Apa itu MUET on Demand (MoD) perbezaan dengan muet sediada, Penawaran Ujian MoD secara Computer Based Test (CBT) dan perbezaan muet sediada.

Apa Itu MUET on Demand (MoD)?

Penawaran Ujian MUET on Demand (MoD). Berita baik buat pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET selain Sesi MUET sediada iaitu Mac, Julai dan November. Menerusi makluman Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) akan diperkenalkan bermula bulan April 2018. Untuk makluman, pendaftaran MUET pada masa sekarang adalah di buat dalam 3 sesi iaitu Sesi 1, 2 dan 3 (Mac, Julai dan November). Berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan apa itu MUET on Demand (Mod) buat rujukan pelajar.

Penawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET. Dengan ini pelajar tidak perlu menunggu tarikh pendaftaran MUET sesi seterusnya untuk menduduki peperiksaan.

apa itu MUET on Demand (MoD)

Apa Itu MUET on Demand? Perbezaan Dengan MUET Sesi 1, 2 & 3

Mulai Jun 2018, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menambah kaedah pengelolaan Ujian Malaysian University English Test (MUET) sedia ada, iaitu secara MUET on Demand (MoD) yang diadakan secara Computer Based Test (CBT) dan juga Paper Based Test (PBT).

Standard kertas soalan MUET (Listening, Speaking, Reading, dan Writing) bagi kaedah MoD adalah sama dengan kaedah MUET sedia ada (MUET Sesi 1, MUET Sesi 2, dan MUET Sesi 3). Format Ujian MoD juga mengguna pakai Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions MUET sedia ada.

Pewartaan MoD

Ujian MUET on Demand (MoD) Mulai April 2018

Penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) Secara Computer Based Test (CBT)

Berikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) buat panduan pelajar.

  • Mulai bulan April tahun 2018, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan menawarkan Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) dan juga secara konvensional di pusat-pusat ujian tertentu. Standard ujian ini sama seperti standard ujian MUET sedia ada. Ujian ini akan ditawarkan mulai pada bulan April 2018. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Ujian MoD ini, sila layari portal MPM di www.mpm.edu.my.

Perbezaan MUET Sedia Ada Vs MUET MoD CBT

Berikut dikongsikan perbezaan MUET sediada dengan Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) buat panduan pelajar.

MUET Sedia Ada

  1. Peperiksaan akan dijalankan 3 kali setahun iaitu pada Sesi Mac, Julai dan November setiap tahun
  2. Yuran Peperiksaan adalah berjumlah RM100.00
  3. Peperiksaan adalah menggunakan kertas dan pensil
  4. Keputusan peperiksaan MUET boleh diperolehi dalam masa 2 bulan selepas peperiksaan diadakan. Jika peperiksaan diadakan pada sesi Mac maka keputusan akan diumumkan pada bulan Mei. Begitulah seterusnya untuk sesi Julai dan November
  5. Peperiksaan diadakan di semua pusat bertauliah di seluruh negara termasuklah di sekolah-sekolah

MUET on Demand

  1. Berbeza dengan MUET sediada, tarikh peperiksaan MUET on Demand akan diadakan hampir setiap bulan (Untuk tahun 2020, hanya bulan Mei, November dan Disember, ujian tidak diadakan)
  2. Yuran peperiksaan lebih mahal berbanding MUET sediada dimana yuran peperiksaan yang dikenakan adalah berjumlah RM250.00
  3. Peperiksaan MUET CBT dijalankan menggunakan applikasi komputer/ atas talian
  4. Keputusan peperiksaan MUET lebih cepat diumumkan iaitu selepas 3 minggu peperiksaan diadakan
  5. Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan di mana calon boleh memilih pusat peperiksaan

Semoga dengan penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) bermula April 2018 akan dapat membantu pelajar dalam permohonan kemasukan ke UA Ijazah Sarjana Muda dengan lancar untuk masa depan yang cemerlang dan gemilang.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *