in

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Atau Cuit Sakit. Ramai ibu bapa dan pelajar yang banyak membuat carian tentang contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah. Berikut dikongsikan contoh yang mudah dan ringkas beberapa surat rasmi makluman kepada pihak sekolah akan ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa sijil sakit ataupun atas alasan lain yang kukuh atau munasabah. Antara alasan yang diberikan oleh ibu bapa atau pelajar adalah demam, sakit, masalah keluarga dan sebagainya.

Surat rasmi permohonan cuti sekolah ini penting dalam memastikan rekod berhenti sekolah pelajar kelak berada dalam keadaan yang baik. Ianya sekaligus mengelakkan rekod kesalahan ponteng sekolah dicatatkan dalam rekod pelajar. Oleh itu perkongsian contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah ini boleh dijadikan buat semua dalam mengarang satu Surat Rasmi yang terbaik.

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Berikut dikongsikan senarai Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah buat panduan semua. Alasan ketidakhadiran ke sekolah adalah berbeza-beza mengikut individu dan pelajar adalah dilarang untuk menipu alasan tidak ke sekolah.

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah 1

Hasnita binti Abdul Malek,

No.222, Jln Serindit 8,

Taman Indah, 82000 Pontian

Tuan,

Guru Tingkatan 2 Bestari,

SMK Seri Damai,

Jalan Besar

82000 Pontian, Johor Darul Takzim.

PERKARA : TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya adalah ayah kepada Hasnita binti Abdul Malek. Untuk makluman pihak tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada ……………… bersamaan hari Isnin kerana sakit perut.

2. Justeru itu, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran pelajar berkenaan. Anak saya akan hadir ke sekolah seperti biasa apabila pulih daripada sakitnya nanti.

3. Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya,bolehlah pihak sekolah menghubungi saya di talian …………. untuk mendapatkan kepastian.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan saya amat hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

……………………..
(HASNITA BINTI ABDUL MALEK)

012 766XXXX / 017 748XXXX (ABDUL MALEK)

Surat Tidak Hadir Ke Sekolah : Contoh 2

NAMA PELAJAR

ALAMAT

_________________________

_________________________ _________________________

Tarikh: _____/_______/__________

PENGETUA SMK JALAN SEKOLAH

PER : SURAT RASMI TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK/ JAGAAN KE SEKOLAH

Adalah saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Saya ________________________________________ ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama _________________________________________________ dari kelas ____________________ ingin memberikan sebab anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh ________________________.

3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana: ——————-

Antara alasan yang munasabah :-

  1. Anak/jagaan saya sakit/tidak sihat untuk hadir ke sekolah tanpa Sijil Cuti Sakit daripada doktor;
  2. Anak/jagaan saya menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah;
  3. Anak/jagaan saya perlu menghadiri majlis _______________________________________ bersama keluarga;

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar anak saya tidak dikategorikan sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
……………………………………………………..
(                                                                       )

Contoh 3 Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

No. 99, Kampung Baru, ______________________,

Johor. _______________________,

Guru Kelas ______________,

Sekolah ______________________________,

______________

Johor Bahru, Johor.

26 Ogos 2017

Tuan,

PER : Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Saya _________________________ bapa kepada ________________________ ingin menyatakan anak saya tidak dapat hadir ke sekolah selama ________ hari mulai ____________hingga __________ 2017.

3.Ketidakhadirannya adalah disebabkan_________________________________________ _________________________________________. Saya berjanji bahawa anak saya akan kembali semula ke sekolah pada _____________ 2017.

4. Adalah diharapkan pihak tuan dapat menyimpan segala nota dan lembaran kerja bagi pihak anak saya.

5.Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian,terima kasih.

Yang Benar

………………………….

(____________________)

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah 4

Lot 33,Fasa 1B,

Taman Botani

Jasin, Melaka. _______________________________________________________________________________

Guru Kelas ………

SK Seri Botani

Jasin, Melaka

21 OGOS 2017

Tuan/Puan,

Ketidakhadiran ke sekolah

Berhubung dengan perkara seperti di atas saya selaku ibu kepada pelajar ……………… dari kelas 5 Kerjasama

2. Ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada …………………….

3. Hal ini disebabkan masalah peribadi keluarga dan hal yang tidak dapat dielakkan.

4. Dengan itu,saya mengharapkan pihak sekolah dapat memberikan kerjasama dan perhatian sewajarnya kepada ketidakhadiran anak saya ke sekolah.Saya memohon maaf atas kelewatan menghantar surat oleh sebab kekurangan masa lapang.segala jasa baik pihak sekolah amat saya hargai.

Yang benar,
……….
…………………

Semoga perkongsian Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah dapat membantu anda untuk membuat satu surat rasmi yang terbaik. Ingat, ponteng sekolah tanpa alasan yang kukuh dan munasabah adalah salah. Jom ke sekolah untuk menimba ilmu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

pembiayaan rawatan kesihatan asas di klinik swasta

Permohonan Kad Sihat Johor 2019 Online

Format Baharu Pentaksiran PT3 Tahun 2019

Format Baharu Pentaksiran PT3 Bermula Tahun 2019