perlu mengambil semua subjek teras. Walaubagaimanapun, pengecualian untuk mata pelajaran Sains dan/atau Pendidikan Islam diberikan kepada murid yang mengambil gabungan mata pelajaran elektif sains tulen dan/atau elektif pengajian Islam.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan butiran pengecualian mata pelajaran teras Sains atau Pendidikan Islam (senarai aliran Tingkatan 4):

  • Pelajar yang mengambil mana-mana dua mata pelajaran sains tulen (Fizik/Kimia/Biologi) dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran teras Sains; dan/atau
  • Pelajar yang mengambil mana-mana kombinasi mata pelajaran berikut adalah dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran teras Pendidikan Islam:
    • Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah; atau
    • Turath Dirasat Al-Islamiah dan Turath Al-Quran wa Al-Sunnah; atau
    • Usul Al-Din dan Al-Syariah

Soalan Lazim KSSM & Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas

1) Apakah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Menengah Atas?

  • Pelaksanaan ini secara berperingkat bermula dengan murid Tingkatan Satu pada tahun 2017, kohort pertama murid KSSM ini akan berada di Tingkatan 4 pada tahun 2020
  • KSSM Menengah Atas adalah kurikulum persekolahan di Tingkatan 4 dan 5 yang dilaksanakan di semua sekolah menengah

2) Apakah yang dimaksudkan dengan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas?

  • Berdasarkan gabungan mata pelajaran yang memiliki nilai tambah terhadap murid dalam konteks pembelajaran murid
  • Dibina berasaskan keperluan murid untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi
  • Pakej ini mengambil kira keperluan badan profesional dan laluan bidang kerjaya yang diminati murid

3) Apakah rasional Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas diperkenalkan?

  • Untuk memberi peluang kepada murid mengenalpasti dan memilih mata pelajaran berdasarkan kecenderungan, minat, serta kebolehan dengan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Tinggi
  • Memudahkan pihak sekolah untuk membuat perancangan penawaran mata pelajaran dan pakej yang sesuai untuk murid bergantung kepada kemudahan dan guru di sekolah

4) Bagaimana murid boleh memilih pakej mata pelajaran di peringkat menengah atas?

  • Murid memilih mengikut minat dan kecenderungan dengan mengambil kira pencapaian murid dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan ujian psikometrik
  • Guru kaunseling dan guru lain hendaklah memainkan peranan membantu murid membuat pilihan mata pelajaran yang sesuai

5) Bolehkah murid dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran teras?

  • Boleh dikecualikan jika:
  • Murid DIKECUALIKAN daripada mengambil mata pelajaran Teras Sains jika mengambil mana-mana DUA subjek Sains Tulen iaitu: Fizik, Kimia, Biologi
  • Murid DIKECUALIKAN daripada mengambil mata pelajaran Teras Pendidikan Islam jika mengambil mana-mana subjek berikut: Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah; ATAU Turah Dirasat Al-Islamiah dan Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah; ATAU Usul Al-Din dan Al-Syariah

6) Apakah maksud mata pelajaran teras, wajib dan elektif?

  • Teras : Wajib dipelajari oleh setiap murid di sekolah kerajaan, ekolah bantuan kerajaan dan swasta
  • Wajib : Wajib dipelajari oleh setiap murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
  • Elektif : Mata pelajaran yang ditawarkan untuk memenuhi bakat, minat, kebolehan dan potensi murid. Dikategorikan kepada Bahasa, STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), Pengajian Islam serta Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas

7) Apakah mata pelajaran Teras bagi KSSM Menengah Atas?

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

8) Bagaimana kombinasi mata pelajaran elektif boleh distrukturkan dalam Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas?

  • Terdapat dua pakej mata pelajaran iaitu pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta pakej Sastera dan Kemanusiaan
  • Murid boleh mengambil gabungan daripada kumpulan Elektif STEM, Elektif Pengajian Islam, Elektif Bahasa serta Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas
  • Penawaran mata pelajaran bergantung kepada kesediaan sekolah

9) Bagaimana gabungan mata pelajaran elektif bagi Pakej STEM?

  • Mengambil semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan
  • Mengambil mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada bukan elektif STEM
  • Mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu mata pelajaran vokasional (MPV)

10) Bagaimana gabungan mata pelajaran elektif bagi Pakej Sastera dan Kemanusiaan?

  • Terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas dan/atau SATU mata pelajaran elektif STEM kecuali MPV

11) Berapakah bilangan mata pelajaran elektif yang boleh diambil oleh murid?

  • Maksimum mata pelajaran elektif yang ditawarkan adalah lima (5) mata pelajaran (64 hingga 480 minumum jam setahun) mengambil kira jumlah masa PdP dalam setahun untuk pengoperasian sekolah

12) Berapakah mata pelajaran yang boleh diambil oleh murid dalam SPM?

  • Dihadkan mengambil 10 mata pelajaran
  • Kelonggaran diberikan buat calon mengambil tidak lebih dua (2) mata pelajaran tambahan daripada mana-mana mata pelajaran yang disenaraikan kecuali mata pelajaran teras

13) Bolehkah sekolah menawarkan lebih daripada lima (5) mata pelajaran elektif yang dilaksanakan di luar jadual waktu?

  • Dibolehkan sekiranya penawaran mata pelajaran di luar jadual waktu dengan persetujuan ibu bapa dan di bawh tanggungjawab pihak sekolah sepenuhnya

14) Bolehkah murid mengambil gabungan mata pelajaran elektif Bahasa Cina (BC) dan Kesusasteraan Cina (KC) ATAU Bahasa Tamil (BT) dan Kesusasteraan Tamil (KT) serentak?

  • Dibenarkan mengambil gabungan mata pelajaran sebagai pakej
    Sebarang penawaran mengambil kira kemudahan sekolah dan ketersediaan guru opsyen mata pelajaran berkaitan

15) Apakah mata pelajaran wajib bagi KSSM Menengah Atas?

  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains Buat Pelajar Lepasan PT3

Para pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pasti tertanya-tanya ke mana hala tuju selepas peperiksaan tersebut. Terdapat banyak aliran yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Tingkatan 4 antaranya termasuklah aliran sains. KPM juga telah menggariskan kriteria atau syarat kemasukan bagi setiap aliran. Berikut adalah syarat kemasukan tingkatan 4 bagi aliran sains terkini buat rujukan ibu bapa dan pelajar.

KPM telah menyelaraskan beberapa jenis aliran bagi pengajian peringkat menengah atas iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang seterusnya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aliran sains merupakan antara aliran yang popular kerana pelajar lepasan aliran ini berpeluang mempunyai kerjaya sebagai doktor, jurutera, arkitek dan banyak lagi kerjaya yang menjadi impian atau cita-cita pelajar sejak kecil.

Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains Terkini

Pelajar perlu melepasi syarat atau kriteria tertentu untuk kemasukan ke tingkatan 4 bagi aliran sains. Syarat kemasukan ini adalah yang terkini dan telah digunapakai bermula tahun 2015 setelah PT3 dilaksanakan bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berikut adalah syarat kemasukan tingkatan 4 bagi aliran sains.

Syarat Kelayakan Masuk Airan Sains Tingkatan 4 (FORM 4)

  1. Pelajar yang telah memperolehi keputusan PT3 dengan sekurang-kurangnya GRED B dalam mata pelajaran SAINS dan MATEMATIK DIGALAKKAN mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4 Sekolah Menengah
  2. Pelajar yang telah memperolehi keputusan gabungan GRED A/C, B/C atau C/C dalam mata pelajaran SAINS dan MATEMATIK memperolehi sekurang-kurangnya Band 4 dalam PT3 bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. Serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik DIBENARKAN untuk mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4
  3. KES KHAS : Pelajar yang telah memperolehi keputusan gabungan GRED A/D, B/D atau C/D dalam mata pelajaran SAINS dan MATEMATIK, memperolehi sekurang-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. Serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK DIBENARKAN mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4
  4. TIDAK DIGALAKKAN : Pelajar yang telah memperolehi keputusan GRED E dalam mana-mana mata pelajaran SAINS dan MATEMATIK TIDAK DIGALAKKAN mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4

Sumber Rujukan

Kriteria atau syarat kemasukan ini adalah hasil rujukan daripada maklumat berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut bagi pelajar yang berminat menyambung pelajaran dalam aliran Sains di Tingkatan 4. Anda boleh berhubung terus dengan pihak sekolah masing-masing sekiranya keputusan PT3 yang diperolehi melepasi kriteria atau syarat seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semoga perkongsian senarai aliran Tingkatan 4 & 5 dapat membantu para pelajar untuk membuat keputusan memasuki aliran yang sesuai dengan keputusan yang diperolehi dalam PT3. Seterusnya, diucapkan semoga anda berjaya dalam aliran yang dipilih dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.Semoga perkongsian yang diberikan mengenai Senarai Aliran Sekolah Menengah Tingkatan 4 Beserta Mata Pelajaran yang ditawarkan dapat memberi panduan kepada pelajar untuk memilih aliran yang sesuai dengan minat dan seterusnya mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *