MySejahtera Download Aplikasi Pengawasan Penularan Wabak COVID-19 Malaysia . Cara muat turun apps di playstore, appstore dan huawei gallery..

MySejahtera Download Aplikasi Pengawasan Penularan Wabak COVID-19 Malaysia

Perhatian kepada semua rakyat Malaysia, tahukah anda tentang aplikasi telefon mudah alih yang dilancarkan baru-baru ini? Dan yang terbaharu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telah menyatakan bahawa pemberian e-dompet bernilai RM50 kepada rakyat yang memuat turun aplikasi MySejahtera pada sidang media perkembangan terkini PKPP. Kenyataan ini adalah selaras dengan pengumuman kerajaan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) untuk memberikan kredit sebanyak RM50 kepada rakyat dengan syarat memuat turun dahulu aplikasi ini. Sebagai panduan semua, berikut dikongsikan maklumat berkenaan aplikasi pengawasan penularan COVID-19,

Sehingga hari ini, kebanyakan tempat seperti pasaraya, pengangkutan awam dan pusat membeli belah telah menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan urusan orang awam. Justeru, penyelarasan yang dibuat oleh pihak kerajaan dengan mewajibkan setiap individu memuat turun dan menggunakan aplikasi ini diharap dapat membantu dalam mengelakkan penularan wabak COVID-19. Selain itu, terdapat pelbagai fungsi lain dalam aplikasi yang berfaedah kepada pengguna dalam menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

mysejahtera muat turun

Cara Muat Turun Aplikasi (Download The MySejahtera app)

Di bawah adalah perkongsian berkenaan Muat Turun Aplikasi Pengawasan Penularan Covid-19 sebagai rujukan untuk semua.

Keperluan minimum peranti untuk menggunakan aplikasi ini adalah seperti berikut :-

1. Telefon pintar dengan sistem pengoperasian Android 4.0 ke atas atau iOS 10 ke atas

2. Sambungan internet

3. Boleh menerima SMS bagi proses penghantaran One-Time-Pin (OTP)

Apa Itu Aplikasi MySejahtera?

Rakyat Malaysia telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 dan kini, dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun. Rakyat Malaysia adalah sangat digalakkan untuk menggunakan aplikasi ini untuk membolehkan mereka melakukan penilaian kesihatan kendiri.

Ianya merupakan aplikasi PERCUMA yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

“MySejahtera is an application developed by the Government of Malaysia to assist in managing the COVID-19 outbreaks in the country. It allows users to perform health self-assessment on themselves and their families. The users can also monitor their health progress throughout the COVID-19 outbreak in the country. In addition, It enables Ministry of Health (MOH) to monitor users’ health condition and take immediate actions in providing the treatments required”

Ianya dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Ianya memberikan kemudahan untuk:-

1. Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19

2. Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka (monitoring their health) sepanjang penularan wabak COVID-19

3. Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19

4. Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:

1. Rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia

2. Pentadbir aplikasi di KKM

Pautan Link Download Aplikasi

Anda boleh memuat turun aplikasi mengikut sistem telefon pintar anda pada pautan berikut:

Google Playstore

Apple Appstore

Huawei AppGallery

Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA)

Paparan Muka Aplikasi

paparan muka mysejahtera

Cara Daftar Aplikasi MySejahtera

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk proses muat turun dan pendaftaran pengguna kali pertama:

1. Muat turun dan pasang aplikasi daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery

2. Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu

3. Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)

4. Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)

5. Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)

6. Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”

7. Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk

8. Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”

Anda BOLEH mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga atau individu lain yang tidak mempunyai nombor telefon atau akses kepada telefon pintar melalui fungsi “Urus Tanggungan” di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini akan turut membantu anda memantau tahap kesihatan mereka.

MySejahtera Check-In

Ianya merupakan satu fungsi tambahan dalam aplikasi ini versi 1.0.18 ke atas di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

Ianya merupakan sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam ke dalam sesuatu premis. Ia berfungsi untuk membantu negara dalam mengurus penularan wabak COVID-19 dan memastikan keselamatan awam.

Antara fungsi aplikasi ini adalah:

1. Membantu pendaftaran pelawat di premis secara automatik dan cepat;

2. Mengurangkan kesesakan pelawat;

3. Mencegah penularan jangkitan dengan meningkatkan pematuhan budaya Norma Baharu; dan

4. Memastikan keselamatan maklumat peribadi pengguna agar tidak disalahgunakan.

Pengguna fungsi aplikasi ini adalah:

1. Pentadbir aplikasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);

2. Rakyat Malaysia dan semua warga asing yang menetap di Malaysia; dan

3. Pemilik premis

Dan ianya boleh digunakan di :-

1. Premis perniagaan;

2. Kilang;

3. Tapak pembinaan;

4. Kedai-kedai; dan

5. Pejabat-pejabat

Bagi pengguna aplikasi sedia ada, anda perlu mengemaskini aplikasi sediada ke versi terkini.

i) Fungsi Untuk Pelawat

Pelawat boleh menggunakan fungsi Aplikasi MySejahtera Check-In dengan mengikuti langkah-langkah berikut :-

1. Tekan butang ‘Pengimbas Kod QR’ di Halaman Utama aplikasi;

2. Sila tekan ‘Check-in’ untuk daftar kemasukan anda;

3. Sila imbas Kod QR Premis (QR Cide); dan

4. Setelah mengimbas, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.

Untuk pengguna yang tidak menggunakan aplikasi ini:-

1. Sila imbas Kod QR Premis menggunakan kamera telefon;

2. Laman web MySejahtera Check-In akan dibuka. Pengguna perlu memasukkan nama, nombor telefon dan menjawab deklarasi kesihatan;

3. Tekan butang ‘Hantar’; dan

4. Susulan itu, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.

mysejahtera check in

ii) Fungsi Untuk Pemilik Premis

Pemilik premis perlu ikuti langkah-langkah membuat pendaftaran seperti di bawah :-

1. Daftarkan premis anda di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/

2. Masukkan nombor telefon bimbit dan tekan ‘Daftar’;

3. Anda akan menerima One Time Pin (OTP) melalui SMS;

4. Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’;

5. Isikan butiran pendaftaran premis seperti yang tertera di laman web dan tekan butang ‘Hantar’. Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’; dan

6. Anda akan menerima Kod QR Premis untuk dimuat turun dan dicetak. Kod QR tersebut perlu ditampal di pintu masuk premis untuk diimbas oleh pelawat.

Untuk log masuk, pemilik premis perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Log masuk di pautan berikut https://mysejahtera.malaysia.gov.my/signin/

2. Masukkan nombor telefon bimbit anda dan tekan ‘Log Masuk’;

3. Anda akan menerima One Time Pin (OTP) melalui SMS;

4. Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’;

5. Anda mengemaskini maklumat premis di dashboard pemilik premis.

Pengimbas Kod QR MySejahtera

Kegunaan Lain Aplikasi

Untuk makluman semua, selain penggunaan imbasan kod bagi rekod penjejakan pengguna, aplikasi ini turut mempunyai fungsi-fungsi lain seperti:

1. Maklumat terkini berkaitan COVID-19

2. Pengesan hotspot (kawasan yang berisiko tinggi dalam penularan COVID-19)

3. Lokasi fasiliti saringan yang terdekat dengan anda

4. Khidmat nasihat kesihatan secara atas talian

5. Panduan Kesihatan

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau soalan lanjut, sila rujuk pautan di bawah:

SUMBER : Soalan Lazim (FAQ)

Manual Pendaftaran

Diharapkan perkongsian berkaitan aplikasi ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Semoga usaha kita bersama memerangi penularan wabak COVID-19 dapat terlaksana dengan jayanya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *