Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor RIBJ Online e-mohon YSI. Cara daftar rumah RIBJ melalui borang online atas talian di jb dan mersing

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor RIBJ Online

Cara Daftar Rumah Impian Bangsa Johor RIBJ. Berita gembira buat rakyat negeri Johor Darul Takzim yang belum memiliki rumah kediaman atau sebarang jenis hartanah. Anda berpeluang untuk memohon salah satu skim perumahan mampu milik khusus buat rakyat atau bangsa Johor yang dikenali sebagai Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ). Pendaftaran permohonan Rumah Impian Bangsa Johor boleh dilakukan secara atas talian/ online dengan mengisi borang online di laman web rasmi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Projek ini merupakan kesinambungan daripada usaha Keluarga Diraja Johor dalam membantu meringankan beban rakyat khususnya dari negeri Johor untuk memiliki rumah kediaman. RIBJ akan dilaksanakan tanpa melibatkan apa-apa keuntungan dan pelantikan pengurus projek serta kontraktor bagi pembinaan rumah mengikut spesifikasi Tuanku akan dibuat sendiri oleh YSIJ.

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor RIBJ online

Projek Rumah Impian Bangsa Johor RIBJ

Terdapat dua buah Projek Rumah Impian Bangsa Johor RIBJ yang telah diumumkan iaitu:

1. Rumah Impian Bangsa Johor (Johor Bahru)

2. Rumah Impian Bangsa Johor (Mersing)

Kini, Rumah Impian Bangsa Johor bertempat di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru akan dibuka untuk permohonan.

A. Rumah Impian Bangsa Johor (Bandar Dato Onn)

Menurut kenyataan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Rumah Impian Bangsa Johor yang melibatkan sejumlah 488 unit akan ditawarkan kepada rakyat yang berkelayakan. Permohonan melalui sistem online akan bermula pada 22 Julai 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Anda boleh membuka pautan sistem online seperti di bawah:

Permohonan Online

Terdapat 4 jenis rumah yang ditawarkan iaitu sesebuah 2 tingkat, berkembar 2 tingkat, kluster 2 tingkat dan teres 2 tingkat. Harga yang ditawarkan adalah mengikut jenis rumah dan bermula dari RM85,000 hingga RM100,000.

B. Rumah Impian Bangsa Johor (Johor Bahru)

Pengumuman mengenai projek Rumah Impian Bangsa Johor telah dibuat sempena sambutan hari ulang tahun keputeraan Sultan Ibrahim yang ke-59 yang lalu. Sesi pra-pendaftaran telah diadakan pada 22 Mac 2017 bertempat di Galeria, Kotaraya, Johor Bahru sempena majlis pra-pelancaran projek tersebut.

Pada 31 Oktober 2018, Tunku Mahkota Johor telah melancarkan Sistem Permohonan RIBJ Online yang telah ditambahbaik sekaligus merasmikan pembukaan Pejabat YSIJ yang terletak di Larkin Sentral, Johor Bahru.

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Online (Johor Bahru)

Pengemaskinian maklumat perlu dibuat oleh mereka yang telah membuat permohonan rumah di dalam Sistem E-Mohon Yayasan Sultan Ibrahim Johor bermula tarikh 22 Mac 2017 sehingga 28 Februari 2018 yang lalu sahaja. Pengisian permohonan maklumat lanjut melalui Sistem Permohonan RIBJ hanya boleh dilakukan oleh pemohon yang melepasi saringan pemilihan pertama.

Pemohon akan melalui beberapa peringkat tapisan saringan seperti berikut sebelum permohonan berjaya ditawarkan:-

1. Peringkat Tapisan melalui Sistem Rumah Impian Bangsa Johor (Tapisan Pertama)

2. Tapisan melalui Lembaga Pemilih Yayasan Sultan Ibrahim Johor (Tapisan Kedua)

3. Tapisan melalui Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor (Tapisan Ketiga)

Para pemohon boleh melengkapkan maklumat pendaftaran melalui Sistem Permohonan RIBJ seperti pautan di bawah:

http://www.sijf.my

Pengemaskinian maklumat hanya dibuka pada tempoh yang ditetapkan sahaja iaitu pada 31 Oktober 2018 sehingga 7 November 2018 dan perlu dibuat bagi membolehkan proses saringan peringkat akhir dilakukan.

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor

Syarat Umum Kelayakan Pemohon RIBJ

1. Waraganegara Malaysia yang berumur 25 tahun ke atas

2. Setiap pasangan yang berkahwin hanya boleh membuat satu permohonan sahaja

3. Pemohon yang belum pernah memiliki rumah akan diberi keutamaan

Syarat Khas Kelayakan Pemohon RIBJ

i) Rumah Impian Bangsa Johor (A) (Harga Dibawah RM 100,000) : Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan

ii) Rumah Impian Bangsa Johor (B) (Harga Diantara RM 100,001 dan RM 150,000) : Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM 8,000 sebulan

iii) Rumah Impian Bangsa Johor (C) (Harga Lebih RM150,000) : Pendapatan seisi rumah terbuka dan tertakluk kepada kriteria institusi kewangan

Jenis Projek Rumah Impian Bangsa Johor (Johor Bahru)

Pada awalnya terdapat tiga jenis projek yang dicadangkan di bawah Rumah Impian Bangsa Johor (Johor Bahru) iaitu di Bandar Dato’ Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana. Namun begitu, projek Bukit Saujana sedang dalam proses semakan semula dan akan diumumkan perkembangannya dalam masa terdekat.

Bagi projek Bandar Dato’ Onn, kerja pembinaan sebanyak 488 unit RIBJ sudah mula dijalankan mulai Julai 2018 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 dengan harga yang ditawarkan adalah dalam purata RM80,000 hingga RM100,000.

Untuk projek pembinaan 320 unit (Pangsapuri) RIBJ di Bandar Baru Majidee pula, tahap kemajuan projek telah mencapai 81 peratus siap sehingga November 2018 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2019 dan akan dijual pada harga RM150,000 ke bawah bagi seunit.

Berikut dikongsikan di dalam jadual, spesifikasi Rumah Impian Bangsa Johor (Johor Bahru) beserta butiran lain:

SPESIFIKASI RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR (JOHOR BAHRU)

 BANDAR DATO’ ONN (BDO)

KATEGORI SAIZ LUAS BINAAN JUMLAH UNIT
Rumah Sesebuah 2 Tingkat39’ X 59’

1,262 KP

29
Rumah Kluster 2 Tingkat37′ x 49′1,181 KP100
Rumah Berkembar 2 Tingkat Back to Back (Zero Lot)39′ x 49′1,262 KP156
Rumah Teres 2 Tingkat19′ x 57′1,223 KP203

 BANDAR BARU MAJIDEE (BBM)

KATEGORI SAIZ LUAS BINAAN JUMLAH UNIT
Pangsapuri

1,000 KP

320

C. Rumah Impian Bangsa Johor (Mersing)

Pada 22 Oktober 2018, Tunku Mahkota Johor telah berkenan untuk mengumumkan satu lagi projek yang bakal memberikan berita baik buat rakyat negeri Johor terutamanya buat penduduk Daerah Mersing kerana Rumah Impian Bangsa Johor akan dilaksanakan di Kampung Sri Pantai, Mersing.

Ianya akan melibatkan pembinaan 1000 unit pelbagai jenis kediaman di kawasan tanah kurnia seluas 57 hektar. Projek hak milik bebas ini juga akan dibina dilengkapi kemudahan asas lain seperti dewan serbaguna, kedai, motel termasuklah Kompleks Bangsa Johor.

Bakal dibina dengan biayaan oleh DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor sendiri, permohonan bagi projek ini akan melalui proses pemilihan yang ketat seperti melepasi syarat khas permohonan seterusnya ditapis oleh Jawatankuasa Pemilihan dan disahkan melalui sistem komputer daripada UPEN.

Syarat Khas Pemohon Rumah Impian Bangsa Johor (Mersing)

Berikut adalah beberapa syarat khas atau kriteria kelayakan pemohon Rumah Impian Bangsa Johor (Mersing) yang telah ditetapkan sendiri oleh DYMM Sultan Johor:

1. Pemohon hendaklah merupakan rakyat Johor.

2. Mempunyai pendapatan di bawah RM5,000 (seisi rumah).

3. Pemohon bukan terdiri daripada anak tunggal atau anak sulung dalam keluarga.

4. Pemohon tidak pernah memiliki sebarang aset hartanah sebelum ini.

5. Pengagihan yang adil kepada seluruh kaum Melayu, Cina dan India diinginkan oleh DYMM Sultan Johor untuk membina semangat kemasyarakatan.

Kategori Rumah Impian Bangsa Johor (Mersing)

RIBJ MERSING

KATEGORI SPESIFIKASI HARGA
Rumah Teres Satu Tingkat3 Bilik TIdur 2 Bilik AirBermula RM70,000 seunit
Rumah Teres Dua Tingkat3 Bilik TIdur 2 Bilik AirDi bawah RM200,000 seunit

B. Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor (Mersing)

Buat masa ini, informasi yang diterima daripada pihak berkenaan mengenai permohonan projek Rumah Impian Bangsa Johor (Mersing) adalah ianya akan dilaksanakan secara atas talian. Tarikh pembukaan pendaftaran permohonan masih belum diumumkan lagi dan akan dikemaskini sebaik sahaja informasi terkini diterima.

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor RIBJ

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari soalan lazim (FAQ) atau Facebook Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor di pautan yang disediakan di bawah atau sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Yayasan Sultan Ibrahim Johor di pautan seperti berikut:

Soalan Lazim (FAQ)

Facebook Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Hubungi Yayasan Sultan Ibrahim Johor 

Selamat membuat pendaftaran permohonan Rumah Impian Bangsa Johor. Moga impian anda untuk memiliki rumah sendiri tercapai.

Related : sistem permohonan rumah impian bangsa, projek ribj, sultan ibrahim ibni almarhum sultan iskandar,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *