Semakan BSH Bujang & Isi Rumah 2020 Online Semak Status MyBSH

Cara Semak Status BSH Online. Berita baik buat para penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Kerajaan Baharu di bawah Pakatan Harapan telah mengumumkan dalam Belanjawan 2020 bahawa bantuan untuk golongan berpendapatan rendah dan berkelayakan akan diteruskan. Sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Berikut dikongsikan cara membuat semakan BSH Bujang dan Isi Rumah secara online iaitu status permohonan dan permohonan rayuan 2020 melalui MyBSH. Juga dikongsikan cara buat semakan status pemberian Fasa Pertama/ Kedua/ Ketiga BSH 2020 yang boleh disemak di Portal Rasmi BSH.

Kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara tanpa meningkatkan beban hutang yang ditanggung kerajaan pada masa kini. Sehubungan itu, menerusi makluman Menteri Kewangan, sejumlah 3.8 juta penerima akan menerima BSH tahun 2020 Fasa 1 (berdasarkan pengkalan data BSH 2019) yang membabitkan anggaran peruntukkan sebanyak RM1.0 bilion pada 20 Januari 2020 (tarikh bayaran). Tambahan RM100 juga diberikan dan dibayar pada Julai 2020. Untuk makluman, jumlah BSH dan kategori penerima BSH telah di susun semula kepada 3 kategori suri rumah berpendapatan sehingga RM4,000, bujang dan OKU.

Semakan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat mybsh

Semakan Status Penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian BPN pada Pakej Rangsangan Ekonomi. Bayaran dibuat dalam dua fasa iiatu Fasa 1 dan Fasa Kedua (Fasa 2 bulan Mei). Juga bpn 2.0

Berikut adalah panduan cara semak penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) :-

Semakan BPN

BPN Online

  • 1. Masukkan No. Kad Pengenalan – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123
  • 2. Masukkan Kod captcha yang diberikan, dan
  • 3. Keputusan akan dipaparkan
  • 4. Kekiranya status semakan adalah “TIADA REKOD”, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik “Permohonan Baharu” bermula 1 April sehingga 30 April 2020.
  • Untuk permohonan yang TIDAK BERJAYA, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian dengan melayari Portal Rasmi LHDNM bermula 3 April 2020

Semakan BSH 2020 secara online – Status Kelulusan Dan Kemaskini Serta Status Rayuan Bantuan Sara Hidup Rakyat

Walaupun BR1M telah digantikan dengan Bantuan Sara Hidup BSH 2020, pemohon masih boleh membuat semakan status permohonan dan permohonan rayuan (semakan MyBSH) mereka serta kemaskini BSH (Kemaskini maklumat) melalui Laman Web MyBSH.

TERKINI: Semakan status rayuan BSH boleh dibuat mulai 16 November 2020 di portal rasmi BSH. Tarikh pembayaran akan diumumkan oleh kerajaan dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan langkah dan cara-cara membuat semakan :

Semakan BSH Secara Online (MyBSH)

Semakan Kelayakan BSH/ Status Bayaran

MyBSH 2020

MyBSH Kategori Bujang 2020

  • 1. Masukkan No. Kad Pengenalan – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123
  • 2. Klik butang SEMAK
  • 3. Mohon NO TAC. Pastikan anda telah mendaftar Nombor Telefon Bimbit (Handphone) semasa permohonan BSH 2018 bagi membolehkan semakan dibuat melalui Portal Rasmi BSH
  • 4. Nombor TAC akan dihantar ke Nombor Handphone . Masukkan NO TAC dan tekan butang HANTAR
  • 5. NO TAC sah digunakan selama 6 jam. Sekiranya selepas 6 jam, pemohon dikehendaki semula memohon NO TAC
  • 6. Selain boleh membuat semakan status, pengguna juga boleh membuat cetakan dan membaca peti mel

Cara Mendaftar/ Menukar No Telefon Bimbit

  • 1. Sekiranya anda penerima bayaran Fasa (1) Pertama BSH 2019, anda boleh hadir ke LHDNM bagi mengemas kini / mendaftar Nombor Tel Bimbit dengan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019 atau semasa membuat kemas kini permohonan BSH 2019 mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019.
  • 2. Sekiranya anda bukan penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019, anda boleh membuat Permohonan Baru dan mendaftarkan No Tel Bimbit mulai 1hb Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

Berikut adalah sebahagian daripada soalan lazim (FAQ) berkaitan semakan melalui MYBSH :-

Soalan Lazim FAQ Semakan MyBSH

  • 1. Mesej semakan dengan status “TIADA REKOD” dipaparkan kerana anda tidak tersenarai sebagai penerima bayaran Fasa Pertama BSH tahun 2019 atau tidak pernah membuat Permohonan BSH sebelum ini. Oleh itu, anda boleh membuat Permohonan Baharu mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019
  • 2. Apabila saya log masuk MyBSH dan masukkan Nombor TAC, paparan mesej “TAC Tidak Sah. TAC yang anda masukkan tidak sah. Sila cuba semula”. Apa yang perlu saya lakukan?
    • Anda perlu masukkan Nombor TAC yang betul dan masih sah tempoh
  • 3. Apabila saya log masuk MyBSH dan masukkan Nombor MyKad, paparan mesej semakan “ Sila hadir ke Cawangan LHDNM untuk kemas kini No. Telefon”. Apa yang perlu saya lakukan?
    • Mesej berkenaan dipaparkan kerana Permohonan BSH sebelum ini tidak didaftarkan Nombor Telefon Bimbit. Oleh itu, anda perlu datang ke Cawangan LHDNM bagi mendaftar Nombor Tel Bimbit dengan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019 atau membuat kemas kini permohonan BSH 2019 dan mendaftarkan Nombor baru Telefon Bimbit mulai 1hb Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019
  • 4. DALAM PROSES BAYARAN adalah merujuk kepada data pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 dalam proses pengkreditan ke akaun mulai 28 Januari 2019

Muat Turun Soalan Lazim Dalam PDF

Status Semakan BSH 2021 – 2020

  1. PERMOHONAN DITERIMA ialah Permohonan telah dikemaskini bagi BSH 2020 tetapi belum menjalani proses semakan dan verifikasi kelayakan
  2. BELUM KEMAS KINI ialah Permohonan BSH sebelum ini yang telah di bawa ke BSH 2020. Sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat, tindakan kemas kini tidak perlu dibuat. Permohonan berkenaan akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan berdasarkan maklumat BSH sebelum ini.
  3. TIDAK LAYAK : Sila hubungi cawangan LHDNM berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
  4. TIADA REKOD : Mesej berkenaan dipaparkan kerana anda tidak mempunyai rekod Permohonan BSH sebelum ini. Oleh itu, anda boleh membuat Permohonan Baharu mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
  5. DALAM PROSES PENGKREDITAN adalah merujuk kepada data pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 dalam proses pengkreditan ke akaun mulai 20 Januari 2020. Anda boleh membuat semakan pada penyata akaun bank penerima mulai 20 Januari 2020.
  6. Sekiranya Status Kredit yang dipaparkan adalah Gagal Kredit, Surat Makluman Bayaran Fasa Pertama Gagal Kredit BSH 2020 akan diposkan kepada penerima bagi penunaian di Kaunter BSN. Jika penerima tidak menerima Surat Makluman berkenaan, penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad setelah Maklumat No Baucar dipaparkan pada Maklumat Pembayaran
  7. PEMBAYARAN SECARA TUNAI adalah merujuk kepada pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian Fasa Pertama BSH 2020 di Kaunter BSN mulai 1 Februari 2020.

BSH Bujang 2020 Layak Terima Bayaran RM300 (Bantuan Sara Hidup Rakyat)

Berita baik buat rakyat Malaysia yang berstatus bujang dan berpendapatan rendah. Pada Belanjawan 2020, kerajaan telah memperluaskan BSH kepada individu bujang. Tahun sebelumnya, individu yang pernah mendapat Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) pada tahun 2018 mendapat bayaran RM100 sebagai permulaan untuk Bantuan BSH bujang 2019. Menteri Kewangan telah mengumumkan BSH akan diberikan kepada golongan bujang yang menepati syarat kelayakan bsh 2020. Ianya melalui siaran media yang dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia pada 19 Februari 2019. Berikut dijelaskan lebih lanjut mengenai mereka yang layak menerima bayaran RM100 pada hujung bulan Mac 2019 nanti.

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan semula BSH kepada golongan bujang hasil daripada saranan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Menurut beliau, hal mengenai bebanan kos sara hidup perlu diberikan keutamaan khususnya buat golongan yang amat memerlukan dalam tempoh terdekat. Hal itu telah dilaksanakan kerajaan dengan pembayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 yang telah dibayar kepada semua isi rumah yang berkeluarga meskipun mengikut pengkalan data lama yang belum dikemaskini.

semakan BSH Bujang online

Tambahan Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau memberi saranan agar bantuan turut diberikan kepada anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi memperoleh pendapatan yang kecil. Memandangkan keputusan kabinet pada tahun lalu menunjukkan permohonan BSH 2019 memberi keutamaan kepada keluarga sahaja dengan kadar tambahan turut diberikan kepada anak di bawah tanggungan, golongan bujang tidak lagi mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan tersebut.

Semakan BSH Bujang 2020

Bagi tahun 2020, Bantuan Sara Hidup (BSH) masih lagi diteruskan. Peruntukan sebanyak RM5 bilion bagi BSH 2020 diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2020.

Sebagai langkah untuk memastikan bahawa inisiatif BSH 2020 disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak sahaja, permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai tarikh berikut:

  • Tarikh Permohonan Baru dan Pengemaskinian : 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020
    • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau; Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat perlu membuat permohonan baharu

Ianya turut diperluaskan kepada individu bujang serta OKU. Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya:

INFO TERKINI: PELAN RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN : BSH

  • Perdana Menteri mengumumkan baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar mulai 24 Julai 2020 (BSH Fasa 3) melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion

INFO TERKINI BSH INDIVIDU BUJANG DAN OKU 2020

Kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan BSH 2020 kepada individu bujang dan OKU yang menepati syarat-syarat seperti di bawah dengan bayaran sebanyak RM3001.Individu bujang dengan kriteria berikut:

  • Umur melebihi 40 tahun
  • Pendapatan sebulan RM2,000 ke bawah

2. Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kriteria seperti berikut:

  • Umur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan sebulan RM2,000 ke bawah

Skim Takaful Kesihatan MySalam juga secara automatik akan diterima oleh penerima BSH 2020 individu bujang dan OKU tanpa sebarang bayaran atau percuma.

*Nota : Pembayaran BSH 2020 untuk kategori OKU dan bujang secara one-off akan disalurkan pada fasa kedua selepas pangkalan data BSH 2020 dikemaskini

Bantuan Prihatin Nasional (BPN Bujang)

Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan tunai secara one-off Bantuan Prihatin Nasional  atau ringkasnya BPN sebanyak RM10 bilion kepada empat kumpulan penerima termasuk golongan M40 menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020.

Antara yang layak menerima BPN berjumlah RM500 hingga RM800 adalah individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan di bawah RM4,000 sebulan.

Mereka yang layak menerima BPN Bujang adalah seperti berikut:-

  1. BPN Bujang B40 (Jumlah Bantuan RM800)
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
    • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah
  2. BPN Bujang M40 (Jumlah Bantuan RM500)
    • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
    • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
  3. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

Semakan BPN Bujang

Untuk menyemak status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional, sila Ikuti langkah-langkah berikut yang dibuat secara atas talian:-

  1. Layari Portal Rasmi Semakan BPN
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan (NO I/C) – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja
  3. Masukkan Kod CAPTCHA yang diberikan, dan
  4. Keputusan akan dipaparkan
    • Sekiranya status semakan adalah “TIADA REKOD”
      • Anda boleh membuat permohonan baharu dengan klik “Permohonan Baharu” bermula 1 April 2020 sehingga 30 April 2020
    • Sekiranya “TIDAK BERJAYA
      • Sila kemukakan rayuan bermula 3 April 2020
  5. Semua penerima Bantuan Prihatin Nasional akan menerima SMS dari nombor 62000 & 63833 atau e-mel secara berperingkat mulai 1 April 2020 berkenaan pemakluman kelayakan menerima BPN.
  6. Sekiranya menerima SMS atau e-mel tersebut, semakan lanjut tidak perlu dibuat dengan LHDNM

Syarat Kelayakan Permohonan BSH 2020

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan baru BSH tahun 2020 buat rujukan pemohon. Mereka yang menepati syarat kelayakan BSH 2020 sahaja layak menerima bantuan :-

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/ MyKAS)
  4. Pasangan BUKAN WARGANEGARA Malaysia dan mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad/ MyKid)
  5. Hubungan anak mestilah
    • a) anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja dan
    • b) Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/ MyKid) sahaja dan
    • c) Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan dan
    • d) 18 tahun dan ke bawah atau
    • e) 19 tahun dan ke atas :
      • Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta atau
        Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  6. Bujang atau ibu/bapa tunggal/balu /janda/duda tidak mempunyai anak yang berumur 40 tahun ke atas serta pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  7. Bujang iaitu orang kurang upaya (OKU) yang berumur 18 tahun dan ke atas serta pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Tidak Layak BSH 2020

Mereka yang tidak layak memohon atau bukan penerima Bantuan Sara Hidup 2020 adalah seperti berikut :-

  1. Pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. Bekerja/ menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 39 tahun dan ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara/ ibu atau bapa tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa menghantar borang permohonan Bantuan Sara Hidup
  6. Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat & Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
    • – Memiliki 2 atau lebih perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian
    • – Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad
    • – Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat
  7. Pemilikan kenderaan bagi tahun buatan/ daftar mulai tahun 2016 dan ke atas berdasarkan keupayaan enjin kenderaan seperti berikut :-
      • Kenderaan keluaran dalam negara melebihi 2000cc
      • Kenderaan keluaran luar negara yang melebihi 1400cc
    • Motosikal yang melebihi 500cc
  8. Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000

Sekiranya anda layak menerima BSH 2020 tetapi permohonan Bantuan Sara Hidup tidak lulus dengan salah satu daripada kod yang dinyatakan di pautan di bawah, sila hadir ke cawangan LHDNM berhampiran untuk membuat permohonan rayuan bermula tarikh 7 Ogos 2020 dengan membawa dokumen seperti dinyatakan berikut:

BSH Payment Date 2020

Soalan Lazim BSH 2020 (FAQ – Soalan Kerap Ditanya Beserta Jawapan MyBSH)

Berikut adalah sebahagian daripada soalan lazim (FAQ) Bantuan Sara Hidup 2020 & MyBSH buat rujukan pemohon atau penerima bantuan seperti dikongsikan dari Portal Rasmi BSH :-

i) Siapakah yang layak menerima pembayaran pada Fasa Pertama BSH 2020?

  • J: Penerima BSH 2020 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah merujuk kepada Pemohon Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melalui semula beberapa proses tapisan Agensi Kerajaan antaranya status pemilikan kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40)

ii) Adakah saya perlu mengemaskini Permohonan BSH 2020 terlebih dahulu sebelum menerima pembayaran Fasa Pertama?

  • J: Tidak. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah berdasarkan data Lulus BSH 2019

iii) Semakan melalui Portal BSH mendapati saya Tidak Layak sebagai penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020 walaupun telah Lulus BSH 2019. Adakah saya akan menerima apa-apa pemakluman daripada LHDNM?

  • J: Ya, tuan akan menerima Surat Makluman BSH 2020 berkaitan Tidak Layak menerima Fasa Pertama BSH 2020. Pemohon lulus BSH 2019 akan melalui proses tapisan Agensi Kerajaan bagi pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

iv) Adakah saya boleh membuat Permohonan BSH 2020 walaupun Tidak Layak sebagai penerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2020?

  • J: Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020. Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020

v) Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya adalah penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020?

  • J: Semakan status bayaran Fasa Pertama BSH 2020 boleh dibuat mulai 20 Januari 2020 melalui:-
    • i. Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my dengan memilih Menu Semakan Status Bayaran (Fasa 1 BSH 2020); atau
    • ii. Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
    • iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    • iv. Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    • v. Hadir ke LHDNM yang berhampiran; atau
    • vi. Surat Makluman Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 diposkan kepada penerima yang layak berdasarkan alamat surat-menyurat yang didaftarkan pada permohonan BSH 2019

vi) Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 melalui Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my)?

  • J: Semakan boleh dibuat pada Menu Semakan Penerima BSH seperti berikut:-
    • i. Klik Menu Semakan Status Bayaran (Fasa 1 BSH 2020)
    • ii. Masukkan Nombor MyKad
    • iii. Isi captcha dan tekan butang Semak
    • iv. Maklumat yang akan dipaparkan
      • a. Status Permohonan
      • b. Maklumat Pembayaran Fasa Pertama (jika layak)

vii) Saya membuat semakan pada Menu Semakan Penerima BSH tetapi mesej yang dipaparkan adalah “Tiada Rekod”, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?

  • J: Mesej berkenaan dipaparkan kerana anda tidak mempunyai rekod Permohonan BSH sebelum ini. Oleh itu, anda boleh membuat Permohonan Baharu mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

viii) Saya membuat semakan pada Menu Semakan Penerima BSH tetapi mesej yang dipaparkan adalah “Tidak Layak menerima Fasa Pertama”, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?

  • J: Mesej berkenaan dipaparkan kerana data BSH 2019 anda telah dibawa ke BSH 2020 dan telah melalui proses tapisan Agensi Kerajaan bagi pembayaran Fasa Pertama BSH 2020. Oleh itu, anda boleh membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020

viv) Apakah yang dimaksudkan dengan status permohonan DALAM PROSES PENGKREDITAN?

  • J: DALAM PROSES PENGKREDITAN adalah merujuk kepada data pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 dalam proses pengkreditan ke akaun bank mulai 20 Januari 2020. Anda boleh membuat semakan pada penyata akaun bank penerima mulai 20 Januari 2020.

x) Saya telah membuat semakan online pada Menu Semakan Penerima BSH dan maklumat pembayaran yang dipaparkan pada Status Kredit adalah Gagal Kredit. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan Bayaran Fasa Pertama berkenaan?

  • J: Sekiranya Status Kredit yang dipaparkan adalah Gagal Kredit, Surat Makluman Bayaran Fasa Pertama Gagal Kredit BSH 2020 akan diposkan kepada penerima bagi penunaian di Kaunter BSN. Jika penerima tidak menerima Surat Makluman berkenaan, penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad setelah Maklumat No Baucar dipaparkan pada Maklumat Pembayaran

xi) Apakah yang dimaksudkan dengan status permohonan PEMBAYARAN SECARA TUNAI?

  • J: PEMBAYARAN SECARA TUNAI adalah merujuk kepada pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian Fasa Pertama BSH 2020 di Kaunter BSN mulai 1 Februari 2020.

xii) Suami saya adalah Penerima BSH 2019 dan telah meninggal dunia pada Disember 2019. Adakah saya layak menerima Fasa Pertama BSH 2020 suami saya?

  • J: Penerima BSH 2019 yang meninggal dunia pada tahun 2019 tidak layak menerima BSH 2020. Anda perlu membuat permohonan baharu BSH 2020 mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan meliputi status borang permohonan Bantuan Sara Hidup dan kemaskini serta permohonan rayuan mula 7 Ogos, penerima Bantuan Sara Hidup boleh menghubungi maklumat berikut untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya :-

1. Sekretariat BSH

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM

  • 1-800-88-2747 (BSHR)
  • Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. Faksimili MOF

  • 03-8882 3933

5. Aplikasi Telefon Pintar

  • Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit

6. Hadir Ke Cawangan LHDNM

  • Datang sendiri ke cawangan berhampiran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Maklumat semakan MyBSH akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Penerima bantuan sara hidup atau pemohon yang ingin mengetahui atau mendapatkan maklumat terkini BSH boleh merujuk panduan pengguna di  Laman Web Rasmi BSH di https://bsh.hasil.gov.my/Home.aspx.

Related : semakan rayuan bsh, bsh 2020 fasa

Tinggalkan Komen