Tarikh Registration Dan Ujian – Kalendar MUET 2023. Panduan buat calon pelajar yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET pada tahun 2023. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan Kalendar Peperiksaan MUET 2023 yang mengandungi tarikh penting berkaitan dengan tarikh register dan ujian speaking dan bertulis. Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree) iaitu kemasukan ke Universiti Awam (UA), adalah wajib bagi anda untuk lulus MUET dengan sekurang-kurang Band 3.
Jadual Peperiksaan MUET 2023 yang dikeluarkan oleh MPM ini adalah edisi terkini pada 5 Januari 2023. Sebarang perubahan tarikh untuk session 1, 2 dan 3 (Mac, Julai dan Oktober) 2023 akan dikongsikan dari masa ke semasa.
Isi Kandungan
Kalendar Peperiksaan MUET 2023 Tarikh Register Dan Ujian Speaking Dan Bertulis
Buat perhatian calon, Peperiksaan MUET atau Malaysian English University Test akan diadakan dalam 3 sesi iaitu 3 kali ujian dalam setahun. Iaitu MUET Sesi Mac, Julai dan Oktober 2023.
Berikut dikongsikan Kalendar Peperiksaan MUET 2023 untuk panduan para calon peperiksaan MUET semua. Antara lain ianya memaparkan maklumat berkaitan tarikh register di buka dan ditutup. Juga dikongsikan adalah tarikh ujian speaking dan ujian bertulis.
- Calon pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada tarikh-tarikh penting tersebut untuk mengelakkan dari terlepas sesi registration setiap sesi terutama sesi 1 dan 2 yang boleh menjejaskan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi melalui UPU.
Calon juga dinasihatkan untuk membuat Semakan Slip Daftar MUET 2023 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.
Tarikh Penting MUET 2023
Berikut adalah tarikh penting yang dikongsikan dari Kalendar Peperiksaan MUET tahun 2023.
Sesi 1 2023
- 7 Disember 2022 : Tarikh Registration dibuka
- 10 Januari 2023 : Tarikh Tutup Registration
- 8, 9, 10, 11, 15 dan 18 Mei 2023 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
- 1 April 2023: Tarikh Ujian Bertulis
Sesi 2 2023
- 28 Februari 2023 : Tarikh Registration dibuka
- 4 April 2023 : Tarikh Registration ditutup
- 13, 14, 15, 19, 20 dan 21 Jun 2023 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
- 15 Julai 2023 : Tarikh Ujian Bertulis
Sesi 3 2023
- 12 Julai 2023 : Tarikh Registration dibuka
- 23 Ogos 2023: Tarikh Tutup Registration
- 30 dan 31 Oktober, 1, 2, 6, 7 November 2023 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
- 18 November 2023: Tarikh Ujian Bertulis
Download Kalendar Peperiksaan MUET 2023
Calon peperiksaan boleh memuat turun Kalendar ini di Laman web MPM
Semoga perkongsian Kalendar Peperiksaan MUET 2023 dari MPM ini bermanfaat buat semua calon. Semoga anda berjaya mendapatkan keputusan peperiksaan dengan cemerlang pada peperiksaan nanti. syarat kemasukan, muet on demand mod