Ringkasan Kandungan Intipati Bajet 2023 Malaysia. Pasti ramai yang menanti penuh debar Pembentangan Bajet 2023 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 7 Oktober 2022. Pembentangan akan dibuat oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat bermula jam 400 petang. Siaran langsung pembentangan akan disiarkan secara langsung di saluran TV dan Radio utama di Malaysia.
Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran langsung pembentangan di TV utama Malaysia, berikut dikongsikan Intipati Bajet 2023 Malaysia. Ringkasan isi kandungan penting pembentangan Belanjawan 2023 akan dikemaskini selepas pembentangan tamat.
Isi Kandungan
Ringkasan Kandungan Intipati Bajet 2023 Malaysia
Berdasarkan sumber dari Jabatan Penerangan Malaysia, Bajet 2023 akan dibentangkan semula di Parlimen oleh Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.
Informasi-informasi penting berkaitan pembentangan Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober 2022 adalah seperti berikut :-
Tema Bajet 2023
-Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan ke arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia
Fokus Utama
Kementerian Kewangan telah menggariskan beberapa fokus utama pada pembentangan belanjawan kerajaan bagi tahun 2023 iaitu :-
1.Memperkukuh momentum pemulihan ekonomi
2. Memperkukuh daya ketahanan ekonomi negara
3. Melaksana Pembaharuan Komprehensif
Intipati Bajet 2023
Ringkasan intipati bajet 2023 akan dikemaskini sebaik sahaja dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2022.
Peruntukan Bajet 2023
-RM372.3 bilion diperuntukan secara keseluruhan (?% daripada GDP)
-RM272.3 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan operasi
-RM95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
-RM5 bilion bagi Dana COVID19
-RM2 billion simpanan luar jangka
Isi Penting Pembentangan Belanjawan 2023
Antara perkara-perkara penting sepanajng pembentangan Belanjawan tahun 2023 adalah:
Bantuan Keluarga Malaysia
Kategori baharu bagi isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lima orang anak atau lebih layak untuk mendapat bantuan kewangan sehingga RM2,500.
Manakala isi rumah yang yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai satu sehingga empat orang anak layak menerima bantuan kewangan dari RM1,000 hingga RM2,000
Golongan warga emas bujang dan bujang layak mendapat bantuan kewangan daripada RM350 hingga RM600
Bantuan tambahan bagi ibu dan bapa tunggal yang berada dalam ketegori yang ditetapkan layak mendapat bantuan kewangan RM500
E-Pemula M40 (RM100)
Golongan M40 yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun akan menerima kredit e-wallet sebanyak RM100
E-Pemula Belia (RM200)
Golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa untuk mereka yang berumur 21 tahun ke atas layak untuk menerima kredit e-wallet RM200
Seramai 2 juta penerima layak untuk mendapat manfaat di bawah peruntukkan sebanyak RM400 juta
Pakej Remaja Keluarga Malaysia
Pakej Internet RM30 akan ditawarkan selama 3 bulan sehingga April 2023
Bantuan Awal Persekolahan
Setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu dan bapa layak menerima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 yang akan dibayar bermula pada Januari 2023
Rancangan Makanan Tambahan
Kerajaan menaikkan kadar makanan bermasak RMT daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung Malaysia manakala daripada RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan berkuatkuasa bulan Oktober 2022.
Diskaun PTPTN
Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.
Peminjam PTPTN layak untuk mendapat potongan/ diskaun daripada tempoh 1 November 2022 hingga 30 April 2023 mengikut kadar seperti berikut:
-20% untuk penyelesaian penuh pinjaman
-15% untuk pembayaran 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman
-15% untuk pembayaran secara potongan gaji
Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia (RM500)
Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 kepada ibu isi rumah penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang melahirkan anak pada tahun 2023
Bantuan kepada pesawah padi (RM200)
Bantuan kewangan bagi pesawah sebanyak RM200 setiap bulan selama tiga bulan atau semusim dan memanfaatkan 240,000 penerima
Bantuan Musim Tengkujuh, BMT (RM800)
Bantuan dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 kepada pekebun kecil getah yang memanfaatkan seramai 320 ribu pekebun kecil
Geran One off (RM1,000)
Untuk syarikat PKMS berdaftar dan teksi pemandu berdaftar kepada 1 juta penerima
Bonus Aidilfitri Penjawat Awam (RM600)
Penjawat awam akan mendapat bonus sempena sambutan Aidilfitri sebanyak RM600 pada Mac 2023
Pemberian Khas Secara One-Off (RM500)
Pemberian khas kewangan kepada guru KAFA, takmir, imam, bilal, siak, noja, dan marbut yang memanfaatkan seramai 72,000 orang
Subsidi Bil Elektrik (B40)
Kerajaan akan memberi subsidi bil elektrik sehingga RM40 yang diperluas mengikut Paras Garis Kemiskinan Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169
Cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan
Kerajaan mengumumkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih RM50,000 hingga RM100,000
-Banjaran pendapatan bercukai lebih RM50,000 – RM70,000: diturunkan daripada 13% kepada 11%
-Banjaran pendapatan bercukai lebih RM70,000 – RM100,000: diturunkan daripada 21% kepada 19%
Subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks
Kerajaan akan memperuntukkan RM11 juta untuk memperbanyakkan ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks
Amanah Saham Bumiputera
Jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000
BSN pula akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk membantu B40 bumiputera melabur dalam ASB dengan tawaran pinjaman pada kadar 1.5% melibatkan dana 100 juta ringgit.
Kasih Suri Keluarga Malaysia
Suri rumah yang mencarum KWSP minimum RM60 setahun akan mendapat insentif padanan tambahan Kerajaan bernilai sehingga RM600 setahun. Ia merangkumi RM480 simpanan KWSP serta RM120 caruman Skim PERKESO
Pengecualian Duti Setem
Bagi urusan surat cara pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman bagi rumah bernilai lebih RM500,000 hingga RM1 juta, pengecualian bayaran duti setem akan dinaikkan daripada 50% kepada 75%.
Pas My50
Kerajaan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 untuk warga Lembah Klang yang menggunakan rel dan bas.
OKU
-Pengecualian bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk memperkasa Skim 1 OKU 1 Perniagaan
-RM10 juta disediakan bagi pemberian baucar perjalanan kepada OKU melalui e-hailing
Untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai Intipati Bajet 2023 : Ucapan Bajet 2023
Video Ucapan Pembentangan Bajet 2023
Intipati Bajet 2022
Tumpuan-tumpuan penting dalam pembentangan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz adalah seperti berikut :-
Peruntukan Bajet 2022
-Sejumlah RM322.1bilion diperuntukan secara keseluruhan
-RM233.5 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan operasi
-RM75.6 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan
-RM23 bilion untuk perbelanjaan berkaitan COVID-19
-RM2 bilion untuk simpanan luar jangka
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Jumlah Bantuan:-
Pendapatan isi rumah > RM2500 sebulan
-RM2,000 : Bagi keluarga yang mempunyai lebih dari 3 orang anak
-RM1,500 : Bagi keluarga yang mempunyai anak seorang sehingga 2 orang anak
-RM1,000 : Tiada anak
Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000
-RM800 : Bagi keluarga yang mempunyai lebih dari 3 orang anak
-RM600 : Bagi keluarga yang mempunyai anak seorang sehingga 2 orang anak
-RM400 : Tiada anak
Bagi warga emas bujang/ tiada pasangan yang berpendapatan di bawah RM5,000 akan mendapat
-RM600
Bujang berpendapatan bawah RM2,500
-RM350
Jumlah tambahan
-RM500 : Tambahan bagi Ibu/Bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000
-RM300 : Tambahan untuk isi rumah warga emas berpasangan dan mempunyai anak tanggungan
Maklumat lanjut boleh dibuka pada pautan berikut :- Cara Apply BKM
Bantuan Awal Persekolahan
Jumlah bantuan dinaikkan RM50 daripada jumlah bantuan sebelum ini iaitu:
-RM150 : setiap murid
Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Bermula 1 November 2021 hingga 31 April 2022
-15% Baki hutang penyelesaian penuh
-12% bayaran >50% baki hutang dalam sekali bayaran
-10% bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual
Program Baucar Perlindungan Tenang
-Dinaikkan kepada RM75 khusus bagi golongan B40
-Baucar juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans motorsikal 150cc dan ke bawah
Tanggungan Lesen Kenderaan Motor OKU
-Kerajaan akan menanggung sepenuhnya lesen kenderaan motor bagi semua golongan OKU
Belia e-Start
Kerajaan akan memperkasa penggunaan e-wallet dalam golongan belia dengan memberikan:
-RM150 secara one-off kepada 2 juta belia berumur 18 – 20 tahun
-Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian
Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar
Guru-guru di bawah KPM akan mendapat bantuan untuk membeli alat bantuan mengajar secara one-off:
-RM100
PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Khusus bagi pelajar yang berasal daripada keluarga B40 akan mendapat bantuan peranti untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Shop Malaysia Online
Usahawan e-dagang layak untuk mendapat manfaat sehingga RM2,000 untuk aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital
Program Subsidi Upah (PSU) Bersasar
Khusus kepada pemain industri pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30%, kerajaan akan terus memberikan Program Subsidi Upah (PSU).
Bonus Penjawat Awam
-RM200 : Insentif kepada pembantu Pembangunan Masyarakat Gred s19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14
-RM700 : Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah
-RM350 : Bantuan Khas Kewangan kepada pesara kerajaan
Bantuan Khas Imam, Bilal, Guru KAFA
-RM500 secara one-off kepada RM70 ribu orang imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru KAFA
Duti Eksais Rokok Elektronik/ Vape
-Pengenalan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape
mySalam
-Perlindungan yang ditawarkan diperluas bagi perbelanjaan stent jantung. Skim ini juga dipanjangkan kepada penerima BKM dan manfaatnya turut diberikan kepada penerima yang layak.
Dana Bantuan Sementara Bas Henti-Henti
-RM50/sebulan : Pas perjalanan bas dan rel tanpa had untuk pengguna terutamanya di Lembah Klang
Program MyKasih Kapital
-Bantuan asas modal perniagaan serta bimbingan bagi menggalakkan golongan wanita menjana pendapatan dari rumah
Subsidi Kerusi Keselamatan Kereta Bagi Kanak-Kanak
Bagi memastikan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta keluarga B40, kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak:
-50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak
SUMBER Intipati Bajet 2022 : Ucapan Bajet MoF
Semoga Intipati Bajet 2023 yang akan dibentangkan kali ini mampu mengembirakan semua warga Malaysia.
Related : pandemik covid-19, sektor ekonomi, membantu golongan, rakyat malaysia, ekonomi negara, beliau berkata, menteri kewangan tengku datuk seri zafrul tengku abdul aziz, rm30 juta, pelajar ipt, jun 2022, memberi manfaat, rm1 bilion, pelepasan cukai, 15 peratus, rm1.2 bilion, peralatan perubatan, 20 peratus, inisiatif cahayamata keluarga malaysia, rm100 juta, sara hidup,