Pendaftaran MUET November 2023 Online (Sesi 3)

Cara Daftar MUET Sesi 3 November 2023 Secara Online. Perhatian buat pelajar yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET sesi 3 dahulunya November 2023 (Bulan 11). Merujuk kepada Jadual Peperiksaan MUET 2023 yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran MUET sesi 3 November 2023 akan di buka bermula dari 12 Julai 2023. Tarikh tutup pendaftaran pula adalah pada 23 Ogos 2023.

Calon yang ingin menduduki peperiksaan perlu mendaftar MUET sesi 3 November 2023 mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan. Calon adalah dinasihatkan untuk mendaftar awal secara online kerana permohonan daftar yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Pendaftaran MUET Sesi 3 November 2019 Online (Tarikh Daftar & Ujian)

Pendaftaran MUET Sesi 3 November 2023 Online (Cara Daftar Atas Talian)

Berikut dikongsikan panduan pendaftaran MUET sesi 3 tahun 2023 buat rujukan calon peperiksaan. Untuk makluman, tarikh peperiksaan ujian bertulis akan diadakan sekitar awal November.

Merujuk kepada Takwim Peperiksaan MUET 2023 MPM, tarikh pendaftaran peperiksaan MUET sesi 3 November 2023 adalah seperti tarikh yang dinyatakan seperti berikut:-

Sesi 3 (November 2023)

  • 12 Julai 2023 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 23 Ogos 2023: Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 30 & 31 Oktober 1, 2, 6 dan 7 November 2023 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 18 November 2023 : Tarikh Ujian Bertulis

Kalendar_MUET_Tahun_2023-kemaskini-13-Januari-2023

Cara Mendaftar MUET Secara Online

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 3 November 2023 boleh membuat pengisian Borang Daftar Ujian MUET secara Online di laman sesawang MPM seperti panduan berikut :-

i) Bayaran Yuran MUET

Bayaran yuran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:

  • Calon Warganegara : RM100.00
  • Calon Bukan Warganegara : RM350.00

Bayaran boleh dibuat secara online melalui laman pendaftaran calon MUET.

Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC di kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet.

PIN MEC juga boleh dibeli melalui perbankan internet menggunakan akaun bank yang masih aktif di url Dapat PAY

  • Bermula 27 Julai 2021 sehingga 11 September 2021

Nota: BSN akan mengenakan caj tambahan bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.

Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon selepas selesai pendaftaran secara dalam talian.

ii) Borang Pendaftaran Calon Ujian MUET

Pendaftaran calon sekolah/ institusi serta calon persendirian individu boleh dibuat di pautan berikut :-

  1. Applikasi eSubmission MPM online
  2. Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik MUET Daftar atau di Panduan Pendaftaran
  3. Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’
  4. Ikuti langkah seterusnya :-
    1. Pilih Pusat Ujian yang available
    2. Isikan maklumat peribadi dengan lengkap
    3. Membuat bayaran menggunakan FPX atau kredit kad
    4. Dapatkan Statement of Registration

PERINGATAN :Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal. Pin MEC yang telah dibeli hanya sah digunakan untuk pendaftaran MUET sesi semasa sahaja dan tidak boleh digunakan untuk pendaftaran Ujian MUET sesi yang berikutnya.

Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip pendaftaran MUET (MUET/D) melalui portal MPM mulai tarikh yang akan dikemaskini dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Semua Calon Persendirian Individu WAJIB menyertai channel Telegram MUET Sesi 3 Tahun 2023 melalui pautan https://t.me/muets32021 (akan dikemaskini) bagi mendapatkan informasi terkini berhubung ujian MUET Sesi 3 Tahun 2023.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi MPM (u.p. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui telefon di talian 03-61261600 atau e-mel ke psm@mpm.edu.my.

Semoga perkongsian Cara Daftar Ujian MUET sesi 3 November 2023 secara Online bermanfaat buat semua. Selamat menduduki peperiksaan MUET samada sebagai calon baru baru atau memperbaiki keputusan disamping memenuhi syarat UA/ IPTA dari segi permohonan ataupun graduasi.

Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan MUET sesi 3 November 2023 nanti.

Tinggalkan Komen