Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalan. Tarikh pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Format & Contoh Soalan

Perhatian kepada guru dan pelajar sekolah rendah Tahun Empat, Lima dan Enam serta sekolah menengah Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Selepas Pentaksiran Tingkatan 3 dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dimansuhkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu ujian bagi menambah baik Pentaksiran Berasaskan Sekolah antara komponennya termasuklah pentaksiran bilik darjah pbd. Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) : Format & Contoh Soalan.

Usaha pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah bermula sejak tahun 2021 yang memfokuskan perkembangan dan pencapaian murid, peningkatan autonomi sekolah, pengiktirafan profesionalisme guru serta menambah baik PBS. Ujian ini ialah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBS sumatif di akhir kalendar akademik. Ianya adalah bukan pentaksiran pusat dan berperanan membandingkan prestasi murid sebaliknya menguji tahap kognitif pelajar tanpa sebarang perbandingan.

Ujian Akhir Sesi Akademik UASA

Format Ujian Akhir Sesi Akademik – UASA & Contoh Soalan

Maklumat berkaitan Ujian Akhir Sesi Akademik yang dikongsikan di bawah adalah berdasarkan kepada perkongsian Buku Format Instrumen Pentaksiran UASA oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Murid Yang Terlibat

Ujian ini hanya akan melibatkan murid-murid seperti berikut:

– Sekolah Rendah tahap dua : Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

– Sekolah Menengah : Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3

Mata Pelajaran Yang Terlibat

Di bawah pula adalah senarai mata pelajaran yang terlibat dalam ujian ini bagi sekolah rendah dan sekolah menengah:

Sekolah Rendah :

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sains

Sejarah

Sekolah Menengah :

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Pendidikan Islam/ Moral

Sejarah

Sains

Geografi

Asas Sains Komputer

Reka Bentuk dan Teknologi

Bahasa Arab

Maharat Al-Quran

Al-Lughah/ Al-Arabiah, Al-Mu’asirah

Al-Syariah

Usul Al-Din

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Bahasa Punjabi

Bahasa Kadazandusun

Bahasa Iban

Bahasa Semai

Tahap Penilaian UASA

Penyataan tahap penilaian atau penguasaan murid dalam ujian akan diukur berdasarkan enam tahap.  Setiap tahap mempunyai penerangan tahap pencapaian seorang pelajar dan tidak lagi bersandarkan gred atau markah.

TP1 : Tahu

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas

TP2 : Tahu dan Faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari

TP3 : Tahu, Faham dan Boleh Buat

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi

TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik

TP5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersiakp positif

TP6 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi

Tarikh Pelaksanaan UASA

Pihak sekolah dikehendaki untuk memuat turun dan mencetak soalan mengikut mata pelajaran yang ada di sekolah masing-masing pada 2 – 20 Januari 2024. Pelaksanaan peperiksaan ujian dijangka pada:

  • 2 hingga 27 Januari 2024

Jadual-Kerja-Ujian-Akhir-Sesi-Akademik-20232024-1Jadual-Kerja-Ujian-Akhir-Sesi-Akademik-20232024-2

Pautan muat turun dokumen Pengurusan Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024:

Format UASA

Antara objektif ujian ini adalah untuk menilai murid-murid melalui kemahiran kognitif/ intelektual serta penguasaan mereka dalam setiap mata pelajaran menerusi ujian bertulis sepenuhnya. Oleh itu, KPM menyediakan buku format sebagai panduan kepada guru dalam menyediakan soalan peperiksaan ujian ini.

Format Ujian Akhir Sesi Akademik Sekolah Rendah

Berikut dikongsikan format pentaksiran UASA yang disediakan oleh KPM untuk sekolah rendah mengikut mata pelajaran:

1) Bahasa Melayu

Ujian Akhir Sesi Akademik bm

2) Bahasa Inggeris

Ujian Akhir Sesi Akademik bi

3) Matematik

Ujian Akhir Sesi Akademik matematik
4) Sains

Ujian Akhir Sesi Akademik sains

5) Sejarah 

Ujian Akhir Sesi Akademik sejarah

Untuk memuat turun Buku Format Instrumen Sekolah Rendah, sila buka pautan di bawah

Format Ujian Akhir Sesi Akademik Sekolah Menengah

Di bawah pula dikongsikan format pentaksiran yang disediakan oleh KPM untuk sekolah menengah mengikut mata pelajaran:

1) Bahasa Melayu

2) Bahasa Inggeris

 

4) Sejarah

5) Geografi

6) Sains

7) Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai

8) Bahasa Arab

9) Pendidikan Islam

10) Maharat Al Quran

11) Usul Al Din

12) Al Syariah

Ujian Akhir Sesi Akademik

13) Al Lughah Al Arabiah Al Mu’asirah

Ujian Akhir Sesi Akademik

14) Reka Bentuk Dan Teknologi

Ujian Akhir Sesi Akademik

15) Asas Sains Komputer

Ujian Akhir Sesi Akademik

Buku Format Instrumen Sekolah Menengah boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:

Contoh Soalan Ujian Akhir Sesi Akademik

Untuk makluman guru, soalan peperiksaan ujian akan dijana melalui aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen (APPI), iaitu sebuah sistem baharu yang dibangunkan oleh KPM.

Pihak sekolah juga kemudian akan diminta untuk muat turun bank soalan menerusi aplikasi tersebut pada garis masa yang ditentukan oleh pihak KPM. Murid pula boleh merujuk contoh soalan ujian seperti di bawah:

Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu Menengah Rendah

Berikut adalah contoh soalan yang dikongsikan di DIDIKTV Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Menengah Rendah iaitu tingkatan 1 2 dan 3:

Ujian Akhir Sesi Akademik

Contoh-contoh soalan bagi mata pelajaran yang lain boleh dirujuk pada perkongsian yang dibuat di saluran rasmi Youtube DIDIKTV oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan berikut :

Video Pengenalan UASA

Related : kelas yang ditentukan oleh pihak kpm, melaksanakan sesuatu kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik bersikap positif kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi, pengenalan ujian pencapaian sekolah rendah upsr dan pentaksiran tingkatan 3 pt3, pelaksanaan ujian pencapaian sekolah rendah upsr dan pentaksiran tingkatan 3 pt3, panduan penskoran akan dilaksanakan, peperiksaan uasa dijangka akan berlangsung sekitar minggu ketiga januari sehingga pertengahan februari 2023, diberikan melalui aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen appi iaitu sebuah sistem baharu yang dibangunkan oleh kpm, dijangka akan dijana melalui aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen appi iaitu sebuah sistem baharu yang dibangunkan oleh kpm, murid dalam setiap mata pelajaran, tahap penguasaan, 6 di sekolah rendah dan tingkatan 1 hingga 3 di sekolah menengah, pihak sekolah rendah tahun 4 5 dan 6, membandingkan prestasi ataupun pencapaian antara murid sekolah daerah dan negeri,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *