Tarikh Pembayaran BKC Bantuan Khas Covid 19 & Semakan Status. permohonan Bantuan miskin tegar, b40 & m40. isi rumah & bujang.

Tarikh Pembayaran BKC Bantuan Khas Covid 19 & Semakan Status

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri telah membuat pengumuman Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Susulan penyambungan PKP sehingga nilai kes COVID-19 harian di bawah ambang 4000, kerajaan akan menyalurkan bantuan kerajaan secara tunai kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan terutama Golongan B40. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Bantuan Khas COVID-19 beserta permohonan BKC, semakan BKC, kategori dan jumlah bantuan serta tarikh pembayaran BKC untuk rujukan semua.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau sedar dan faham keadaan hari ini sukar dan ingin membantu rakyat yang terjejas untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, diharapkan bantuan kewangan ini dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan di seluruh Malaysia.

tarikh pembayaran bkc Bantuan Khas Covid 19

Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung one off yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Terkini : Bayaran BKC Fasa 3 akan dibuat mulai 20 Disember 2021, Isnin menurut kenyataan Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.

Kemaskini November 2021 : Perdana Menteri mengumumkan pembayaran Fasa Dua Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat bermula 25 November 2021 bersamaan hari khamis.

Kemaskini September 2021 : Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan proses pengkreditan Fasa 1 BKC bermula 6 September hingga 10 September 2021.

Pemberian bantuan khas mengikut kadar dan kategori adalah bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.

Ianya dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu, warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

Di bawah adalah maklumat berkenaan Bantuan Khas COVID-19 untuk makluman semua yang layak menerima bkc:

Borang Permohonan BKC

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

permohonan bkc

Semakan Status BKC 2021 (Kelayakan Terima Bantuan)

Untuk membuat semakan status Bantuan Khas Covid, sila layari laman web rasmi pada pautan berikut:

Isikan nombor kad pengenalan anda dan log masuk menggunakan kata laluan yang sama seperti akaun Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda.

Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tarikh Pembayaran BKC Fasa 1, 2 & 3, Kategori Dan Jumlah Bantuan COVID 19

Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa satu akan dibayar bermula 6 september 2021, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Bayaran secara berperingkat yang dibuat bermula 6 September ini dijangka selesai 10 September.

Bemula pada tarikh yang dinyatakan di atas, kategori penerima di bawah akan menerima bantuan berdasarkan amaun kelayakan seperti berikut :

i) Miskin Tegar

Tiga kategori penerima di bawah miskin tegar akan menerima bayaran seperti berikut :-

  • a) Isi Rumah
    • Bakal menerima bantuan sebanyak RM1,300 dimana RM500 pada 6 – 10 September 2021, RM500 mulai 25 November, dan RM300 pada 20 Disember 2021.
  • b) Warga Emas Sebatang Kara (WE)
    • Jumlah bantuan RM500 dimana RM200 di bayar pada 6 – 10 September 2021 dan RM300 mulai 25  November
  • c) Bujang
    • Jumlah bantuan RM500 yang dibayar pada 6 – 10 September 2021 (RM200) dan RM300 (mulai 25 November)

ii) B40

Tiga kategori penerima di bawah B40 akan menerima bayaran seperti berikut :-

  • a) Isi Rumah
    • Bakal menerima bantuan sebanyak RM800 dimana RM500 pada 6 – 10 September 2021 dan baki RM300 pada 20 Disember 2021.
  • b) Warga Emas Sebatang Kara (WE)
    • Jumlah bantuan RM200 dimana RM200 di bayar pada 6 – 10 September 2021
  • c) Bujang
    • Jumlah bantuan RM200 yang dibayar sekaligus pada 6 – 10 September 2021

iii) M40

Tiga kategori penerima di bawah M40 akan menerima bayaran seperti berikut :-

  • a) Isi Rumah
    • Bakal menerima bantuan sebanyak RM250 yang dibayar pada 6 – 10 September 2021
  • b) Warga Emas Sebatang Kara (WE)
    • Jumlah bantuan RM100 yang dibayar sekaligus pada 6 – 10 September 2021
  • c) Bujang
    • Jumlah bantuan RM100 yang dibayar pada 6 – 10 September 2021

jumlah bayaran bkc bantuan khas covid
Untuk paparan payment BKC yang lebih jelas, rujuk jadual berikut :-

*Payment bulan Ogos telah ditangguh ke 6 hingga 10 September 2021.

tarikh pembayaran bkc bantuan khas covid

Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang

Nota : Payment dibuat berdasarkan kaedah payment seperti berikut:

  1. Miskin Tegar & B40 : Akaun bank yang telah didaftarkan semasa application BantuanPrihatin 2021
  2. M40 : Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

Info Lanjut Bantuan

Maklumat lanjut berkenaan Bantuan Khas COVID-19 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Related : kementerian kewangan, 29 Jun, individu bujang, kategori miskin tegar, kategori b40, cara permohonan, cara mohon bantuan makanan, pengeluaran kwsp, jadual pembayaran, b40 akan menerima bantuan, jumlah bayaran, pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi pemulih, ringgit pada bulan ogos, kategori b40 akan menerima, rm9,000 untuk isi rumah, bawah pakej, rm2,501 hingga rm5,000 untuk, bayaran bkc yang sepatutnya, dana berjumlah rm3.1 bilion, cukai pendapatan dengan jumlah, bayaran fasa, inisiatif pakej perlindungan rakyat, rm5,001 hingga rm9,000, bawah untuk,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *