Format Baharu SPM Mulai 2021 (Semua Mata Pelajaran). Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan format baru bagi peperiksaan spm terkini.

Format Baharu SPM Mulai 2021 (Semua Mata Pelajaran)

Perhatian buat semua guru-guru serta para pelajar khususnya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal memperkenalkan format baru bagi SPM 2021. Format tersebut akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pendidikan dijangka pada pertengahan bulan Mac 2020. Maklumat berkaitan Format Baharu SPM akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi di Portal Lembaga Peperiksaan, KPM.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, format tersebut ketika ini dalam peringkat akhir sebelum dimuktamadkan. Ianya hampir selesai dan dijangka akan dibuka bagi pendaftaran format kepada sekolah mulai Mac ini. Pengenalan format baharu ini adalah sejajar dengan pengenalan pakej mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pakej Sastera dan Kemanusiaan

format baharu spm

Format Baharu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2021

Pengenalan pakej mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di mana aliran sains dan sastera dimansuhkan telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam format peperiksaan SPM 2021.

Disamping itu terdapat kegusaran dalam kalangan ibu bapa terhadap format tersebut susulan penggubalan kurikulum pelajaran baharu.

Berikut disediakan maklumat mengenai format baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 2021. Ini termasuklah tarikh perlaksanaan dan lain-lain maklumat yang berkaitan.

Tarikh Perlaksanaan Format Baharu SPM

Seperti yang dimaklumkan, KPM masih dalam proses memuktamadkan format tersebut dan kini berada di peringkat akhir.

  • Tarikh Pelaksanaan: Sesi Persekolahan Tahun 2021
  • Tarikh Pendaftaran Format Baharu : Mac 2020

Muat Turun Format Instrumen Peperiksaan SPM Mulai Tahun 2021

Format Baharu Instrumen Peperiksaan SPM 2021

Untuk merujuk mata pelajaran yang diubah format, sila rujuk lampiran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan yang merangkumi jenis instrumen, jenis item, bilangan soalan, jumlah markah, tempoh ujian dan kaedah penskoran.

1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris

3. Bahasa Cina

4. Bahasa Tamil

5. Bahasa Iban

6. Bahasa Kadazandusun

7. Bahasa Punjabi

8. Bahasa Semai

9. Bible Knowledge

10. Kesusasteraan Melayu

11. Kesusasteraan Inggeris

12. Kesusasteraan Cina

13. Kesusasteraan Tamil

14. Matematik

15. Matematik Tambahan

16. Sains

17. Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan

18. Pendidikan Islam

19. Bahasa Arab

20. Tassawur Islam

21. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah

22. Syariah Islamiah

23. Sejarah

24. Geografi

25. Pendidikan Moral

26. Pendidikan Seni Dan Visual

27. Pendidikan Muzik

28. Pengajian Keusahawanan

29. Bahasa Jepun/ Bahasa Jerman

30. Bahasa Korea/ Bahasa Cina Komunikasi

Bagi mata pelajaran elektif teknikal (Sekolah Menengah Teknik) format peperiksaan dan manual pentaksiran boleh dirujuk pada pautan berikut :

  1. Lukisan Kejuruteraan : Format SPM/ Manual Pentaksiran Kerja Kursus
  2. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal : Format SPM/ Manual Pentaksiran Kerja Kursus
  3. Pengajian Kejuruteraan Awam : Format SPM/ Manual Pentaksiran Kerja Kursus
  4. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik : Format SPM/ Manual Pentaksiran Kerja Kursus

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dan hubungi maklumat yang disediakan di bawah:

  • No Telefon: 03-8870 6000
  • Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
    Sektor Pendidikan Tinggi,
    No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
    62200 Putrajaya, Malaysia.
  • Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan

Diharapkan perkongsian di atas dapat membantu memudahkan para pelajar dan guru serta ibu bapa/ penjaga untuk memahami dan mengetahui lebih lanjut. Semoga berjaya buat mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Related : spm stpm muet, menggunakan format baharu, tingkatan 4, soalan peperiksaan, format baharu soalan, spm 2021 sejajar dengan pengenalan pakej mata pelajaran sains teknologi kejuruteraan dan matematik stem serta pakej sastera dan kemanusiaan yang mula dilaksanakan untuk pelajar tingkatan empat pada tahun 2020, kementerian pendidikan malaysia kpm akan memperkenalkan format baharu bagi peperiksaan, pelajaran malaysia spm 2021, bahasa arab, mata pelajaran berkaitan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *