Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memperkenalkan Ujian MUET on Demand (MoD) bermula tahun 2018 dalam membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET. Berikut dikongsikan kalendar tarikh penting Pendaftaran MUET on Demand (MoD) secara online tahun 2023 meliputi tarikh pendaftaran dan tarikh ujian.
Penawaran MoD di luar waktu kalendar peperiksaan MUET sesi 1,2 dan 3 setiap tahun akan membolehkan pelajar untuk tidak perlu menunggu tarikh pendaftaran MUET sesi seterusnya bagi menduduki peperiksaan.
Isi Kandungan
MUET on Demand (MoD) : Maklumat Penting Dan Tarikh Pendaftaran/ Ujian
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan MUET on Demand (MoD) buat rujukan calon peperiksaan MUET :-
- 1. MUET on Demand ada menawarkan Computer Based-Test dan Paper Based-Test
- 2. Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap test
- 3. Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan
- 4. Ditawarkan hampir setiap bulan
- 5. Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan
- 6. Keputusan MoD diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan
Tarikh Penting Pendaftaran MUET on Demand (MoD) 2023
Pendaftaran akan dibuka seperti ketetapan tarikh yang dinyatakan dalam jadual berikut.
Berikut adalah maklumat berkaitan tarikh pendaftaran dan ujian MoD yang akan ditawarkan pada tahun 2023.
KALENDAR MUET on DEMAND (MoD) 2023 | ||||
SESI UJIAN | TARIKH | |||
PENDAFTARAN DIBUKA | PENDAFTARAN DITUTUP | TARIKH UJIAN | PENGUMUMAN KEPUTUSAN | |
JANUARI (1) | 29 NOVEMBER 2022 | 13 DISEMBER 2022 | 7 JANUARI 2023 | 30 JANUARI 2023 |
JANUARI (2) | 20 DISEMBER 2022 | 27 DISEMBER 2022 | 19 JANUARI 2023 | 10 FEBRUARI 2023 |
FEBRUARI (1) | 3 JANUARI 2023 | 17 JANUARI 2023 | 11 FEBRUARI 2023 | 2 MAC 2023 |
FEBRUARI (2) | 18 JANUARI 2023 | 24 JANUARI 2023 | 23 FEBRUARI 2023 | 15 MAC 2023 |
MAC (1) | 26 JANUARI 2023 | 6 FEBRUARI 2023 | 4 MAC 2023 | 23 MAC 2023 |
MAC (2) | 8 FEBRUARI 2023 | 14 FEBRUARI 2023 | 5 MAC 2023 | 24 MAC 2023 |
APRIL (2) | 23 FEBRUARI 2023 | 9 MAC 2023 | 1 APRIL 2023 | 17 APRIL 2023 |
MEI (1) | 14 MAC 2023 | 27 MAC 2023 | 13 MEI 2023 | 25 MEI 2023 |
MEI (2) | 14 MAC 2023 | 27 MAC 2023 | 14 MEI 2023 | 26 MEI 2023 |
JUN (1) | 18 APRIL 2023 | 1 MEI 2023 | 10 JUN 2023 | 3 JULAI 2023 |
JUN (2) | 18 APRIL 2023 | 1 MEI 2023 | 11 JUN 2023 | 4 JULAI 2023 |
JULAI (2) | 30 MEI 2023 | 13 JUN 2023 | 15 JULAI 2023 | 3 OGOS 2023 |
OGOS (1) | 4 JULAI 2023 | 17 JULAI 2023 | 13 OGOS 2023 | 4 SEPTEMBER 2023 |
SEPTEMBER (1) | 25 JULAI 2023 | 7 OGOS 2023 | 9 SEPTEMBER 2023 | 2 OKTOBER 2023 |
SEPTEMBER (2) | 9 OGOS 2023 | 15 OGOS 2023 | 10 SEPTEMBER 2023 | 3 OKTOBER 2023 |
OKTOBER (1) | 22 OGOS 2023 | 4 SEPTEMBER 2023 | 14 OKTOBER 2023 | 2 NOVEMBER 2023 |
OKTOBER (2) | 6 SEPTEMBER 2023 | 12 SEPTEMBER 2023 | 15 OKTOBER 2023 | 3 NOVEMBER 2023 |
NOVEMBER (2) | 4 OKTOBER 2023 | 17 OKTOBER 2023 | 18 NOVEMBER 2023 | 7 DISEMBER 2023 |
DISEMBER (1) | 1 NOVEMBER 2023 | 14 NOVEMBER 2023 | 9 DISEMBER 2023 | 29 DISEMBER 2023 |
- APLIKASI PENDAFTARAN ONLINE : DAFTAR ONLINE
- Tiket Ujian MoD (MoD/D) dikeluarkan kepada calon selepas calon daftar MoD
- Calon yang mendaftar dikehenaki melayari Portal MPM untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang MoD dari masa kesemasa. Klik Kalendar Exam.
Nota : *Semua tarikh tertakluk kepada pindaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. **Semua tarikh tertakluk kepada pindaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan tertakluk juga kepada kekosongan di pusat ujian
Berikut dikongsikan perbezaan MUET sediada dengan Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) buat panduan pelajar.
Perbezaan MUET Sediada Vs MUET on Demand (MoD)
Daftar MoD
- Berbeza dengan MUET sediada, tarikh peperiksaan MUET CBT akan diadakan hampir setiap bulan
- Yuran peperiksaan lebih mahal berbanding MUET sediada di mana yuran peperiksaan yang dikenakan adalah berjumlah RM250.00
- Peperiksaan MUET CBT dijalankan menggunakan applikasi komputer/ atas talian manakala paper based-test menggunakan kertas dan pensil
- Keputusan peperiksaan MUET diperolehi lebih cepat iaitu selepas 3 minggu peperiksaan diadakan
- Peperiksaan akan dilaksanakan di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Ecosky WPKL serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan di mana calon boleh memilih pusat peperiksaan
MUET Sedia Ada
- Peperiksaan akan dijalankan 3 kali setahun iaitu pada Sesi Mac, Julai dan November setiap tahun
- Yuran Peperiksaan adalah berjumlah RM100.00
- Peperiksaan adalah menggunakan kertas dan pensil
- Keputusan peperiksaan MUET boleh diperolehi dalam masa 2 bulan selepas peperiksaan diadakan. Jika peperiksaan diadakan pada sesi 1 Mac maka keputusan akan diumumkan pada bulan Mei. Begitulah seterusnya untuk session 2 dan 3
- Peperiksaan diadakan di semua pusat bertauliah di seluruh negara termasuklah di sekolah-sekolah
Moga perkongsian maklumat tarikh Pendaftaran MUET on Demand (MoD) 2023 boleh dijadikan panduan buat pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET tahun ini.